Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, 15 April 2017

09:52:00

Jika Kamu Mencintai Seseorang

Melalui penulisan bukan sahaja memberi ruang kepada penulis untuk berkongsi pengalaman atau luahan serta coretan peribadi. Tetapi sudah tiba masa untuk setiap penulis menyedari bahawa, melalui penulisan juga kamu mampu berdakwah secara tidak langsung.Sebagai contoh, entry saya sebelum ini Jihad Melalui Lensa Berdakwah bukan lah bermakna kamu harus menulis mengenai agama sahaja tetapi cukup lah, jika kamu menulis sesuatu yang baik untuk bacaan umum. Biarpun ia sekadar coretan ringkas, namun setidaknya, ia menjadi bahan bacaan yang baik. Insha Allah.

So, coretan yang aku mahu kongsikan untuk entry kali ini, adalah mengenai "Jika kamu mencintai seseorang".

Kerana kamu mencintai seseorang tidak bermakna kamu harus meluahkan isi hatimu. Cinta yang indah adalah melalui "DOA". Sebagai seorang wanita, kamu harus memiliki rasa malu itu. Ia...Benar, kerana Nabi Muhammad SAW juga dilamar oleh seorang wanita, iaitu Siti Khadijah.

Ada yang mengatakan, sebaiknya kamu luahkan sahaja apa yang terpendam di dalam hatimu itu, namun, tidak semua harus diluahkan melalui kata-kata. Pada mulanya aku tidak berapa setuju dengan kata-kata itu. Tapi setelah usia semakin meningkat, aku mulai bersetuju dengan peganggan itu.

Meluahkan...Tidak bermakna hanya melalui kata-kata atau petah bicara yang harus diluahkan terhadap manusia. Tetapi, luahan yang terindah adalah sebenar-benarnya, melalui DOA.

Jadi, jika kamu mencintai seseorang dalam diam, adalah lebih indah jika kamu meluahkan melalui DOA kepada Allah. Kerana, hati setiap makhluk itu adalah secara mutlak milikNYA. Hanya Allah yang mampu merubah hati insan tersebut. Berdoa lah, supaya, hati insan tersebut juga terbuka kepada kamu. Terakhir, "Tahajjud". Insha Allah. Allah akan memberi petunjuk terbaik kepada setiap insan.

Ingat...Hati manusia itu dipegang oleh Allah.

"Tidak semestinya kita akan berjodoh dengan seseorang yang kita doa, boleh jadi, sebaliknya, kamu berjodoh dengan seseorang yang mendoakan kamu". 


Amati, bait bait lirik lagu ini. Sangat bertepatan dengan maksudku.



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati


Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati


Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang


Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu


Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku


Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…





Friday, 31 March 2017

10:17:00

Mudah bersama JONLIVIA HOTPANTS


Sebaik sahaja pulang dari Jepun, memang pekara pertama yang terlintas untuk dilakukan adalah untuk bersenam! Hahaha mana tidaknya, sudah puas di negara orang berbulan madu dengan segala makanan yang tersedia. Semua dimakannya tanpa bersenam di sana. Jadi, apabila pulang ke Malaysia, haruslah kembali ke rutin harian yang lebih sihat.


Bagi seorang yang practical, saya amat meminati sesuatu yang serbaguna. Kerana itulah JONLIVIA HOTPANTS telah menjadi pilihan saya. Saya telah menjadikan JONLIVIA HOTPANTS sebagai salah satu koleksi pakaian saya, kerana ia mudah untuk disuai padankan atau mix and match


JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tidak menjadi masalah jika dipakai berulang kali. 

Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjogging atau ke gym,



JONLIVIA HOTPANTS juga sangat sesuai digunakan untuk bersiar-siar dengan gaya fesyen yang disukai. Lihat sahaja gambar di bawah ni. Sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang sporting betul rekaan yang dihasilkan!


Siapa kata hotpants hanya sesuai digunakan untuk bersenam kan...!

Dah alang alang tu, sambil bergaya, sambil membakar lemak! Kalau dah di tahap paling malas lah, untuk bersenam, gunakan sahaja JONLIVIA HOTPANTS ini untuk bersiar siar dalam kehidupan seharian. Terus bakar lemak sekali tanpa bersenam hahaha!


Satu lagi yang saya paling suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, JONLIVIA HOTPANTS ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian belakang pinggang seluar! Iya ada pocket!


