Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday 29 January 2015

20:21:00

Ho Chi Minh, Vietnam. (Saigon)


Disebabkan aku dah lama tak berblogging ni, banyak benda aku dah tak menulis. Semua dah berkarat dalam memori kepala saja. Banyak benda, detail detail pon dah lupa. So harini aku just nak buat throwback saja lah. Amboii throwback ni cerita 2 tahun lepas tau! (2013)

Hari ni aku nak throwback pasal my vacation dekat Ho Chi Minh, Vietnam. Kenapa pilih Vietnam? Actually sambil holiday, sambil sambil buat kerja (business family)

**Tapi ya lah, aku hi bukan backpacker. So aku ni memamg tak prepare apa apa pon, memang takde record apa apa pon note ke apa. Sampai aku pon dah lupa mana aku pergi sepanjang dekat sana. Teruk! Tau tau sampai, balik. Itu saja. Aku tak amek kisah sangat sebelum ni.


Sudah macam kebiasaan, family aku hampir setiap kali nak fly ke mana mana, kami lebih memilih Singapore punya flight. Dan kami akan naik di Changi Airport, Singapore. Bukan apa, kami di JB lebih dekat dengan Singapore tak sampai sejam untuk ke Changi. Lintas tambak saja. Berbanding nak kene naik ke KLIA jauh. Dekat 4 jam. Selalunya kami akan naik Tiger Airways, Jet Star and lain lain la. **Selalunya lebih murah walaupon ticketnya dalam Dollar.




Kami selalunya akan dapatkan khidmat LIMO untuk jemput kami di rumah (JB) untuk ke Changi. Selalunya Uncle Alex atau Uncle Michael yang akan jemput. Kami dah selalu dengan dorang. Selalunya kami akan amek flight pagi, senang. Sampai saja destinasi check in, letak barang, terus berjalan. Save masa. So LIMO selalunya akan jemput kami di rumah around 4/5 am. Sebab flight selalunya pukul 7/8 am.


Satu lagi yang aku suka pasal Changi Airport, sebab boleh 'dikatakan' service nya memang tiptop! One of the best airport in the world!
**siapa pernah pergi, tau lah maksud aku.






Boleh dikatakan pergi Vietnam ni macam birthday present la juga sebab pergi ngam ngam tarikh birthday aku. 17/5/2013






Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh, Vietnam. 
Hey not bad tau airport dia! 
Cantik!


Bila sampai Vietnam, ofcourse lah antara tempat wajib pergi is Ben Thanh Market.
Ben Thanh Market ni kalau dekat JB lebih kurang macam pasar Larkin lah suasana dia. Kalau dekat KL or Selangor tak sure pulak macam mana. Banyak lah barangan yang dijual. Disebabkan family business aku butik pakaian, target utama kami adalah untuk mencari kain kain. Yes Ben Thanh Market ni memang antara tempat yang paling betul lah. Sebab memang banyak jual kain kain ela. Terutama kain cotton. Vietnam memang terkenal dengan kain cotton (cotton Vietnam). Memang banyak sangat pilihan.

**tapi nak complain sikit dekat sini. Barang dah baik. Tapi kan.. cara layanan agak "kurang" . Di mana, kalau korang tanya je, baik korang beli. Kalau tidak, dia akan tarik korang. And cara dorang memang agak memaksa ya! Sebabkan cara macam tu, membuat kan kami hilang mood nak terus bejalan dalam tu. Spoil! So kami keluar dan berjalan di sekitar kaki lima luar pasar tu.


Pula satu hal bila dekat luar, terlalu ramai yg kejar jual barang barang, most of them budak budak. Bawa bakul dan jual macam macam barang. Mula mula kesian beli lah. Sekejap lagi makin ramai jalan. Dan akan ikut kau sampai kau beli. Selagi kau tak beli, dia akan ikut je. Lebih 5 orang juga ikut. Dengan mak mak dia sekali. Kita cakap taknak pon, dia akan ikut. Tuhan.. sabar saja lah. Nasib berada di tempat orang. Kalau tidak.. kene smash juga sorang sorang hahaha. Mereka ni agak kasar juga ya. Salah satu spoil mood itu lah "PAKSA".


