Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 24 July 2015

06:56:00

Perempuan Macam Manakah Yang Menjadi Pilihan Lelaki?


REPOST FROM www.saudari.com




Banyak faktor yang memungkinkan seseorang wanita itu menjadi pilihan si jejaka. Namun, di sini ingin diketengahkan tujuh faktor utama yang menjadi perhatian si jejaka dalam memilih pasangan mereka. 


1.Ilmu agama

Yang pertama sudah pasti tuntutan agama. 

Kaum hawa yang memiliki ilmu agama yang baik sudah pasti menjadi dambaran semua kaum adam.

Ilmu agama menjadi asas penting dalam sesebuah perhubungan kerana agama mampu menjadi hala tuju perhubungan yang baik untuk pasangan.

Usah risau jika anda tidak memiliki ilmu agama yang baik, ini tidak bermakna anda tidak boleh menjalinkan hubungan atau berumah tangga, kerana ia masih boleh dipelajari walaupun setelah berumah tangga kerana proses pembelajaran adalah sepanjang hayat.


2. Jadi diri sendiri.

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menjadi diri sendiri.

Bagi memikat hati seorang lelaki, kamu tidak perlu menjadi orang lain. 

Cukup dengan menjadi siapa diri kamu yang sebenarnya.

Jangan sesekali menjadi wanita yang si dia inginkan kerana si dia sebenarnya jatuh hati bukan pada diri kamu yang sebenarnya tetapi pada bayangan yang si dia mahukan. 

Adalah tidak baik bagi kamu kerana kamu tidak dicintai seikhlas hati si dia. 

Seteruk dan seburuk mana pun diri kamu, itu adalah diri kamu. 

Dari situ kamu mampu menilai keikhlasan pada diri si dia.

Sama ada si dia mampu menerima kekurangan dan kelebihan kamu atau tidak. 

Yang paling penting, kamu tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain seumur hidup kamu. 

Jika kesempurnaan yang si dia dambarkan, percayalah, mereka tidak akan pernah temui kerana tiada apa yang sempurna di dunia ini. 

Kadang kala yang kecil itu lah kesempurnaan. 

Namun, jika kamu merasakan diri kamu banyak kekurangan, kenapa tidak kamu perlahan-lahan cuba memperbaiki kelemahan diri demi kebaikkan diri. 

Semoga niat yang baik dipermudah.


3. Jangan sentiasa merasakan diri itu sempurna.

Jangan lah bersungguh-sungguh mahu buktikan diri kamu terlalu sempurna sehingga tiada kurangnya. 

Tidak salah jika sekali sekala kamu mengakui kelemahan diri kamu depan si dia.

Bukan lah bermaksud kamu memperbodohkan diri kamu. 

Cuma adakalanya manusia itu lemah. 

Sebagai contoh saat kamu jatuh dan memerlukan sokongan. 

Jangan pernah malu untuk memberitahu si dia yang kamu juga perlukan seseorang untuk meluahkan isi hati kamu. 

Saat kamu menangis, kamu perlukan tempat untuk menangis. 

Jangan setiap kali kamu menyatakan “I’m ok”, sedangkan saat itu kamu sangat memerlukan seseorang.

Jangan sesekali berharap signal “I’m ok” kamu itu akan difahami oleh si dia kerana lelaki selalu beranggapan apabila kamu memberitahu kamu adalah dalam keadaan baik, mereka benar-benar mempecayainya.


4. Jangan cabar 'kelelakian' lelaki.

Jangan mencabar kelelakian lelaki bermaksud jangan sesekali mencabar ego lelaki kerana lelaki adalah sangat tidak mengemari jika ego mereka dicabar.

 Fenomena hari ini, ramai wanita yang mengakui diri mereka setanding lelaki. 

Sedangkan hakikatnya, lelaki dan wanita tetap tidak akan pernah sama. 

Hebat mana pun seorang wanita itu, ‘sesado’ mana pun, seorang wanita tetap memerlukan sorang lelaki untuk menyokong mereka dari belakang. 