So, mudah lah nak simpan handphone ke, kunci kereta ke dalam pocket tu. Selalunya nak berjogging tu, memang tidak lah nak dibawanya beg kan. Dah tu kunci kereta nak letak mana?. Ini lah yang menariknya mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini yang tak ada pada hotpants lain. 


Selain daripada itu, pada bahagian pinggang pula, pengguna boleh menariknya sehingga paras atas pusat. Ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Secara jujur, setelah saya sendiri cuba pakai JONLIVIA HOTPANTS, saya memang amat berpuas hati dengan rekaan, kemasan, dan fungsi pelbagai guna hotpants ini. 





Memang saya suggestkan kepada anda untuk mendapatkan JONLIVIA HOTPANTS yang tengah letops di pasaran ni!


Macam mana nak dapatkan? Senang je...Sila layari 

untuk melihat produk produk keluaran mereka yang terkini!






Sunday, 12 March 2017

23:18:00

#JENESYS2016 (Malaysia Delegations)


Sekali lagi bidang penulisan membawa aku ke tempat baru. Kali ini lebih jauh iaitu ke bumi matahari terbit, JEPUN! tapi sebenarnya aku hanyalah mewakili rakan baik ku, seperti semua ketahui, Shahril Fawzy pemilik blog www.pojiegraphy.com . Dia tak dapat join trip ni sebab clash dengan kerja lain. Tapi nak jadi kan cerita, aku dan dia sebenarnya, kedua duanya berada di bumi Jepun pada masa yang sama. Cuma berlainan negeri sahaja. Trip ini aku berada di Tokyo, Kyoto, Osaka dan Nara. Manakala, Pojie pula berada di Hokkaido dan Sapporo.

Pada mulanya aku agak keberatan untuk menerima tawaran daripada Pojie ni. Iyalah, mana tidaknya, walaupun dia kawan baik aku sendiri, yang segala segi pasal dia aku dah kenal sangat, tapi bila terkait soal kerja, aku adalah sangat menghormati dan harus bersifat professional. Dia bukan lah calang calang dalam bidang penulisan blog ni. So, aku jadi takut untuk terima pada awalnya. Tapi setelah dia meyakinkan aku untuk terima, baru lah aku buat keputusan untuk join trip ni. Itu pun aku dah lewat submit borang penyertaan. Sampai kan, Pojie sendiri yang isi kan segala borang details dan submit kan untuk aku hahaha terima kasih!

Sebab bila bawa nama orang ni, memang lain macam rasanya, banyak benda nak kena fikir, tak boleh nak main redah je semuanya. So, bila di sana, aku cuba sentiasa mengingatkan diri aku, kalau aku berada di sana membawa nama Pojie.

Apa yang pasti, pengalaman trip kali ni, akan menjadi antara moment yang akan aku ingat sepanjang hidup aku. Tak tahu nak cakap thank you macam mana lagi dekat Pojie hahahaha.

Ehh ini, bukan article pasal trip tu ya. Belum lagi, ini hanya sekadar pengenalan untuk diri sendiri sahaja!

Untuk trip kali ni, aku langsung tak kenal sesiapa pun. Time nak berkumpul di KLIA baru sibuk nak tanya suruh send gambar mereka. Sebab aku tak kenal langsung muka mereka semua. Sebaik sampai je, yang aku tahu, ada enam orang wakil daripada Media Prima. Pada mulanya, agak kekok dengan mereka ni semua sebab terasa aduhhh diri ni amatur je, mereka satu group pula tu. Tapi chill jelah, sampai kenal dengan kawan kawan lain daripada RTM, The Star, Malaysia Kini dan lain lain.

Kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta" hampir 9 hari kami hidup bersama, tinggal bersama, makan bersama,  tidur bersama, kerja bersama, jalan bersama, senang cerita semua lah kena buat sama sama as a team. Masa ni lah, mula mengenali setiap seorang. Sampai ke hari terakhir, dah rasa berat pula nak berpisah.

So, let me introduce one by one.


Our coordinator, like a mother for us, Miss Yamaguchi-san. A great sister. We gonna miss you so much! Till we meet again. Please take care of yourself.


My favorite coordinator, Miss Koga-san. Such a beautiful and lovely sister for Malaysia delegations. See you soon!


