Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday 5 February 2015

22:52:00

Interview bersama Playground Production.


1)Mengapakah anda memilih keusahwanan daripada segi perkhidmatan iaitu produksi bakat seni seperti filem,bakat lakonan serta nyanyian sebagai kerjaya pilihan utama anda dan apakah kelayakkan yang harus dimiliki oleh setiap tenaga kerja yang bernaung di bawah organisasi produksi anda?.

Kami mula terlibat dalam bidang keusahawanan bermula dengan wujudnya Playground Production. Produksi kami dibina atas dasar adanya minat dalam bidang ini. Minat kami tercetus bermula daripada bidang teater yang membawa kami ke peringkat yang lebih tinggi iaitu industri filem. Antara bakat lakonan yang produksi kami miliki adalah seperti Syamil dan Iedil Putra. Mereka mula menceburi bidang lakonan teater dan lakonan televisyen sejak kecil lagi. Bermula daripada minat, kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri dalam industri ini. Di sini lah, bermulanya Playground Production yang membawa kami ke dalam bidang keusahawanan daripada segi perkhidmatan. Kami mula mengumpulkan bakat-bakat yang ada dan memulakan perniagaan. Sebenarnya idea untuk mewujudkan perniagaan ini bermula daripada kelompok rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai minat yang sama iaitu minat dalam bidang lakonan. Contohnya seperti saya dan Redza Minhat, kami mula berkawan sejak kami masih belajar di MMU iaitu lebih 15 tahun yang lalu. Saat itu hanya saya dan Redza yang bermula dalam bidang teater ini sehingga lah kami menemui bakat-bakat baru seperti Iedil,Syamil,Sherry,Megat dan Farah.Dari segi kelayakkan pula, produksi kami melihat dari dua segi iaitu dari segi bakat dan kelayakkan akademik. Dari segi bakat kami mencari tidak kira samada untuk di hadapan kamera atau di belakang kamera sebagai krew produksi yang paling penting mereka mempunyai minat dalam industri ini. Itu lebih utama daripada kelayakkan akademik. Seperti dilihat, tujuh daripada tenaga kerja utama kami tidak memiliki kelayakkan dalam bidang seni. Seperti saya sendiri, saya memiliki latar belakang kejuruteraan, Redza Minhat pula merupakan seorang pekerja bank, manakala Iedil pula mendapat pendidikan dalam bidang perubatan dan Farah berlatar belakangkan pendidikan undang-undang. Berbeza dengan Syamin dan Sherry. Hanya mereka yang mendapat pendidikan dalam bidang “performance art” dan kesemua kami merupakan graduan lepasan luar negara. Syamin memulakan kerjaya beliau dengan sedikit tawaran lakonan dan penulisan skrip. Tetapi beliau bekerja sepenuh masa sebagai Public Relation (PR) namun, kini beliau sudah sepenuhnya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Sherry merupakan seorang yang paling beruntung dalam produksi kami kerana sekembalinya beliau dari Melbourne,Australia setelah menamatkan pelajarannya, beliau mula mempraktikkan pendidikan yang diterima dalam bidang seni ini dan mencari makan dengan bakat yang beliau miliki.


2) Apakah teknik pemasaran yang anda gunakan untuk mempromosikan perniagaan anda?.