Tengah tengah jalan di kaki lima tu, kami disapa oleh seorang lelaki ni. Lingkungan 40 an. Dia menghulurkan kami kad dia. Ohh macam baik je kan. Dia offer untuk jadi tour guide kami. Sebab dia tau kami mencari kain kain untuk business. Alaa dah rutin dia, dia dah tau sangat baca orang tu nak apa. So dia offer untuk bawa kami ke tempat tempat tu semua. Dengan bagi upah la. Biasa lah. Ok kami berminat dengan tawaran dia. Kami pon ikut dia. 


Okayy, perumahan di Vietnam memang meninggi meninggi ya. Besar dia meninggi bukan melebar. Kalau dia Malaysia kalau rumah bungalow memang besar selebar lebar kawasan. Tapi mungkin kerana di sana mereka kekurangan tanah atau apa, banjir ke apa. Entah la, rumah mereka memang meninggi. Satu rumah tu kadang kadang 5 tingkat. Bayangkan! Rumah korang rumah biasa tapi 5 tingkat. Pehh.. kawasan kampung dorang pon macam gambar atas ni. Kau rasa apa. 

So kami di bawa ke beberapa rumah tauke kain untuk survey kain kain. Kalau aku tak lupa dalam 3 atau 4 rumah. Tapi yang aku ingat 2 rumah. Rumah pertama ni 4 ringkat tak silap. Agak jakun lah masuk. Tapi walaupon 4 5 tingkat, rumah mereka tak ada lif ya. TAK ADA! Memang dah macam flat aku rasa. Kene turun naik tangga. Tapi bila dah masuk aku faham kenapa banyak tingkat sangat. Rupanya dalam rumah tu lah rumah mereka, itu lah kikang mereka untuk business.

 Aku perhatikan dua rumah ni, level pertama, mereka buat rumah lah macam biasa, ruang tamu, dapur semua, bilik bibik. Kalau level dua pulak bilik bilik mereka. Ruang personal. Office semua level dua. Kalau dah naik level 3, 4, 5 dah masuk ruang business dorang. Level 3 untuk level menjahit. Mesin mesin jahit. Pekerja menjahit. Level 4 untuk longokkan baju baju yang dah siap jahit dan dibungkus dan dilabel untuk dihantar kepada customer. Level atas sekali pula untuk display baju dah siap untuk customer tengok. Dekat situ juga ada yang buat bilik untuk pekerj mereka. Senang. Bekerja dalam rumah saja. Boleh urus rumahtangga, boleh urus kerja.



Ben Thanh night market. Di kaki lima pasar tadi. Kalau malam memang ada pasar malam lah. 

**ohh ya. Kebanyakkan kedai di sini MENERIMA duit Malaysia (RM). Mereka lebih suka RM,Dollar. Sebab lebih senang kira katanya. Duit mereka agak payah sebab banyak sangat nombornya.






Ho Chi Minh juga dikenali sebagai Bandaraya 'motorsikal' 

Betul sangat lah tu! Aku rasa kalau aku dapat lintas jalan dengan selamat, aku rasa macam satu kepuasan, rasa terer kejap hahaha! Mana tidak nya, kau nak lintas jalan rasa macam tengah letak nyawa tau! Tak payah lintas la, kau diri dekat jalan saja, bila bila kau rasa macam nak kene sebat dengan motor. TERAMAT banyak motor. Dorang akan keluar dari banyak hala, mana mana je. Tak ikut traffic light pon. Baik tak payah ada. Merah pon dia jalan, hijau pon dia jalan. Aku pon confius. Lepas tu, kiri kanan tak kira dah, semua bantai je. Di mana mana ya motor akan keluar. Kau yang kene ngelak.