My brother, Alvin-san. Alvin mesti bersyukur bila kami semua dah tak ada sebab kami suka sangat sakat si Alvin ni! Selalu akan jerit nama dia Alvinnnnnnnnnnn! macam dalam cerita Alvin and the chipmunks Alvin ni pon nampak pendiam at first, tapi bila kita ajak dia bebual, dia ok je. Layan je. Tapi dia jenis lebih banyak observe orang berbanding bercakap. Tapi kepala dia ok je. Layan juga gila2 semua org. And selalu care pasal kami. Selepas incident Zee Meng hilang, setiap kali jalan mesti dia akan tanya and tengok semua org ada ke tidak make sure semua org ada lagi. Tak dapat dah lepak malam2 sama2 lagi lepas ni. Kalau tak setiap malam mesti lepak dekat bawah lobby hotel atau pergi merayap. Sorry Alvin, i selalu kacau u panggil nama u Alvinnnnnnn!!!


My sister, Sze Meng-san. Sze Meng jangan hilang lagi! Kami semua akan ingat u sampai bila2 sebab u sorang je hilang masa trip lol habis satu bas menggelabah bila tahu u hilang kat Osaka Castle tu. Tapi dekat situ boleh tengok, semua org bersatu tau sayang u, semua offer diri untuk cari u kat Castle tu. Nasib baik Yamaguci jumpa u! kalau tak semua tak balik hahahaha Malaysia team ada saja drama dia! banyak nakal punya team! Tinggal lah bas delegations Malaysia je kat castle tu, deley sejam our team sebab kami tak akan gerak selagi tak jumpa u. Jumpa lagi Sze Meng. Keep in touch! Kami semua care about u!





My sister, Ivy-san from media prima. Mula2 segan juga nak tegur Ivy ni sebab dia macam diam sikit banding dengan Kiki & Stef. Tapi bila dah tegur dia ok je. Ivy ni cantik org nya, tapi bila dah kenal, boleh tahan gila2 dia suka tengok style dia, gorgeous! Take care Ivy, till we meet again!



My sister, Stef-san. Stef ni brutal sikit, siap nyanyi rap lagi masa perform 😂Stef ni gila2 & brutal sikit nak bandingkan dengan Ivy/Kiki. Sporting sangat! She is from Media Prima. You rock sis!


My sister, roomate, Kiki-san. Seorang yang peramah dan baik sama macam Stef juga. Stef, Kiki & Ivy kesemuanya dari media prima. Please take care of yourself Kiki. Gonna miss you!


Leader of Malaysia delegations, my brother, Hon Man-san from Media Prima. Dalam diam diam dia ni boleh tahan! Berpickup line power juga. Tapi ni semua pengaruh si Kerell tu yg mengajar! Thank you Hon Man atau aku panggil dia "Hotman" sebab jadi leader kami sepanjang di sini. Memang pening jaga team Malaysia ni kan. Macam2 ragam!


So here, Anne-san. Seorang kakak yang teliti. Selalu menjadi counter pertanyaan. Terutama bab2 nak makan ni semua. "Kak Anne, nak makan mana dlu ni? Ni nak makan macam mana? Apa nama makanan ni?" Kak Anne ni banyak tahu pasal Jepun sebab dia kerja dengan Japan Embassy. Itu selalu rujuk ke dia kalau nak tahu sikit2.


My brother, Izz-san from Media Prima. Izz ni pendiam sangat! Sampai malam jalan tu, aku siap "izz cakap izz cakap!" sampai macam tu sekali aku nak dengar dia bercakap. Tapi izz ni comel je. Memang suka nak sakat dia. Kita semua panggil dia Giant 😂sebab dia comel macam Giant lol...ampunnn Izz gurau2 kasar 🙏🏼tapi dia ok je kalau kita ajak dia berbual cuma dia memang pendiam sikit. Get well soon Izz! Jangan sakit2. Sebab dalam 2 hari Izz kena quarantine kat Jepun ni sebab high fever, terpaksa bawa pergi hospital & tak dapat join kami sehari setengah aktivit 😕tapi TQ lah izz, kami tolong makan kan part izz 😂see u when i see u Izz, take care!


