Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday 14 July 2016

02:28:00

Sam Tsui & Kurt Hugo Schneider Live in Kuala Lumpur 2016

Sam Tsui dan Kurt Hugo Schneider cukup terkenal dalam kalangan pengikut tegar Channel YouTube. Dua bintang kelahiran Channel YouTube ini mula mendapat tempat dalam hati peminat mereka apabila berjaya membawakan lagu cover Just A Dream bersama dengan Mendiang Christina Grimme dengan baiknya. Lagu asal yang dinyayikan oleh penyanyi Nelly.

Sejak kemunculan music video tersebut, Sam Tsui telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri sehingga berjaya mengahasilkan lagunya sendiri seperti pada hari ini.

Creonsia sebagai penaja rasmi telah membawakan dua bintang popular YouTube ini bersama penampilan khas seorang lagi bintang baru channel tersebut, Tiffany Alvord ke Kuala Lumpur bagi konsert sulung mereka yang bertempat di Avanue K, Kuala Lumpur.



Ini merupakan peluang kepada peminat Sam Tsui, Kurt Hugo Schneider dan Tiffany Alvord untuk bertemu secara live dengan mereka!



Yeahhh superb duperb excited dah ni! Btw thank you so much to Adik Hasif Hamsyari for the ticket!


Open air concert is the best idea! Cantikkan vanue nya, di Rooftop Avenue K, Kuala Lumpur, yang berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC!  Sambil sambil melayan concert tu, boleh lah juga tengok kecantikkan Bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. 


Muka excited ni nak tengok bintang YouTube kesukaan kami, Sam Tsui, Kurt Hugo Schneider dan Tiffany Alvord! Btw...Kualiti gambar agak low sebab semua jenis camera adalah tidak dibenarkan dibawa masuk. Errrr....




Persembahan pembukaan oleh Juanita dan Sher dari kumpulan dvatheduo. Boleh follow mereka di Account Instagram!


Seterusnya disusuli oleh persembahan daripada Tiffany Alvord yang juga tidak mengecewakan! Memang sungguh berbakat dengan suara yang sangat memukau pada malam tersebut!



Persembahan Tiffany turut diiringi oleh Kurt, Jason Pitts dan Joel Manduke.



Kini tiba masa yang dinanti nantikan, iaitu kemunculan Sam Tsui!


5...4...3...2...1...Here Sam Tsui and Kurt Hugo Schneider!!!



 Kurt Hugo Schneider!


Sam Tsui!

Tanpa disedari, hampir tiga jam persembahan yang sangat bertenaga dipersembahkan oleh mereka. 









 Joel Manduke


 Jason Pitts 

Nampaknya para penonton sangat terhibur dengan persembahan mereka pada malam itu termasuk kami berdua!






Penonton turut sama mengalunkan lagu yang dipersembahkan oleh Sam Tsui dan Kurt Hugo Schneider tidak kurang juga ada yang turut menari sama! memang havoc lah malam tu! sangat tak rugi kepada yang menonton :)







Sedang rancak persembahan, keadaan berubah sayu dan sentimental seketika apabila Sam Tsui memberi ucapan peringatan terhadap mendiang rakan seperjuangannya, mediang Christina Grimme yang telah meninggal dunia sebulan yang lepas dalam kejadian tembakkan. 

Saya percaya, dalam kumpulan penonton yang hadir pada malam itu, mesti ada antara mereka yang juga peminat kepada mendiang Christina Grimme kerana ada antara mereka yang turut tersetuh dan menangis ketika Sam Tsui memberi ucapan tersebut.


Keadaan bertukar menjadi lebih sayu apabila Sam Tsui mempersembahkan semula lagu yang pernah menaikkan namanya dan mendiang Christina Grimme, lagu "Just A Dream", kali ini dengan susunan semula musik yang lebih sayu dengan diiringi mainan piano.




Setelah hampir tiga jam dipersembahkan dengan persembahan yang cukup bertenaga, tiba masa untuk wefie sebagai kenangan! 


Secara keseluruhannya, sangat berpuas hati dengan persembahan daripada Sam Tsui, Kurt Hugo Schneider, Tiffany Alvord, Jason Pitts, Joel Manduke, Juanita dan Sher!

Siapa sangka, bintang YouTube mampu membuat persembahan yang sangat hebat seperti artis artis terkemuka yang lainnya. Mereka bukan sahaja hebat di Channel YouTube, tapi juga hebat secara live!

Pujian harus diberikan kepada pihak penganjur kerana berani membawa bintang YouTube ke persembahan seperti ini. Mesti ada yang tidak yakin dengan kehadiran penonton, tapi konsert ini telah membuktikan pihak penganjur tidak salah kali ini. 

Cuma sedikit teguran, pihak penganjur seharusnya memperbaiki lagi kelemahan dari segi management mereka di masa akan datang.


Time to say goodbye!