Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 30 January 2017

22:40:00

Taman Burung (Bird Park), Kuala Lumpur


Taman Burung Kuala Lumpur merupakan antara tempat wajib dilawati di Kuala Lumpur. Tidak kira bagi pelancong atau pengunjung dalam negara. 

Taman Burung Kuala Lumpur merupakan yang terbesar di Malaysia. Pelbagai jenis spesis burung terdapat di sini. Yang lebih menarik, pengunjung akan merasai sendiri pengalaman mendekati burung-burung yang terdapat di sini secara langsung tanpa sebarang halangan kerana di sini burung-burung tersebut dibiarkan bebas berkeliaran.









Kenderaan pelancong iaitu Bas Hop On Hop Off juga telah memilih Taman Burung Kuala Lumpur sebagai salah satu hentiannya. Jadi pelancong boleh berhenti dan meluangkan masa melawati Taman Burung Kuala Lumpur tanpa risau bagaimana mahu ke sana.


Tempat seperti ini adalah sangat sesuai terutamanya ketika cuti sekolah seperti sekarang. Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke sini dengan tujuan pembelajaran dan pada masa yang sama boleh meluangkan masa dengan aktiviti berkeluarga seperti ini. Pasti anak-anak akan teruja untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat spesis burung yang terdapat di sini.

Jangan risau, walaupun burung-burung di sini dilepaskan bebas, namun, masih diawasi oleh pekerja Taman Burung ini. Jadi, tidak akan terjadi sebarang kemalangan. Burung yang dibebaskan juga adalah daripada spesis jinak dan tidak berbahaya.









Yang paling menarik perhatian saya ketika lawatan ke sini adalah burung dari sepsis Merak! Burung ini sangat menawan dan menarik ketika ia mengembangkan ekornya. Amat sesuai kepada para jurugambar yang mahu mengambil gambar yang bercirikan kesenian.

Setelah penat berjalan sambil mencuci mata, pengunjung bolehlah mengalas perut atau membasahkan tekak di kedai makanan yang terdapat di dalam ini. Terdapat juga kedai runcit di sini.

Selain itu, terdapat juga birdshow yang dipersembahkan di Zon 4 pada jam sekitar 12.30 tengahri dan 3.30 petang iaitu dua kali sehari. Pengunjung berpeluang melihat gelagat dan aksi yang dipersembahkan oleh burung-burung yang terdapat di sini. Pastinya menarik perhatian!


Masa lawatan pula, Taman Burung ini dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. 

Mengenai harga tiket pula, pengunjung boleh memasuki Taman Burung ini dengan harga RM27 seorang dewasa (bagi pemegang MyKad), RM50 seorang dewasa (bukan pemegang MyKad), RM13 seorang kanak-kanak (pemegang MyKid) dan RM41 seorang kanak-kanak (bukan pemegang MyKid).

Jangan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak terutamanya ke Taman Burung Kuala Lumpur!









20:57:00

Grand Margherita Hotel, Kuching, Malaysia

Mahu ke Kuching, Sarawak tapi tak tahu nak stay di hotel mana???


Hah sini saya suggest kan Hotel Margherita, Kuching yang terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching. Memang betul2 berhadapan dengan tugu kucing yang terkenal tu. Bersebelahan pula dengan waterfront. Memang mudah!




Dengan 12 jenis bilik yang tersedia : 
1) Deluxe King
2) Deluxe Twin
3) Superior King
4) Superior Twin
5) Junior Suite (Renovated)
6) Executive Deluxe King
7) Executive Deluxe Twin
8)Executive Deluxe King (Renovated)
9) Executive Deluxe Twin (Renovated)
10) Junior Studio
11) Executive Studio
12) Junior Suite


Macam gambar di atas, saya menginap di bilik jenis "Superior Twin".


Ruangan bilik yang luas dan konduksif memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menginap di hotel ini. Sesuai juga untuk yang berkeluarga.







Hiasan bilik yang sederhana dan simple menyamankan mata yang melihat. Tak adalah rasa semak sangat dengan decor yang sarat kan!