Ini geng mokcun in Tokyo kita 😂Cikgu Ayu-san. Kalau duduk dengan dia ni memang melekek je. Tak berhenti gelak! Ada je yang dibahannya. Cikgu sorang ni memang sporting habis! Paling rajin jadi photographer tanpa diauruh 😜semua org dia suruh pose nya hahaha. Nanti kita pergi karaoke ya. Penat dengar hang nyanyi dari Osaka ke Tokyo! Jaga diri Kak Ayu...Rindu dah 😢terima kasih sebab layan kita pakai baju mokcun ni (buy 1 free 1)


My brother, Faiz-san. Thank you Faiz jadi abang kami sepanjang di Jepun. Jaga kami semua. InsyaAllah jumpa lagi nanti ya. Terima kasih untuk ilmu2 yg dishare walaupon sekadar sembang kosong. Tapi masih ada ilmu yang diselitkan. Ohh dia ni senior masscomm aku rupanya 😂Dia dari RTM KL.


Miza-san...Roomate aku dari first day sampai ke sudah. Tak tahu lah nak cakap apa dengan dia ni. Kalau duduk dengan dia, aku aku jadi hiru hara! Kecoh dibuatnya 😂lepas ni hang bangun sendiri ya. Takde dah wake up call ke, mak tiri ni nak kejut dah. Ohh sorry lah sebab aku selalu buat bising time hang tengah tidur. Sebab aku selalu langgar semua benda dalam toilet 😂sempit weyh toilet jepun ni!




Ini pula Munira-san. Munira ni selalu blurrr blur & naive hahaha maaf ya Munira-san. Teruskan sifat macam tu. Kamu seorang yang baik. Tak ada dah Family mart nak minta maggie jaga diri di Sabah ya!


My favorite sister, Mei-san. A very great sister to me since our first day at KLIA. A journalist from The Star. Dari first day jumpa ada saja idea kami nak buat apa. TQ Mei sebab berkongsi ilmu dengan Sheril. Terutama ilmu kewartawanan. Glad to meet u. Hope our sishood last forever. Ohh! Kita berjaya keluar dari station train tanpa ticket 😂sebab tercicir kat escalator lol! Serius tak boleh lupa, dengan muka tak bersalah, jalan terus! 😂habis rosak Mei aku kerjakan 😂mesti rindu nak shopping di family mart setiap malam hahaha! Lain kali beli barang baca ya Mei, jangan beli wasabi lagi! Epic fail lol.


My brother, Norman Goh. Seorang wartawan dan editor Malaysia Kini yang sangat bersifat terbuka. Tak kedekut ilmu. Omggg gonna miss u lah Norman! Tak boleh gosip dah! Kalau tak setiap malam mesti kita lepak bercerita kan. Dari dunia sampai ke alam ghaib perginya 😂antara org pertama yang kenal di KLIA


Abang besar kawasan, my brother, Shan-san 😂konon datang untuk jaga kami, tapi bila dah join, sama je perangainya masuk air 😂dia panggil aku "kecik" kecik tapi paling kuat makan!😜Shan kata "aku akan cerita dekat membe aku, org kecik, tapi makan banyak!" Hahahaha😆tak dapat dah kacau u Shan lepas ni. Selamat berkhidmat semula ya. Jangan rindu kami nanti!




So this is my brother, KC-san. KC ni aku ada segan sikit dengan dia. Sebab dia macam diam juga, tak macam Kerell & Hon Man. But tbh, i adore his gentleman & his personality lah senang cerita. Dia ada ciri2 leadership yg aku nampak. His style memang mainly, no wonder ramai dari negara lain duk usha dia, me as a women, i think, KC memang ada ciri ciri yang perempuan akan suka pada dia. Walaupon dia tak ada buat apa, duduk diam je pon ada tarikkan dia sendiri. KC pon dari Media Prima. All the best for ur career my brother. See u again. KC ni memang suka berjogging. Malam2 sejuk2 kat Jepun tu pon dia boleh berjogging sorang2!


Our lil sister, Bhava-san. Bhava the most famous among us for this trip. U perform lah Bhava!! semua negara kenal dia lol 😆Huru hara budak ni. Selalu menjadi mangsa buli terutama dengan si Kerell tu. Sampai menangis budak ni dibuatnya😂jangan ambil hati ya sister. Kami semua gurau2 je. Biasalah orang tua, mulut semua boleh tahan! Jaga diri Bhava. Belajar rajin2 sempai berjaya. We are done our part, now is your turn. Make us proud of you. Take care.