Sebenarnya, lelaki juga mampu menilai tahap kemampuan seseorang wanita itu. 

Jadi jangan ego ya!


5. Tabah.

Wanita memang hatinya lembut dan mudah terusik.

Lasak macam mana pun seorang wanita itu, dia tetap wanita dan memiliki naluri sensitif itu. 

Tapi yang membezakan seseorang wanita itu adalah bagaimana cara mereka mengawal tahap ketabahan hati mereka saat mereka bersedih. 

Kebanyakkan lelaki lebih tertarik pada wanita yang tabah. 

Bagi lelaki, wanita yang menangis itu adalah normal kerana itu adalah lumrah setiap manusia untuk menangis ketika mereka bersedih. 

Tapi wanita yang mampu tersenyum semula selepas menangis adalah wanita yang kuat dan dikagumi oleh lelaki.

“Wanita yang tabah adalah wanita yang menangis di malam hari dan bangun dengan senyuman”.

 Bagi lelaki wanita seperti ini mampu berdikari.


6. Terima kelemahan si dia.

Setiap manusia pasti ada kelemahan mereka tersendiri. 

Sesempurna mana pun seseorang di mata orang lain, percaya lah, mereka tetap manusia yang jauh daripada kesempurnaan. 

Wanita yang hebat tidak akan terus menghukum seorang lelaki dengan kelemahan mereka termasuk yang berkaitan dengan masa silam mereka. 

Sebaliknya, belajarlah untuk memahami mereka. 

Sebagai contoh jika seorang lelaki itu adalah pengamal hubungan sejenis sebelum ini, tidak salah jika kamu cuba memahami kaum seperti ini terlebih dahulu sebelum terus menilai mereka. 

Jika niat mereka untuk berubah, biarkan masa silam mereka terus menjadi masa silam. 

Jangan pernah ungkit kesilapan mereka. 

Kamu bersama mereka untuk masa hadapan bukan berundur di masa silam mereka. 

Kamu harus belajar menerima dirinya yang baru. 

Jika kamu terus menghukum masa silam mereka, sampai bila mereka mahu menemui diri mereka yang baru?. 

Kenyataan di masa silam tidak akan pernah berubah. 

Sedarlah, di saat kamu terus menghukum mereka, mereka lebih sedaya upaya untuk melawan kesilapan mereka selama ini

Semua manusia mempunyai masa silam mereka.


7. Pendengar setia.

Lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan. 

Mereka selalu berusaha untuk menutupi kelemahan diri mereka. 

Antara pekara yang paling sukar dilakukan oleh seorang lelaki adalah untuk berkongsi masalah mereka dengan orang lain terutama dengan kaum wanita kerana menurut mereka wanita ini kadang kala mulut tempayan. 

Jadi bagi kaum wanita, beri ruang kepada lelaki untuk mendekati kamu untuk menjadikan kamu tempat untuk mereka berkongsi isi hati mereka. 

Tidak susah, hanya mendengar. Tetapi, apabila kamu telah mendapat kepercayaan mereka, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.


Sunday 12 July 2015

12:00:00

Labore et Honore (PART 2)




Lahirnya pemimpin pemimpin hebat di MSAB EC sudah pasti yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka ialah para guru yang telah mencurahkan ilmu kepada mereka. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang selamanya.


Guru guru tingkatan enam MSAB EC.


Ayahanda (Mantan pengetua maktab) bersama barisan kapten maktab. (lima lagesi kapten)

Dari kiri :

2) Captain Lim Mao Fong yang kini menyambung pengajian di  -



4) Captain Amirul Hafiz yang kini menyambung pengajian - 
University of Southamptom



1) Captain Amirul Hakim baru sahaja menamatkan pengajian di -
University of Cambridge


3) Captain Ian Hannibbal Liang yang kini menyambung pengajian - 
Bachelor of Laws (LLB) at Multimedia University Melaka



5) Captain Lucas Choe yang kini menyambung pengajian - 
 Physics at University Of Queensland, Australia



(Amirul Hafiz merupakan adik kepada Amirul Hakim)



Semasa zaman aku, aku hanya pernah berada di bawah captain Lim Mao Fong dan Captain Ian Hannibal.