Ni lah rumah pemilik kain kain cotton yang agak famous di kalangan peniaga peniaga di Malaysia. Memang best lah pergi rumah dia, rambang mata weyh! Memang aku mengepoh duk memilih. Dah macam sebati dengan kehidupan aku dengan kain kain ni semua. Aku dibesarkan dengan business ni, jadi cara nak ambil, nak survey, nak apa apa semua aku dah belajar. Tapi sayang ya.. aku tak minat berniaga. Dan aku bukan lah orang berminat untuk teruskan perniagaan ni. Setakat join pegi belajar cara cara semua boleh la. Untuk mewarisi... hmmmmmm bukan minat aku kodd.

Ok balik pada tuan rumah ni. Tuan rumah ni sangat ramah. Dua hari dia melayan kami, siap masakkan kami semua ni. Yang pasti dia sediakan seafood la. Lagipon dia dah biasa sediakan makanan muslim sebab ramai customer dia islam. Memang baik lah layanan. Yalah, kita sama sama berniaga, so kene lah layan baik. Dia ni ada kilang sendiri di sana, haritu dia nak bawa kami, tapi sayang, kami tak sempat, sebab dah nak fly balik. So belum berkesempatan melawat kilang dia. Memang cantik kodd dalam rumah dia. Haiishh kaya kaya dorang ni. 



**mentang mentang dekat tempat orang, tak ada orang kenal, jalan pon pakai baju Peace Malaysia, 'Najib for Malaysia'  je hihi alaaa pergi jalan dekat bawah saja. Takde sape nak tengok kau pon.

Tapi kalau jalan dekat sini, tak payah risau sangat. Sebab apa? Kau jalan jalan, "Assalamualikum. Orang mana kak?"
"Malaysia."
"Ohh sama lah. Saya orang KL, Johor, Selangor....."
"Orang singapore"

Hah macam jalan dekat tempat sendiri. Bersepah orang kita.
Most of them businessman or businesswomen. Yang sama tujuannya macam kami. Ke sini untuk mencari kain.




Ni dalam bas Vietnam. Excited ni naik bas mereka. Sampai saja airport kami nak amek teksi, tapi aku dengan sorang auntie aku ni macam excited je nampak banyak bas depan airport tu, pastu macam bas lama kan pakai tingkap je, dah lama aku tak jumpa bas macam ni. So aku pujuk ajak naik bas je. Kita redah je lah cari hotel. Sebab sebenarnya kami tak book hotel pon lagi. Main redah. Ok lah basnya. Cuma panas biasa lah tak ada aircond. Bayar berapa tak ingat. Tapi yang penting, beg pon dikira tau! Kene bayar hahaha tak pernah aku naik bas kene bayar beg skali. Ingatkan kami saja naik bas, kejap lagi ramai   yang ikut. Group dari Singapore, ada orang orang Malaysia juga. Rupanya semua nak merasa naik bas tu hahaha dorang cakap boring naik teksi, naik bas boleh round round. 

Kami cuci lah mata sepanjang perjalanan. Padahal semua yang naik tak sure nak berhenti dekat mana. Dorang pon tak book hotel rupanya. Main redah macam kami. Sampai tengah sedap memerhati kawasan sekeliling, driver bas suruh kami semua turun. Dengan blur blur 
semua turun. Katanya dah station last ni hahaha ok manalah kami tau. Ramai ramai tarik lah beg semua. Group Singapore tu semua Chinese, yg orang Malaysia tu pon kami jalan ramai ramai cari kawasan hotel. Pusing pusing, sesat.

Sedihnya hotel banyak full! Gila masa tu dah mana nak tidur ni! Endingnya dapat lah juga hotel budget. Ehh tapi hotel dia cantik lah juga dan bersih. Boleh la 3/5 bintang. Daripada aku tidur tepi jalan kan hahaha. Rate hotel dekat sini agak mahal juga lah sebenarnya.


**Nak makan memang ada kedai halal.. TAPI.. agak payah! Makanan sikit. And kedai yang ada pon dalam 2 3 kedai saja. Orang sentiasa penuh. Agak susah lah nak makan. Nak makan lebih je, lauk dorang habis, lepas tu tak boleh la nak melepak lama lama. Orang lain nak makan juga. Memang agak lapar lah dekat sana. And makanan dia sangat mahal. Mana tidaknya, susah nak cari makan. So dia mark up harga baik punya. Tapi makan punya pasal, bantai saja. Janji makan. Nak main bantai kedai kedai biasa takut juga, sebab 
banyak je babi yang digolek kan, bakar tepi tepi jalan. So agak meragukan lah.