Dari segi promosi, ia bergantung kepada jenis pekhidmatan dan produk yang kami tawarkan kerana produksi kami menawarkan pelbagai jenis perniagaan. Bercakap mengenai perkhidmatan, produksi kami menyediakan perkhidmatan penulisan skrip bagi teater,televisyen dan filem. Langkah pertama kami membuat “Film Review”. Di mana, kami membuat perbincangan dengan team produksi, jika idea yang diutarakan adalah baik, kami akan menghantar idea tersebut kepada produksi lain yang mahu membeli idea kami itu. Semua produksi akan lalui proses tersebut. Proses tersebut dipaggil “Skil Development”. Bagi teknik pemasaran di televisyen pula, ia lebih mudah kerana produksi televisyen itu sendiri akan membuat promosi untuk telemovie itu sendiri dengan cara mengambil trailler daripada produksi kami untuk tujuan promosi. Cara ini akan mudah menarik minat penonton. Namun, produksi kami juga akan membuat promosi melalui sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk membantu proses promosi. Sebaliknya untuk perniagaan filem pula, ia lebih sukar kerana industri filem ini luas. Kami harus melihat di pasaran mana kami mahu menjual filem kami samada industri tempatan atau antarabangsa. Selepas itu, kami juga harus menentukan samada mahu memasarkan dalam pasaran secondary atau primary profit. Jika primary profit, ia lebih mudah kerana ia dijual terus kepada pawagam. Kuntungan boleh dilihat terus melalui penjualan tiket wayang itu sendiri. Manakala untuk secondary profit pula, ia dikira melalui penjualan DVD di kedai-kedai cakera padat. Cara lain pula, jika Astro atau TV3 mahu membeli hak pemilikkan (Copyright) bagi tujuan penayangan, selalunya berlaku pada musim perayaan, mereka akan membayar kepada produksi kami. Itu bagai mana kami menjual perkhidmatan dan produk kami dalam bidang perniagaan. Contohnya produk terbaru kami filem “Terbaik Dari Langit”, jika produksi lain mahu membuat “Terbaik Dari Langit” dua, mereka boleh membeli hak pemilikan daripada kami atau Astro Show. Jika mahu mendapatkan pasaran antarabangsa pula, kami haruslah melalui beberapa fasa. Cara paling mudah dengan menyertai “Filem Festival”. Kami akan menghantar karya terbaik kami untuk pertandingan yang disediakan sama ada kecil atau besar pertandingan itu bergantung kerana banyak pertandingan yang dibuka. Contohnya produksi di United State (US), mereka ada produksi yang akan membeli filem-filem dari Asia kemudian filem itu akan ditayangkan di US. Itu merupakan salah satu cara kami mempromosikan perniagaan kami. Selain itu kami juga ada mengikuti promosi seperti di Jom Heboh dan festival-festival. Tapi kami lebih selesa dengan cara membuat “talk”. Seperti minggu lalu kami dijemput untuk membuat “talk” mengenai perniagaan kami dengan tajuk “Broadcast in business” di UiTM Puncak Perdana yang turut dihadiri oleh pelajar UiTM Shah Alam dan UiTM Puncak Alam. Tujuan utama kami membuat “talk” adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan bahawa penyiaran juga merupakan salah satu cabang perniagaan. Cara ini juga merupakan sebahagian daripada prosess pemasaran kami.


3) Bagi memiliki sebuah perniagaan yang kukuh dalam industri ini,sudah pasti anda memerlukan bantuan daripada banyak pihak, sehubungan dengan itu, pihak manakah yang banyak membantu anda terutama daripada segi kewangan dan bimbingan?.

Bagi memulakan sesebuah perniagaan biasanya seseorang usahawan itu harus menggunakan wang simpanan sendiri terlebih dahulu sebagai modal permulaan. Tapi selalunya akan ada dua sumber modal untuk perniagaan iaitu seperti saya beritahu sebentar tadi, pertama adalah sumber kewangan sendiri dan kedua adalah pinjaman kewangan daripada institusi kewangan seperti bank. Bagi syarikat produksi kami, kami menggunakan kedua dua sumber kewangan tersebut.Dari segi bantuan bimbingan dalam perniagaan kami pula, rakan-rakan yang berpengalaman sering menjadi sumber rujukkan kami. Seperti produksi kami sendiri, kami memiliki seorang rakan iaitu Nadita yang merupakan pelakon dalam filem kami sendiri “Terbaik Dari Langit” merupakan pengarah filem “Bunohan”. Dengan beliau juga kami banyak belajar. Manakala, dalam industri pula, kami menjadikan Syarikat Produksi Feature Floor sebagai contoh dalam empayar perniagaan kami. Produksi tersebut telah bertapak dalam bidang keusahawanan filem ini sejak 5 tahun lalu. Jadi kami menjadikan mereka sebagai contoh untuk memajukan lagi perniagaan kami.Menurut pendapat pelakon produksi mereka pula, Iedil Putra :Selain itu kami juga membuat pemantauan dengan membuat perbincangan semula hasil-hasil kerja yang dihasilkan. Dari segi kewangan pula, bahagian “set up bolder” pula, mereka akan pergi ke festival untuk mendapatkan geran. Melalui geran, kami akan mendapat duit sebagai sumber kewangan. Sebagai contoh produksi kami akan terus ke ASTRO. Kami menyediakan dalam lima idea,lalu kami bentangkan kepada pihak ASTRO, setelah mendengar perbentangan kami,mereka akan memilih satu idea terbaik dan mereka akan sediakan modal untuk produksi kami hasilkan filem yang mereka mahukan.


