Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 16 March 2016

Pusat pemborong pakaian di Ho Chi Minh City, Vietnam



Mengimbas kembali entry sebelum ini, pengalaman ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Bagi menjawab persoalan di email saya baru baru ini, saya menulis semula new entry ini.


Semasa kunjungan saya ke Ho Chi Minh, saya telah melawat ke beberapa pusat pemborong pakaian. Antaranya sudah tentu Ben Thanh Market.



Ben Thanh Market merupakan lokasi wajib dilawati jika kamu ke Ho Chi Minh City. Ben Thanh Market merupakan sebuah pasar yang menawarkan pelbagai jenis pakaian dan juga aksesori lainnya. Sudah tentu yang menjadi tumpuan utama di Vietnam adalah kain cotton yang pelbagai jenis dengan harga yang murah. Sebab itu ramai pengusaha pakaian termasuk dari Malaysia, Singapura dan Brunei, datang ke sini.

Memang mengila lah bila dah sampai ke Ben Thanh Market ni. Terutama kaum wanita lah! Tapi amaran...mengikut pengalaman saya di sana, peniaga di sana "agak" kasar (tapi tidak semua). Once you tanya harga, terus kena beli. Kalau tidak dia akan tarik dan marah. (Bukan saya sahaja yang pernah kena. Bila buat perkongsian pengalaman dengan wanderer lain di laman twitter @backpackingMY dengan topic #bpscam, ramai antara mereka pun pernah kena).

Ehemm...sebab perkongsian ini, saya telah mendapat saguhati ebook mengenai negara Kyrgyztan.(saya memilih Kyrgyztan) to be honest, belum sempat nak baca lagi ni. Thank you curator ketika itu, otai wanderer, Abang R&W.


Okayy back to main point..suasana di sekitar Ben Thanh Market.

Image from yilinglim.blogspot.com 

Image from www.dreamstime.com


Image from www.expedia.com


(Maaf lah gambar ambil sendiri tak banyak & kualiti yang sangat kurang sebab dulu pakai phone je and i did not bring my camera).




























 Ben Thanh Market juga hidup pada waktu malam. Lagi malam lagi meriah dengan kehadiran pengujung tempatan dan juga pengunjung dari luar.

Jangan risau, jalan je, mesti akan jumpa orang melayu. Bersepah di Ho Chi Minh ni. Bila tanya dari mana mesti akan jawap, "KL,JB,Shah Alam, Singapura" memang ramai. So senang juga lah kalau apa apa nak berkomunikasi.

Dan kebanyakkan antara peniaga di Vietnam ini boleh lah juga bertutur dalam bahasa melayu dan english. Mata wang yang digunakan juga termasuk Ringgit Malaysia dan Dollar. So kalau tak cukup duit Dong (mata wang Vietnam), atau tak tukar lagi, jangan risau, sebab peniaga di sini menerima bayaran dengan menggunakan mata wang RM dan Dollar. Kebanyakkan mereka lebih suka berurusan menggunakan mata wang asing sebab bila ditukar, nilainya lebih laku dan tinggi.

Pssssss sedikit rimas bila berjalan di  Ben Thanh Market ni, ramai perniaga terutama kanak kanak akan mengekor je dari belakang dan memaksa untuk membeli. Mula mula boleh lah seorang dua tu kita beli lah juga sebab kesian, sekali dah beli, makin ramai yang ikut. Adoii......pandai pandai handle lah ya!

Selain pakaian, kamu juga boleh mendapatkan pelbagai jenis beg yang menarik dan unik di Ben Thanh Market (sayangnya my favourite beg yang beli di Ben Thanh Market dah rosak errr) ini terutamanya pada waktu malam! memang syiok nak berjalan sebab kurang sikit panas cuaca. Tapi hati hati yang tengah seronok bershopping tu, tengok kiri kanan depan belakang. Sebab apa? sebab Vietnam memang terkenal dengan kota motorsikal. Terlalu banyak motorsikal. So dari mana arah pun akan ada motor yang lalu lalang. Jangan lupa jaga beg juga! (Shopping, shopping juga, keselamatan yang dilupakan).

Selain Ben Thanh Market, saya juga telah dibawa ke beberapa buah rumah pengusaha pakaian. Tapi yang menjadi pilihan di hati ketika itu adalah rumah pengusaha Puan Linda dan Encik Alex.