Padia?!! Sebenarnya malas nak post gambo dia ni. Sebab tu gambar dia last. spesis manusia yg tak tahu nak explain macam mana. Tapi senang cerita kalau duduk dengan dia rasa macam nak hempuk je dia ni! But tbh, i have to admit lah...(terpaksa tanpa rela), kalau betul lah apa dia cakap "korang mesti akan paling rindu i nanti". Mana tidak nya, asal celik je mata dia confirm dia akan memekak! Tak kira lah menyanyi ke, berpantun bagai, berdrama, menyakat tu tak payah cakap lah memang kepakaran dia! Menganjing fuhhh nombor satu! Dia akan diam kalau dia tidur je kalau tidak macam radio bergerak! Sakit jiwa dengar dia bising. Dia ni kaki buli! Yang sentiasa menjadi mangsa buli dia ofcos Bhava. Sampai menangis budak tu dia kerjakan! Tapi org macam ni lah selalu jadi penyeri dalam group. Kalau takde mesti senyap je. Last...Mohon jauhi manusia bernama Kerell ni. InsyaAllah selamat hidup anda Kerell juga dari Media Prima.











This is a shout out to the Malaysia delegates. Thanks for the fond memories. Definitely this will be one of the trip that I'll remember for life. In the past 9 days, we've been livin, eating, sleep, traveling, joking, presenting, shopping, dancing, singing, brainstorming, lecture and waiting together. A bond was created and these memories will last a lifetime. I am glad and honor to meet everyone of you. From stranger become one family . Arigatogozaimashita! ❤️KC, Kerell, Alvin, Shan, Izz, Faiz, Hon Mun, Norman, Sheril, Mei, Munira, Miza, Sha, Ayu, Anne, Ivy, Kiki, Stef, Bhava, Sze Meng💋💋







Monday, 30 January 2017

20:57:00

Grand Margherita Hotel, Kuching, Malaysia

Mahu ke Kuching, Sarawak tapi tak tahu nak stay di hotel mana???


Hah sini saya suggest kan Hotel Margherita, Kuching yang terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching. Memang betul2 berhadapan dengan tugu kucing yang terkenal tu. Bersebelahan pula dengan waterfront. Memang mudah!




Dengan 12 jenis bilik yang tersedia : 
1) Deluxe King
2) Deluxe Twin
3) Superior King
4) Superior Twin
5) Junior Suite (Renovated)
6) Executive Deluxe King
7) Executive Deluxe Twin
8)Executive Deluxe King (Renovated)
9) Executive Deluxe Twin (Renovated)
10) Junior Studio
11) Executive Studio
12) Junior Suite


Macam gambar di atas, saya menginap di bilik jenis "Superior Twin".


Ruangan bilik yang luas dan konduksif memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menginap di hotel ini. Sesuai juga untuk yang berkeluarga.







Hiasan bilik yang sederhana dan simple menyamankan mata yang melihat. Tak adalah rasa semak sangat dengan decor yang sarat kan!

Selain itu, setiap bilik terdapat kemudahan WiFi percuma, kemudahan bilik mandi seperti bathtub, hairdryer, telefon IDD, safebox, TV, penghawa dingin, mini bar dan meja kerja bagi memudahkan pengunjung untuk membuat kerja. Ohhh......Khidmat layanan hotel pula adalah 24 jam seminggu. 

Pengunjung juga berpeluang bersarapan pagi di cafe hotel.


Hotel bertaraf 4 bintang ini turut menyediakan kemudahan lain, termasuk kolam renang di aras bawah hotel beserta dengan kemudahan gym, 4 buah restaurant, dan satu lobby bar yang juga terletak di aras bawah hotel berhadapan dengan kolam renang.



Kedudukan yang strategik ini menjadikan hotel ini menjadi pilihan para pengunjung yang mahu bermalam di Kuching, Sarawak. 

Selain bersebelahan dengan Waterfront, hotel ini juga terletak berhadapan dengan Riverside Hotel. 

Hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja untuk ke kedai kedai yang menjual cenderamata di hadapan Waterfront. Senang cerita, memang mudah lah kedudukan hotel di tengah bandar ni. Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan namun, berubah ubah mengikut musim seperti musim cuti mungkin harganya lebih tinggi berbanding hari biasa. 

Berikut :

AddressJalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak, Malaysia