4) Dalam apa jua bidang kerjaya, sudah pasti seseorang itu akan menghadapi cabaran  dalam laluan mereka bagi memperoleh kejayaan. Anda juga pasti tidak dapat mengelakkan diri daripada melalui fasa tersebut, jadi apakah cabaran yang anda lalui sepanjang anda memulakan perniagaan sehingga hari ini?.

Kami masih baru dalam bidang keusahawanan ini, baru kira-kira dua tahun, jadi kami masih belum mempunyai tapak perniagaan yang stabil. Selalunya cabaran utama adalah “cash flow” sumber kewangan. Ini bukan sekadar budjet, kerana budjet boleh dikawal, tetapi ini mengenai cara penggunaan kewangan itu. Pengaliran kewangan itu. Kerana “cash flow” datang daripada pihak pelanggan. Kalau pelanggan bayar lambat macm mana?. Oleh itu, kami harus memastikan pihak kami mempunyai tunai yang mencukupi untuk bayar kepada pihak lain. Contohnya, kamu bekerja dengan kami, kemudian kerja kamu semua sudah selesai, dan kami berjanji untuk bayar pada hari terakhir bekerja, ataupun seminggu kemudian, jadi macam mana kami mahu bayar jika pihak pelanggan kami membayar tiga bulan kemudiannya. Kerana itu kami memerlukan “back up money” untuk membayar pekerja kami. Oleh itu, perancangan “cash flow” adalah sangat penting bagi memastikan dana yang dimiliki mencukupi. Kami harus berhati-hati dalam pemilihan projek. Jika kami masih menghadapi masalah ini,kami akan membuat pinjaman atau mendapatkan geran. Dalam sesebuah perniagaan, memang tidak dapat lari daripada dua pekara ini. Cabaran lain “retailing talent”. Itu merupakan antara cabaran utama dalam perniagaan kami, di mana kami harus memastikan kami bekerja dengan orang yang terbaik. Selain itu, produksi kami mengamalkan prinsip selalu mencabar diri sendiri dan merubah diri untuk terus memberikan yang terbaik setiap masa. Pada masa yang sama, kami sebagai perniagaan yang kecil, kami tidak boleh mengambil telalu banyak projek dalam satu masa. Kerana kami harus menjaga orang yang bekerja dengan kami. Sebagai contoh, dari segi pembayaran, kalau kami bayar lambat kepada orang yang kami bekerja, mereka akan hilang kepercayaan kepada produksi kami.


5) Berapa lamakah tempoh wujudnya produksi ini?.

Perniagaan kami baru sahaja bertapak dalam industri ini iaitu baru dua tahun. Dua tahun ini kami baru mendaftar sebagai syarikat Sendirian Berhad SND. Sebelum ini kami bergerak sebagai syarikat enterprise juga selama dua tahun. Sewaktu di bawah enterprise, kami lebih fokus kan perniagaan kami daripada segi perkhidmatan dalam teater. Dari situ lah terlahirnya projek “Disko Baldi” iaitu rancangan hiburan utama kami sebelum ini. Projek Disko Baldi bermula selari dengan kewujudan Playground Production. Kalau kewujudan sebenar Playground Production adalah semasa Teater Aroma. Pada masa itu, hanya saya (Tuan Faisal), Redza Minhat dan Megat sahaja yang terlibat dalam produksi ini. Terwujudnya produksi kami sebenarnya tidak dirancang, kerana saat itu lebih kepada persatuan orang-orang yang minat teater yang mahu berkary.


6) Bagaimanakah cara pengurusan yang diamalkan dalam produksi anda?.