Ini lah rumah Linda Wholesale. Memang menjadi tempat wajib dikunjungi oleh pengusaha pakaian jika ke Ho Chi Minh. Kira Puan Linda & Encik Alex ni memang antara terkenal lah di Vietnam. Siapa yang pernah ambil pakaian di Vietnam, pasti kenal mereka.



Ni contact number Puan Linda & Encik Alex. Boleh lah hubungi mereka melalui whatsapp. Mereka juga menawarkan shipping ke Malaysia.

Alex : +84938823458
Linda : +84938823457





Rumah rumah di sini memang cantik dan tinggi!




Jenuh nak memilih baju, sebab rumah dia empat tingkat ya! Dah macam naik tangga flat!



















Hasil tangkapan!



Kepada sesiapa yang perlukan tour guide nanti, boleh lah hubungi Pak Ali. Pak Ali ni lah yang bawa saya ke tempat tempat pemborong ni. Pak Ali juga boleh bertutur dalam bahasa melayu. So senang! Ehemm jangan kutuk kutuk orang sana kebanyakkan faham lol!












46 comments:

  1. lokasi linda wholesale ni dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Ini alamatnya

      409/60/3A Le Duc Tho Street Ward 16, Go Vap Dist, HCM.

      Atau boleh terus call no Alex pada gambar kad di atas untuk lebih clear :)

      Delete
    2. Linda whole sale ni ada juai kain pasang jgk ke?

      Delete
    3. Tak ada sis.. Baju siap sahaja

      Delete
  2. nak tnya tour sana berapa ya ambik sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya. saya tak sure pasal tu. sebab dah lama sy pergi dan masa tu kawan saya yang bayarkan part tour guide ni. maaf ya

      Delete
  3. Nak tanya kilang yg membuat kain disana dikawasan mana ye... bukan pemborong... saya nk cari kilang yg buat kain

    ReplyDelete
  4. Nak tanya kilang yg membuat kain disana dikawasan mana ye... bukan pemborong... saya nk cari kilang yg buat kain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Saudara boleh hubungi Encik Alex seperti kad di atas. Sebab dia juga memiliki kilang kain sendiri.

      Delete
    2. Mcm mna kalau kita nak borong ya? Dia faham ke kalau kita bawa dia cakap melayu?

      Delete
  5. Gambar ke dua dari atas tu adalah Binh Tay market di Cholon. bukannya gambar Ben Thanh market. Setengah org panggil market ni Chinatown. Di Binh Thay ni kain pasang lebih murah dari Ben Thanh.

    ReplyDelete
  6. nak tanya.... kalau saya nak borong pakaian secara online dari sana mcm mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Saudara Saiful. Awak boleh hubungi No Encik Alex seperti di kad di atas. Boleh berurusan dengan dia.

      Delete
  7. Salam sis, nak tanya baliknya u beli brape kilo of baggage? I beli 20kg for myself n my hubby 20kg tapi takut tak cukup sebab ramai org kata shoppping kat sana blh menggila hahhahhaa.....

    ReplyDelete
  8. assalam..ada contact no x utk pemborong/kilang yang jual/buat hoodie atau jacket?

    ReplyDelete
  9. Saya ni cari baju dress or blaus wanita yg kta bleh jual sehelai 19.90 d malaysia.. Ada ke d sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Kalau untuk dress atau blaus di sana tak banyak. Kalau dress atau blaus better Encik ke Indonesia. Sana lebih banyak pilihan dan harga pun murah.

      Delete
  10. Saya ni cari baju dress or blaus wanita yg kta bleh jual sehelai 19.90 d malaysia.. Ada ke d sana?

    ReplyDelete
  11. encik boleh cari di bangkok..sane blouse or baju perempuan lebih murah..vietnam fesyen agak terhad dan lebih mahal

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum..nak tanya. tgk pada gambar cik bawa pulang sendiri brg2 naik flight. Ada isu dgn kastam x kat airport HCM atau KLIA bawa brg bulk2 gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah masa sy, tak ada apa masalah. kami ambil trolley banyak masa di airport, then pecahkan berapa org untuk tolak selepas ambil beg tu, supaya tak nampak yg kami bawa beg banyak. Tapi sy landed di changi airport, singapore masa tu. naik juga dari changi.

      Delete
  13. hye nak tanya awak pernah tak pg tour yg bawak shopping directly pg kilang2 mcm adidas, under armour etc?

