Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 16 March 2016

09:13:00

Pusat pemborong pakaian di Ho Chi Minh City, Vietnam



Mengimbas kembali entry sebelum ini, pengalaman ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Bagi menjawab persoalan di email saya baru baru ini, saya menulis semula new entry ini.


Semasa kunjungan saya ke Ho Chi Minh, saya telah melawat ke beberapa pusat pemborong pakaian. Antaranya sudah tentu Ben Thanh Market.



Ben Thanh Market merupakan lokasi wajib dilawati jika kamu ke Ho Chi Minh City. Ben Thanh Market merupakan sebuah pasar yang menawarkan pelbagai jenis pakaian dan juga aksesori lainnya. Sudah tentu yang menjadi tumpuan utama di Vietnam adalah kain cotton yang pelbagai jenis dengan harga yang murah. Sebab itu ramai pengusaha pakaian termasuk dari Malaysia, Singapura dan Brunei, datang ke sini.

Memang mengila lah bila dah sampai ke Ben Thanh Market ni. Terutama kaum wanita lah! Tapi amaran...mengikut pengalaman saya di sana, peniaga di sana "agak" kasar (tapi tidak semua). Once you tanya harga, terus kena beli. Kalau tidak dia akan tarik dan marah. (Bukan saya sahaja yang pernah kena. Bila buat perkongsian pengalaman dengan wanderer lain di laman twitter @backpackingMY dengan topic #bpscam, ramai antara mereka pun pernah kena).

Ehemm...sebab perkongsian ini, saya telah mendapat saguhati ebook mengenai negara Kyrgyztan.(saya memilih Kyrgyztan) to be honest, belum sempat nak baca lagi ni. Thank you curator ketika itu, otai wanderer, Abang R&W.


Okayy back to main point..suasana di sekitar Ben Thanh Market.

Image from yilinglim.blogspot.com 

Image from www.dreamstime.com


Image from www.expedia.com


(Maaf lah gambar ambil sendiri tak banyak & kualiti yang sangat kurang sebab dulu pakai phone je and i did not bring my camera).




























 Ben Thanh Market juga hidup pada waktu malam. Lagi malam lagi meriah dengan kehadiran pengujung tempatan dan juga pengunjung dari luar.

Jangan risau, jalan je, mesti akan jumpa orang melayu. Bersepah di Ho Chi Minh ni. Bila tanya dari mana mesti akan jawap, "KL,JB,Shah Alam, Singapura" memang ramai. So senang juga lah kalau apa apa nak berkomunikasi.

Dan kebanyakkan antara peniaga di Vietnam ini boleh lah juga bertutur dalam bahasa melayu dan english. Mata wang yang digunakan juga termasuk Ringgit Malaysia dan Dollar. So kalau tak cukup duit Dong (mata wang Vietnam), atau tak tukar lagi, jangan risau, sebab peniaga di sini menerima bayaran dengan menggunakan mata wang RM dan Dollar. Kebanyakkan mereka lebih suka berurusan menggunakan mata wang asing sebab bila ditukar, nilainya lebih laku dan tinggi.

Pssssss sedikit rimas bila berjalan di  Ben Thanh Market ni, ramai perniaga terutama kanak kanak akan mengekor je dari belakang dan memaksa untuk membeli. Mula mula boleh lah seorang dua tu kita beli lah juga sebab kesian, sekali dah beli, makin ramai yang ikut. Adoii......pandai pandai handle lah ya!

Selain pakaian, kamu juga boleh mendapatkan pelbagai jenis beg yang menarik dan unik di Ben Thanh Market (sayangnya my favourite beg yang beli di Ben Thanh Market dah rosak errr) ini terutamanya pada waktu malam! memang syiok nak berjalan sebab kurang sikit panas cuaca. Tapi hati hati yang tengah seronok bershopping tu, tengok kiri kanan depan belakang. Sebab apa? sebab Vietnam memang terkenal dengan kota motorsikal. Terlalu banyak motorsikal. So dari mana arah pun akan ada motor yang lalu lalang. Jangan lupa jaga beg juga! (Shopping, shopping juga, keselamatan yang dilupakan).

Selain Ben Thanh Market, saya juga telah dibawa ke beberapa buah rumah pengusaha pakaian. Tapi yang menjadi pilihan di hati ketika itu adalah rumah pengusaha Puan Linda dan Encik Alex.


Ini lah rumah Linda Wholesale. Memang menjadi tempat wajib dikunjungi oleh pengusaha pakaian jika ke Ho Chi Minh. Kira Puan Linda & Encik Alex ni memang antara terkenal lah di Vietnam. Siapa yang pernah ambil pakaian di Vietnam, pasti kenal mereka.



Ni contact number Puan Linda & Encik Alex. Boleh lah hubungi mereka melalui whatsapp. Mereka juga menawarkan shipping ke Malaysia.

Alex : +84938823458
Linda : +84938823457





Rumah rumah di sini memang cantik dan tinggi!




Jenuh nak memilih baju, sebab rumah dia empat tingkat ya! Dah macam naik tangga flat!



















Hasil tangkapan!



Kepada sesiapa yang perlukan tour guide nanti, boleh lah hubungi Pak Ali. Pak Ali ni lah yang bawa saya ke tempat tempat pemborong ni. Pak Ali juga boleh bertutur dalam bahasa melayu. So senang! Ehemm jangan kutuk kutuk orang sana kebanyakkan faham lol!