Cara pengurusan (work culture)Kami berpegang kepada “work hard, play hard”. Masa sibuk, kami memang akan sibuk sampai kadang-kadang kami tidak sempat tidur. Selalunya semasa “shooting” (pengembaraan) kami akan selalu tidak tidur. Letih mana pon, kami akan tetap teruskan sebab itu stamina adalah sangat penting. Seperti saya, selalunya saya akan pulang ke rumah awal dan tidur awal dalam pukul 11 atau 12 malam. Keesokkan paginya pukul 4 pagi saya akan bangun semula dan mulakan kerja. Selalunya pagi saya akan semak semua email, tengahari saya akan mulakan mesyuarat. Diselitkan dengan temu ramah seperti sekarang ni. Kalau waktu tidak sibuk, kami akan duduk santai bersama. Saat itu kami berinteraksi dan mula membincangkan idea-idea untuk projek seterusnya agar perniagaan kami boleh terus berkembang. Kami juga akan buat “post-mortem” projek terdahulu. “Post-mortem” adalah sangat penting,tapi sekarang banyak post-mortem yang kami tangguh kerana tidak mempunyai masa.


7) Adakah produksi anda ada menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat?.

Kami ada mejalankan tanggungjawab sosial contohnya seperti mengadakan “talk” di UiTM baru-baru ini. Mengadakan “talk” seperti itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial dalam perniagaan kami. Ketika memberi “talk” kami tidak mengharapkan apa-apa bayaran. Kerana niat utama kami pergi adalah untuk memberi inspirasi. Kami rasa,kami hanya mahu berkongsi pengalaman yang kami lalui. Kerana bagi kami untuk berada di mana kami berada hari ini adalah sangat sukar. Seperti saya, saya bermula sebagai seorang “Engineer” selama 10 tahun sebelum saya bertemu dengan “passion” saya yang sebenar seperti hari ini. Apa yang saya lalui sepanjang tempoh yang lama itu adalah tidak mudah. Jadi saya mahu orang lain untuk “short cut” dalam mencari “passion” sebenar mereka dalam kehidupan. Cari, kejar dan buat terus. Terutama generasi kamu, kamu selalunya akan dapat tau “passion” pilihan kamu lebih awal berbanding generasi kami. Lagipon keluarga generasi sekarang lebih sifat terbuka dan lebih stabil. Seperti di zaman kami,keluarga kami masih lagu “struggle”. Kerana itu kita boleh lihat, generasi hari ini, di usia 20 an sudah memiliki perniagaan mereka sendiri.


8)Apa jua bidang yang diceburi, sudah pasti akan ada seseorang yang menjadi teladan dan idola kepada mereka untuk memulakan dan meneruskan bidang yang diceburi. Jadi siapakah idola dalam produksi ini?.

Produksi menjadikan Of vergen, Ridcard Branson sebagai idola dalam perniagaan kami kerana vergen ada pelbagai produk seperti “tune air”, tune muzik, “talk”. Seperti Playground Production, kami ada menyediakan perniagaan perkhidmatan dari segi muzik, teater, drama dan filem. Tapi baru-baru ini, Playground Production ada cadangan untuk mengeluarkan buku pula. Tidak lama lagi juga, InsyaAllah, kepada produk muzik, kami akan tampil dengan single solo pertama kami bersama team produksi “Disko Baldi”. Kami akan mula membuat “recording” pada akhir tahun ini. Jadi kami akan mula berjinak jinak dalam muzik pula. Semua yang terlibat dalam media kami akan cuba kerana kami cuba percaya pada kekuatan kami. Tapi saat ini, fokus utama kami tetap kepada filem dan drama televisyen.


9) Apakah objektif produksi anda?.

Objektif produksi kami, kami tidak akan berhenti dalam dunia hiburan ini. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam teater, drama tv, filem dan muzik. Kami cuma memerlukan bakat yang terbaik di sekeliling dalam misi memajukan perniagaan kami. Sudah tentu kami mempunyai sasaran yang tinggi, bukan sekadar pasaran tempatan. Alhamdulillah, projek pertama produksi kami telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.Sebenarnya ia dalam perancangan lima tahun mendatang kami, tetapi rezeki memihak kami lebih awal.