Time makan hari kedua, kami terjumpa Wartawan Mazidol. Makan sekali dekat situ. Dia pon sedang bercuti. Siap bagi kami serunding daging ni.

**masa dia balik ni lah, dia tulis cerita pasal yang ibu dan anak tersadai dekat airport sebab  isu anak demam campak dan tak dibenarkan naik flight tu. Kes tu jadi tengahri tak silap. And aku balik, flight pagi. Hari yg sama. Kalau tak dapat juga tengok.



Dari Vietnam, kami fly balik ke Singapore, kemudian LIMO jemput, baru balik ke Malaysia.




*Jangan pandang rendah sangat ya. Sebelum pergi aku bayangkan, well biasa lah aku bayangkan tempat dia agak "kotor" tapi bila sampai sana.. Diam kau.. tengok, bandar dia sangat bersih! Macam Singapore ok! Susah nak jumpa sampah tepi jalan. Sentiasa ada tukang sapu. Kalau night market tu, habis saja, kedai tutup dorang akan bersihkan, sapu semua sampah.  Pagi tengok saja dah bersih kawasan tu. Takda sampah pon!


Rasa dah terlalu banyak sangat membebel, nanti lah sambung di entry lain pula. Banyak lagi gambar nak upload.

Sunday 25 January 2015

04:42:00

MC241 S3A BBQ Party.

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan aku dan rakan rakan untuk semester tiga. Kami berjaya lalui segala halangan sepanjang semester ini.

Semester tiga ini memang paling banyak meninggalkan kesan kepada kami semua. Banyak memori tercipta sepanjang semester ini. Terima kasih semua kesayangan untuk segala yang telah kita kongsi bersama ni. Selamanya aku akan ingat. Baik atau buruk, semua nya pasti akan kita ingat sampai bila bila.

Banyak juga ya idea gila gila yang kita dah buat sem ni.

**Makin nakal semua ni!




Tinggal dalam 9 bulan saja lagi untuk kita stay bersama macam ni.. Lepas tu semua akan berubah..





Kami bukan sekadar kawan.. Tapi kami adalah keluarga.. Kami adalah adik beradik.. Kami saling perlukan..




Masing masing galak. Macam dah last semester saja masing masing.







Cecomey je Abang Zharif dengan Adik Qashah saya ni :) sayang korang. My baby boo.


Senang sambut birthday dorang terus.. baby january, fabruary, march.. sambut sekali sebab bulan satu dua tiga kan cuti sem. So adil semua sambut.


Terima kasih Syida, Widat sebab selalu ada dengan aku saat susah senang.. Paling paham kepala aku ni.. Masih banyak kan yg kita nak lalui..


Bubbye semester 3!! 

Di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih, mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa. Yang terpahit jua termanis, bagi ku terindah, ku ingati buat selama lamanya....


Walaupon lepas belajar nanti kita masih boleh buat reunion, tapi percayalah.. Keadaan tidak akan pernah sama lagi macam apa yg kita lalui saat ini.. Berkumpul dalam satu class yang kecil, kecoh dengan suara yang macam bertih jagung, tak henti henti gelak tawa, sakat, sentap sana sini.. Tapi kita enjoy the moment.. Reunion lagi 10 tahun?? saat tu dah bawa anak anak lah jawapnya.. Dah bawa pasangan masing masing.. Mana boleh dah nak bertepuk tampar macam sekarang.. Nak sakat sana sini.. Time tu kita dah matang.. Dah behave.. So semua akan berubah.. Mungkin juga reunion tu tak akan cukup kesemuanya........




Kalau nak tengok video full kami, 
 https://m.youtube.com/watch?v=EmedXEZYTSo

**Credit video & picture to Shahril Fawzy.



"Waktu tidak pernah berjalan mundur......."