    ReplyDelete
  14. Salam semua. Saya masih di Ho Chi Minh City.
    Nak share.
    Saya kena tipu dengan Kedai Bieh Loan nombor 323 di Ben Thanh market.

    Saya tempah 2 blouse dengan harga hampir RM 400.
    Baju tak siap dan tidak dihantar. Malah saya perlu minta bantuan receptionist hotel untuk talipon mereka. Mereka beri berbagai alasan dan janji.
    Hari ini, saya dah nak balik dan baju-baju tak dapat , dan baju contoh pun hilang sekali.

    ReplyDelete
  15. Nak tanye..antara linda whole sale dgn rohani collection mana lg murah?

    ReplyDelete
  16. mcm mne kita nk bawak balik barang bnyk2 mesti kena tahan kn n bagasi bpe je leh muat..so shipping ade x or ade care yg lebih mudah

    ReplyDelete
  17. X sabar nak pegi. Sapa2 yg nk g end of march 2018 roger2 yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadang nak pergi bulan mac

      Delete
    2. hi sis yati sidek,dh pergi ke ho chi minh..nk tnye kat sne makanan smua ok x,mahal ke atau biasa biasa je..lps tu naik grab ke atau teksi
      ..bole x contact saya 0162059045..wasap sy..nak tahu detail skit sbb br nk pergi

      Delete
    3. bro khairul,
      jika kat Ben Thanh Market ..anda makan di Malaysia Street 1 ..nama kedai HJ OSMAN.. 4star saya bagi. memang sedap. Kami makan kat situ je sepanjang 3hari 2 malam. pernah makan kat kedai lain tp tak sesedap HJ OSMAN.
      amat2 rekemen

      Delete
  18. mcm mna nk save no pembekal tu.. alex n linda.. bila save kat contact xnaik pn kat wasap... asa sspa tahu x ajar jap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Save jer no dy mcm biasa nanti keluar no wsap jgn ltk + kt dpn

      Delete
  19. Assalam boleh order direct dari Malaysia ker dgn Linda tu? Dia jahit baju kurung ker?

    ReplyDelete
  20. Slam sya nak Tanya soalan skit kita Boleh ke beli baju Vietnam on line tak payah masuk ke Vietnam sebap sni Macam ramai sya nampak d media social seller Yg jual baju Vietnam sebap dlu pun sya Pernah Jadi DROPSHIP sekarang mls mau angkat SMa Dia order kadang barang tiada xckp sma Anak DROPSHIP

    ReplyDelete
  21. I nak cari pembekal baju Vietnam tanpa harus pegi ke Vietnam

    ReplyDelete
  22. Adakah anda dalam krisis kewangan, mencari wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri atau membayar bil anda?
    Saya mendapat saya dari Mike Fisher. Kad ATM kosong saya boleh mengeluarkan $ 2,000 setiap hari. Saya mendapatnya dari minggu lalu dan sekarang saya mempunyai $ 14,000 percuma. ATM kosong mengeluarkan wang dari setiap mesin ATM dan tidak ada nama keluarga, ia tidak dapat dikesan dan sekarang saya mempunyai wang untuk bekerja dan wang yang cukup untuk saya dan keluarga saya untuk hidup.

    PERCAYA KAD KREDIT KESELAMATAN DI HARGA PRIBADI
    * Mereka menjual kad ini kepada semua pelanggan dan pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad ini mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $ 2000 hingga $ 5000 dan sehingga $ 50,000 di kedai dan POS tanpa had. *

    * e-mel: blankatm156@gmail.com
    * Anda juga boleh menghubungi atau membantu Hubungi kami hari ini untuk lebih banyak pencerahan
    +1 (301) 329-5298

    ReplyDelete
  23. Ada contact yg jual kain satin silk.ke?

    Tq

    ReplyDelete
  24. Ada ka jual baju tidur dewasa cartoon..mcm hello kitty,doraemon,mickey mouse dn bnyak lgi..mcm mna mau order dn tngok gmbar

    ReplyDelete
  25. Sesiapa nk Cari Kain pasang/TUDUNG Dan baju yg dh siap jahit dari Vietnam secara borong WhatsApp saya 011-39485496.. murah2 saya bgi

    ReplyDelete
  26. Nice post! The information you provided is very helpful if someone is planning to enjoy the holidays. I think Historical Places in Sharjah is a better way to spend the joyful vacations.

    ReplyDelete