10) Apakah isu semasa yang anda boleh perkatakan menenai industri filem pada hari ini? dan apakah pesanan anda kepada pendatang baru yang mahu menceburi bidang ini?.

Isu televisyen sekarang adalah komersial dah semakin berkurangan kerana penonton  sudah beralih kepada digital. Contohnya, komercial dulu orang akan beri budjet dalam 500 ribu atau 1 juta untuk 30 saat. Tapi sekarang mereka hanya beri 500 ribu sahaja. Kalau isu filem pula “interm of audience” la. Penonton sudah tidak menonton filem sangat sebab filem yang disediakan kebanyakkan hari ini adalah sama sahaja. Tetapi saya tidak cakap, apa yang ada sekarang patut tidak ada.Hanya “genre” yang ada sekarang sama sahaja. Kita perlukan kepelbagaian . Kepelbagaian tu penting dalam industri filem. Jadi itu isu yang harus diambil tau. Tetapi untuk ketengahkan isu ini harus ada dua pihak yang terlibat iaitu satu filem “maker”, satu pihak lagi adalah penonton. Penonton nak tengok benda best. Jadi filem “maker” kene buat benda best dulu baru penonton nak tengok. Tapi kalau filem maker nak buat benda best, kene ade duit dulu. Jadi macam mana nak “plan cycle”. Jadi apa yang saya boleh katakana kita kena berjanji kumpulan filem “maker” harus ada visi untuk membuat filem yang berkualiti dan penonton akan “support” filem “maker” yang telah berjanji untuk menghasilakn hasil yang terbaik. “That’s the only way to break the cycle” .Pesanan daripada produksi kami “Goes beyond the production and find the dream. Find what make you happy and you switch in and you pegang kuat-kuat just go. The right word is easy. Then gonna be challenge bound on whatever. Hopefully when you do that you akan jumpe org sekeliling you yang turut akan sama passion yang nak kerja happy yang nak capai your dream then you kejar tu sama-sama. Pentingnya kawan-kawan, bila you separuh jalan, kawan-kawan you akan “Hey! Kau ingat tak kau nak ape?”. Kalau mudah bosan,that’s mean itu bukan your passion in first place. Kalau your passion you tidak akan biar kan. The biggest things you jangan bagi orang cakap supaya you tinggalkan your dream. Not even yourself. Thats the most important things”.
21:55:00

Seharian bersama Redza Minhat, Tuan Faisal, Iedil Putra.


Sekali sekala join event yang dianjurkan oleh pihak fac, seronok juga. Sebenarnyaevent ni dianjurkan oleh pelajar Broadcast semester 3. Mereka menjemput semua pelajar masscomm untuk join event mereka. Hah confirm confirm lah aku nak join bila tau ada abang Redza Minhat. Minat sangat dekat Redza Minhat. Cuma selama ni belum berpeluang untuk berjumpa face-to-face dengan dia. Siapa taknak jumpa hero 'Filem Kill' kan.  Jadi bila ada peluang macam ni, rebut lah. Sepantas kilat aku register nama.

Talk kali ni mengenai 'Broadcast to business'.

Banyak perkongsian yang dikongsikan oleh Redza Minhat dan sahabatnya Tuan Faisal. Banyak input yang kami perolehi walaupon cara penyampaiannya agak santai dan bersahaja. Siapa kata golongan muda lemah dalam menyampaikan sesuatu info?. No.. mereka berdua sangat berfikiran jauh dan banyak memberi inspirasi kepada kami, iaitu golongan muda seperti kami untuk terus berusaha mencapai apa yang kami impikan.

Tak perlu lah aku tulis keselurahan pengisian talk ni. Tapi bagi sesiapa yang join, memang  tak rasa rugi.


Pagi tu dalam pukul 8 pagi kami berkumpul dia fac. Disediakan 2 buah bas untuk bawa kami ke UiTM Puncak Perdana. Sebab talk ni diadakan di sana. Kami digabungkan. UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Perdana, UiTM Puncak Alam.