Selain itu, setiap bilik terdapat kemudahan WiFi percuma, kemudahan bilik mandi seperti bathtub, hairdryer, telefon IDD, safebox, TV, penghawa dingin, mini bar dan meja kerja bagi memudahkan pengunjung untuk membuat kerja. Ohhh......Khidmat layanan hotel pula adalah 24 jam seminggu. 

Pengunjung juga berpeluang bersarapan pagi di cafe hotel.


Hotel bertaraf 4 bintang ini turut menyediakan kemudahan lain, termasuk kolam renang di aras bawah hotel beserta dengan kemudahan gym, 4 buah restaurant, dan satu lobby bar yang juga terletak di aras bawah hotel berhadapan dengan kolam renang.



Kedudukan yang strategik ini menjadikan hotel ini menjadi pilihan para pengunjung yang mahu bermalam di Kuching, Sarawak. 

Selain bersebelahan dengan Waterfront, hotel ini juga terletak berhadapan dengan Riverside Hotel. 

Hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja untuk ke kedai kedai yang menjual cenderamata di hadapan Waterfront. Senang cerita, memang mudah lah kedudukan hotel di tengah bandar ni. Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan namun, berubah ubah mengikut musim seperti musim cuti mungkin harganya lebih tinggi berbanding hari biasa. 

Berikut :

AddressJalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak, Malaysia

Saturday 14 January 2017

01:36:00

Agro Wisata Gunung Mas, Bogor, Indonesia

Agro Wisata Gunung Mas yang terletak di Puncak Bogor di ketinggian 800-1200 meter dari aras laut ini merupakan pengeluar teh yang terbesar di Asia Tenggara. Selain daripada terkenal dengan penghasilan teh, Agro Wisata Gunung Mas ini juga turut mengeluarkan hasil biji kopi yang turut di eksport ke negara lain.

Suhu di sini pula merupakan sekitar 12-22 darjah calcium, ini menjadikan kebun teh ini sentiasa nyaman kepada pengunjung untuk beristirehat setelah seharian sibuk dengan kehidupan kota yang penuh sesak.
Sambil menikmati kehijauan puncak gunung teh yang besar dan nyaman ini, pengunjung turut berpeluang melakukan aktiviti seperti berkuda di hamparan kebun teh, tea walk ataupun berjalan-jalan di kebun teh. Selain itu, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri proses menghasilkan teh tersebut secara langsung.

Serta pengunjung turut berpeluang menginap di kawasan homestay di sekitar kebun teh tersebut. Aktiviti seperti ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga.




Harga tiket masuk ke sini pula hanya serendah 15.500 Rupiah sahaja. Terdapat juga kedai cenderamata dan galeri teh di sini!

Di sini disediakan empat jenis penginapan iaitu 4 buah bilik standard, 2 unit bungalow, 10 unit penginapan pangrango serta 21 unit pondokan yang turut tersedia ruang sebaguna, ruang kerja dan ruang seminar yang mampu memuatkan sehingga 200 orang pengunjung dalam satu masa.

Tahap ketersampaian untuk ke Agro Wisata Gunung Mas ini pula adalah mudah kerana tidak jauh dari Kota Jakarta dan perkebunan teh ini terletak di permulaan dari arah menuju ke Bogor, Indonesia.

Suasana nyaman, panorama hijau yang mengasikkan serta berpeluang melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana termasuk berpeluang melihat sendiri perumahan dan kehidupan pekerja di kebun teh tersebut. Maka, tiada alasan untuk anda tidak singgah ke Agro Wisata Gunung Mas ini jika anda ke Bogor, Indonesia.







Berikut, alamat dan nombor yang boleh dihubungi jika anda bercadang untuk ke sini:

Perkebunan Teh Agrowisata Gunung Mas
Jalan Raya Puncak Km. 87 Cisarua Bogor 16750
Telp. 0251-8252501/8250356
Fax. 0251-8254803
email wa_gunungmas@yahoo.com