Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 10 November 2015

02:46:00

Jihad Melalui Lensa Kamera (bersama wartawan, Ashwad Ismail)

“…kalau ada seseorang keluar dari rumahnya untuk bekerja bagi membiaya anaknya yang masih kecil, maka ia telah berusaha Fisabilillah. Jikalau ia bekerja untuk dirinya sendiri agar tidak sampai meminta-minta pada orang lain, itu pun Fisabilillah” (HR. Thabrani).



Berbicara soal “jihad” sudah pasti ramai yang akan  membayangkan seseorang sedang berjuang dengan mengangkat senjata di medan perang. Namun, ramai yang lupa jika pekerjaan juga merupakan sebahagian ibadah yang mendorong kepada jihad menurut islam.

Pekerjaan seseorang menjadi ibadah dan jihad jika seseorang itu bekerja dengan niat yang baik iaitu kerana Allah dan bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri sendiri.

Mengimbas kembali peristiwa penawanan Kapal Misi Kemanusian, Kapal Mavi Marmara pada tahun 2010, seorang aktivis yang juga wartawan Astro AWANI, Ashwad Ismail, 30, telah berkongsi pengalaman ketika menjadi tawanan tentera komander Israel.



Pengalaman pahit ketika ditawan selama hampir 28 jam oleh tentera Israel benar-benar telah membuka mata Ashwad sebagai seorang wartawan.

Wartawan atau pengamal media memang terkenal dengan pergaulan sosial yang luas dalam kerjaya seharian, namun, dengan perspektif tersebut tidak membuatkan golongan ini lupa akan tanggungjawab sebenar mereka.

Jarang sekali masyarakat mahu menyelami dunia sebenar kehidupan seorang wartawan dan melihat realiti sebenar yang dihadapi oleh pengamal media ini.

Menurut Ashwad, media memainkan peranan penting terutamanya seorang wartawan untuk mengetengahkan realiti. 


Wartawan Astro AWANI, Ashwad Ismail 25 (ketika hari kejadian)


Media merupakan perantara untuk memperjuangkan dan memaparkan dunia sebenar yang dihadapi oleh masyarakat di Gaza sejak beberapa dekad yang lalu.

Misi kemanusian yang disertai oleh Ashwad kali ini telah melibatkan beberapa aktivis dan pengamal media daripada beberapa buah negara.

Mereka berkumpul di satu perlabuhan untuk menyertai Misi Kemanusian Mavi Marmara sebelum ditawan oleh tentera Israel ketika di tengah lautan Mediterranean.

Semasa penawanan Kapal Mavi Marmara, disaksikan, sembilan orang aktivis dan wartawan telah ditembak mati.


Sembilan orang aktivis yang terkorban dalam tragedi tersebut. Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam.

Namun, konsep jihad di sini bukan lah sekadar isu keagamaan tetapi lebih kepada isu kemanusiaan. Ramai antara aktivis yang terlibat dalam misi kali ini berasal daripada negara Eropah dan tidak mempunyai latar belakang agama islam. Mereka menyertai misi ini atas dasar tugasan dan misi kemanusiaan yang dibawa.

Bertugas sebagai seorang pengamal media tidak bermakna mereka tidak berpeluang untuk berjihad. Malah, pengamal media juga mampu berjihad mengikut jalan mereka sendiri.

Ketika detik cemas tembak menembak, seorang wartawan daripada Indonesia yang dikenali sebagai Suria, telah ditembak di bahu kanannya ketika sedang merakam kekejaman tentera Israel. Walaupun sudah tercedera, namun demi tugasan dan niat mahu berjihad, Suria tetap mengagahkan diri untuk terus merakam suasana ketika itu sebelum kameranya dirampas oleh tentera Israel.

Mendapatkan footage terbaik adalah lebih penting bagi pengamal media berbanding nyawa mereka sendiri ketika itu.





Footage ketika tragedi yang sempat dirakamkan

Walaupun menurut mereka, misi kali ini dikatakan “gagal” kerana mereka tidak sampai ke destinasi yang mahu dituju iaitu Gaza, namun, misi kedua mereka telah berjaya iaitu berjaya membuka mata dunia dengan memaparkan keadaan sebenar kekejaman Israel.

Namun bagi Ashwad, berjihad menurut pengamal media bukan lah sekadar berjihad melalui lensa kamera tetapi juga berjihad melalui penulisan.

Lensa kamera memaparkan gambaran yang berlaku harus lah seiringan dengan penulisan yang diterbitkan.

Setiap penulisan juga akan dihisab kelak di akhirat. Oleh itu, seorang wartawan atau sesiapa sahaja haruslah mengetengahkan realiti dan faktar yang benar dan tidak sehingga membawa kepada fitnah.
Peristiwa penawanan Kapal Misi Kemanusiaan, Mavi Marmara telah berjaya membuka mata masyarakat dunia, di mana semua negara telah bersatu memperjuangkan kebebasan tawanan dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan.

Mereka yang terlibat dalam peristiwa ini telah secara tidak langsung berjihad di jalan Allah. Mereka yang mati ditembak juga telah disahkan sebagai mati syahid.

Walaupun sejarah hitam itu sukar dilupakan, namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para pengamal media untuk terus menyertai misi kemanusiaan yang seterusnya.

Menurut Ashwad, tiga bulan selepas sejarah hitam itu, dia dan rakan sekerja telah berangkat semula ke Gaza untuk misi kemanusiaan yang seterusnya namun kali ini melalui jalan darat.

Semua pekerjaan sudah pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagaimanapun, ia berbalik semula kepada niat seseorang.

Apa cara sekali pun, mereka harus berusaha melaksanakan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kepentingan diri diketepikan demi menyalurkan informasi yang terbaik untuk masyarakat sejagat.

Kelebihan memilih kerjaya sebagai seorang wartawan, mereka dapat merasa sendiri suasana yang sebenar berbanding masyarakat yang hanya mampu membaca daripada laporan yang dikeluarkan oleh media.

Namun, tugas seorang wartawan bukanlah sekadar berjalan ke merata tempat sahaja, tetapi mereka juga memegang amanah yang diberikan oleh syarikat dan Allah kepada mereka.

Mungkin ada yang berkata, kerjaya sebagai pengamal media terutama wartawan akan menghadapi kesukaran dalam pekerjaan dan bahaya, namun, jika dengan niat yang betul, segala yang sukar akan dipermudahkan olehNya.







credit **Gambar diambil daripada google. 


Persoalan....Bersediakah aku untuk menghadapi keadaan seperti tragedi ini?. 




Think about it..........










Ketika sesi temubual bersama Encik Ashwad Ismail.