"Pesanan daripada produksi kami “Goes beyond the production and find the dream. Find what make you happy and you switch in and you pegang kuat-kuat just go. The right word is easy. Then gonna be challenge bound on whatever. Hopefully when you do that you akan jumpe org sekeliling you yang turut akan sama passion yang nak kerja happy yang nak capai your dream then you kejar tu sama-sama. Pentingnya kawan-kawan, bila you separuh jalan, kawan-kawan you akan “Hey! Kau ingat tak kau nak ape?”. Kalau mudah bosan,that’s mean itu bukan your passion in first place. Kalau your passion you tidak akan biar kan. The biggest things you jangan bagi orang cakap supaya you tinggalkan your dream. Not even yourself. Thats the most important things”.

(Tuan Faisal, 2014)

Seriously Redza Minhat thankyou for keep inspiring me!

 "If you love something, you will make time for it" 

"Dream big..Because it free..But give a big impact!" 

"Stop caring about what people think of you"

 "If you keep quitting,you'll end up doing nothing" 

"Never satisfy with yourself eventhough people satisfy with your work" 

(Redza Minhat,2014)

(Tuan Faisal & Redza Minhat merupakan person yang sangat friendly. Tak lokek untuk senyum, luang masa untuk kami semua bergambar, sorang sorang mereka melayan)

Dalam dua minggu selepas talk tersebut, aku berpeluang untuk berurusan dengan Encik Tuan Faisal lagi sekali. Di mana kali ini aku pergi untuk memenuhi kehendak assingment aku. Iaitu under subject 'Feature Writing'. 

Aku memilih 'PLAYGROUND PRODUCTION' iaitu company yang dimiliki oleh Encik Tuan Faisal dan Redza Minhat. Dengan bantuan abang ngah, aku dapat contact Encik Tuan Faisal. 

Contact, deal elok elok.

Encik Tuan Faisal memang seorang yang sangat baik. Mana tidak nya.. Dengan alasan tertentu aku terpaksa dua kali juga postpone appointment untuk interview beliau. Tapi tetap sudi juga melayan aku selepas tu. Pulak dah, kali ketiga ni janji pukul berapa, pukul berapa aku sampai. Sebab salah naik train. Ok memang agak dah lewat sangat aku sampai. Sampai kan waktu pejabat Encik Tuan Faisal dah habis. Sebab kan tau dah lambat, aku call Encik Tuan Faisal. Inform kalau aku lambat dan masih otw. Tapi Encik  Tuan Faisal cakap tak apa dia tunggu je aku.

Terima kasih Encik!


Sampai saja di office, kami dipelawa masuk. Memang berpusing block block juga mencari sebab officenya tak tulis Playground Production. Aku lupa dah apa board depan tu. So kami cari ikut no block yang diberi.

Dah masuk bilik Encik Tuan Faisal, kami agak kurang selesa sebab macam sempit rasanya. Sebab ramai sangat. Kami berempat. Encik Tuan Faisal, aku, widat, ainul.

Encik Tuan Faisal pon tengok kami macam still tercungap cungap penat, terus nak interview, so Encik Tuan Faisal pon ajak kami pergi minum dekat kedai bawah tu. Ok juga memang penat rushing sebenarnya. 

Turun saja dari pintu office tu, tiba tiba ada yang tegur Encik Tuan Faisal dari jauh. Dari car park. Disebabkan aku ni rabun, aku pusing tengok pon blur je aku nampak. So aku pusing semula. Kejap lagi Widat cakap dekat aku "weyh Sheril! Tu kan Iedil Putra yang kau minat sangat tu?" Iyekee? Aku pusinh, tenung betul betul. Haah la tu Iedil! Ohh my! Tetibe 'fangirling' aku terkeluar hahaha memang lah aku nak jumpa. Haritu time wedding abang ngah dekat Putrajaya Iedil datang, tapi aku boleh tak perasan! Padahal aku yang beriya suruh abang ngah jemput iedil.

(Iedil bekerja dalam satu team dengan abang ngah untuk realiti show 'jetlag' untuk TV9 dulu sebelum 'kekoreakekita').