Gambar sampingan :


Kanan Lucas - Iqbal Harith Liang (Iqbal merupakan adik kepada ian. Kini Iqbal melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam untuk Asasi Undang-Undang)



(Para pengawas lelaki akan memakai songkok berwarna hijau tua dengan lilitan reben kuning. (Bagi membezakan pengawas dan pelajar biasa) selalunya dipakai pada hari jumaat yang dipadankan dengan pemakaian baju melayu beserta samping khas maktab)




(EC sangat menitik beratkan disiplin para pengawas. Pengawas haruslah sentiasa kemas. Yang lelaki digalakkan untuk membotakkan kepala ketika di zaman captain Mao Fong. Mao Fong memang agak tegas ketika zamannya).



(Pengawas junior tidak disediakan blazer. Hanya untuk senior).


Seperti sekolah lain, Maktab juga mengarahkan setiap pengawas dibahagi mengikut pembahagian tugas.Setiap pengawas akan ditugaskan di tempat yang berbeza setiap minggu mengikut jadual yang telah disediakan. 


GATE UTAMA / GATE HADAPAN

sportcheck akan diadakan pada setiap hari. Setiap kali pelajar mahu masuk ke sekolah. Setiap seorang pengawas akan menarik setiap seorang pelajar. Dari pemakaian hingga ke beg pelajar akan disportcheck. Pada jam 7.15 pagi, pagar akan mula ditutup, dan pelajar hanya akan dibenarkan masuk seorang pada satu masa. Dan nama akan dicatat jika lewat. 

(Alaa tapi student ni bijak, pasti lepas daripada sportcheck!)


GATE BELAKANG

Hah gate belakang ni selalunya digunakan oleh pelajar yang tinggal di hostel. Sebab dekat. Selain itu, pelajar yang datang naik bas pon selalu menggunakan gate ni.

(Ni gate favorite aku bila bertugas!)




GATE HADAPAN

Gate ni hanya digunakan olrh guru dan pekerja sahaja. Pintu utama untuk kereta masuk



KANTIN

Seperti gate, setiap pagi dan masa rehat, pengawas juga ditugaskan untuk menjaga pelajar. Pengawas diberi dua pilihan sama ada untuk keluar awal atau naik kelas lambat untuk bertugas.




Lencana maktab adalah berbeza untuk Kapten, naib kapten, timbalan kapten, pengawas dan pelajar.


(Timbalan kapten - Daniel, Naib kapten - Siew Qi, Kapten - Ian Hanibbal Liang)



(Blazer aku dah bagi pada junior, tie masih aku simpan. Satu tie pelajar biasa, satu tie pengawas)



Bersama bekas bekas pelajar Maktab yang sangat cemerlang! 
(Syafiq Zaini & Justin Low)
Straight A's semua exam!




(Edwin Ho & Aqillah)


(Luqman & me)


(me & Matin Mujib)


(Nabil)



Kalau dah lelaki tu...memang kretif lah..botol lah, tong cat semua pakai..tong sampah


Gabungan Indian,Cina, Kadazan


Hahaha aku ingat lagi masa ni! Junior junior duk ngikut je yang senior senior ni nyuruh dorang!


(Lim & me)















Si kembar yang juga jiran aku  (Rafii Kamaluddin & Afiq Kamaluddin)




(Me & Justin Low (Jlo) )

Yang aku cukup puji sekolah ni, which is, sekolah ni sangat 1 Malaysia. Kami digalakkan untuk berkawan dengan bangsan lain. Exchange student pon ada. Masa tahun aku, ada seorang, Ben, dari German. Kami semua bangsa jadi kawan baik. Lebih daripada kawan pon ada! sebab tu aku tak heran kalau dengan cina couple dengan india, india couple dengan melayu ke apa lah semua. Sebab aku selalu tengok depan mata.