Encik Tuan Faisal pon dengar yang aku nak amek gambar dengan Iedil, kejap lagi Encik Tuan Faisal pergi dekat iedil, cakap cakap, kejap lagi iedil pon turun daripada kereta, join kami minum. Hehehe agak seram juga. Sebab muka iedil ni macam sombong. Tapi sebenarnya tidak. Iedil sangat baik and friendly orangnya. Dia biasa biasa saja. Bersahaja. So kami lepak berlima.

**rezeki tak diduga namanya.

Interview berjalan dengan lancar pada petang tu walaupon aku agak nervous sebenarnya. Macam tak biasa saje kan inteeview orang. Tapi kali ni of course rasa lain sikit. Mana tidaknya. Artis yang kau minat duduk sebelah kau. Lepak minum dengan kau. Gila tak nervous. Tapi mula mula saja lah. Dah lama sikit,dah ok. 


Interview yang sangat bersahaja dan santai. Terbaik!


Yang paling best, aku dapat penuhi impian kawan aku. Di mana dia merupakan peminat iedil. Memang peminat tegar la. 24/7 twitter dia pasal iedil. Aku pon tak paham. Aku sempat tweet kalau aku ada dengan iedil putra, kejap lagi dia dm aku minta untuk aku call dia. Dia nak sangat cakap dengan iedil. Sebenarnya dia kawan sekolah aku dulu. Yang dah lebih 8 tahun rasanya tak jumpa. Kami hanya berhubung melalui social network. Selapas aku berpindah sekolah. Aku sendiri tak ada nombor dia. So, aku suruh lah dm nombor dia. 

Aku terus call dia dan pass kan phone aku pada iedil. Dorang cakap lah sekejap. Aku sempat record call dorang, so simpan lah kau iqa call record tu. Play lah sampai lebam! At least, aku dapat penuhi impian kawan aku selama ni. Hopefully kau dapat jumpa dia nanti ya qa. Satu kepuasan bila dapat penuhi impian seseorang kan. Terutama orang tu kawan kita.

As conclusion, kalau nak berurusan dengan production ni memang senang. Sebab mereka memang sangat santai dan humble.Alhamdulillah.


(Interview ni seminggu sebelum Filem 'Terbaik Dari Langit' keluar dekat wayang)






Monday 2 February 2015

00:13:00

Pengalaman Menjadi Wartawan Jenayah (Part 3)

Sebab banduan banduan ni lah,bagi aku idea untuk buat tajuk speech untuk 'effective speaking' aku dulu "pandangan serong masyarakat terhadap seorang banduan"


Bila kita keluar tengok macam macam benda, tengok dunia luar, lain daripada yg selalu tengok, kita akan dapat tengok daripada sudut yang lain...


"Mereka telah menerima hukuman mereka,dan undang undang telah membebaskan mereka,jadi siapa kita untuk terus menghukum mereka?"



*Ini slide show presentation aku. Aku ambil semula daripada surat banduan tu  cuma aku tambahkan ilustration gambar gambar.








 **Sejak dari tu juga, aku jadi minat nak tau pasal banduan, penjara, yg macam tu lah..So setiap malam aku akan google semua benda pasal banduan, hukuman hukuman, tali gantung, kes jenayah, kronologi2 kes, Mona Fendi, everything.. youtube, blog, article aku redah. Dapat lah bayangkan penjara tu macam mana sebab masa sekolah pernah pergi melawat penjara. Tapi penjara yang baru dikosongkan lah dekat JB dulu. Pernah kira TERobsess la sebab hari hari duk mengadap benda benda tu. Sekarang dah tak lagi lah. Tak sempat dah.

Sunday 1 February 2015

22:32:00

Pengalaman Menjadi Wartawan Jenayah (Part 2)

Aku taktau kenapa aku macam tertarik dengan kes ni. Sedangkan masih banyak kes lain yang aku masuk hari tu.




Bila aku tengok mereka, aku sempat berfikir "Bersyukur lah dengan apa yang kau ada saat ni Sheril. Bersyukur dengan kedudukan kau saat ini. Kau tengok mereka. Dia mungkin seusia kau, tapi lihat saja pada perbezaan korang. Kau dan dia berada di bilik yang sama. Tempat yang sama, tapi... Kau dan dia berbeza nasib. Seusia kau, kau kini berada di menara gading. Datang untuk menjadi pemerhati. Memakai pakaian yang kemas, dengan pen dan buku nota. Sedang kan dia?. Tertunduk malu tak kala melihat kau. Malu dilihat dalam keadaan bergari. Duduk sebagai tertuduh. Hidup di dalam lokap yang tak ada segala hiburan yang kau dapat lalui saat itu".


Aku merasa, aku ingin tau lebih tentang kes ni. Hari pertama perbicaraan pon habis dengan kes ditangguhkan lagi. Tapi aku tetap nak tau apa kesudahan kes tu. Jadi aku membuat keputusan untuk terus follow kes ni. Aku berdua dengan classmate aku, Echa, pakat nak follow kes ni. So esok esok nya kami pergi sendiri. Pergi berdua saja.


Hari perbicaraan ke dua ke yang ketiga, aku tergerak hati nak bagi salah seorang OKT ni surat. Masa mereka dah nak balik, keluar dari bilik tu, aku cepat cepat sapa anggota polis yang jaga mereka


"Tuan.. Boleh saya pas kan surat ni pada dia?"
"Yang mana satu?".
"Yang depan sekali".

So dia pass kan lah surat tu.


Habis saja perbicaraan tu, aku terus lari balik campus semula sebab ade class petang tu. Tapi Echa tinggal makahmah sebab Echa tak amek class tu. Tengah tengah class tu Echa whatsapp


"Raja... Banduan tu balas surat Raja. Ada pada Echa ni".
"What?!. Apa dia cakap?!" Sebab aku tak sangka dia akan balas. Mula lah tak senang duduk dalam class sebab nak tau apa dia balas. Hee tak focus lah terus.


Ini isi surat yang aku bagi pada OKT tu..

"Tak semua yang berada di dalam adalah bersalah "jika berada di luar mendatangkan fitnah dan dosa,biarlah aku terus berada di dalam.." Seseorang mungkin berada di dalam kerana difitnah, dianayai, membela nasib keluarga, desakkan hidup. Jika mereka tidak bersalah,berikanlah keadilan kepada mereka. Jika benar mereka bersalah,berikanlah hukuman yang seadilnya. Akan tetapi, mereka juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Berikan peluang dan ruang untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberi hidayah. InsyaAllah". (S)


Ini pula surat yang dibalas oleh OKT tu..

"Kepada saudari bergelar si (S).  Pen merah pen biru..pen biru takde, pen merah pon boleh. Hidup takde pilihan mana yang sempat je. Cita cita nak jadi doktor, tu sebab tulisan macam ni. Tapi cita cita jadi cerita. Mana ada keadilan lagi dalam dunia ni. Yang baik jadikan teladan,yang tak baik gi hantar rawatan la. Terima kasih bagi kata kata semangat. Tak sangka terima kejutan dalam keadaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Semasa tangan digari masih lagi ada yang menaruh simpati. Terima kasih banyak (S) 3 dalam 10 (limited edition) kerana dunia akhir zaman sudah ditentukan bagaimana perjalanannya. Kita manusia dalam satu permainan sampai masa game over. Hala tujunya sama..Hidup seperti saya atau seperti (S) banyak dugaan dan ini ujian bagi saya haruslah saya kayuh dengan hati yang terbuka. Akhir kata ASSALAMUALAIKUM.. -belakang ada lagi -
017******* ini no kakak saya..kalau ada sebarang pertanyaan col je..Terima Kasih (S) BYE......"


(Tulisan banduan itu sendiri. Surat ni masih aku simpan)

**Bro.. Banduan ke, dia tetap manusia. Kita ni sama saja. Aku ajar diri untuk tidak menilai orang. Kalau kau rasa diri kau bebas hari ini di luar, belum tentu di masa depan kau masih bebas seperti sekarang. Nasib manusia tu kita taktau. Tak semestinya dia banduan, dia tu paling jahat. Tak ada pekara betul yang dia lakukan. Jangan kerana satu kesilapan, hilang segala kebaikkan seseorang itu. Manusia itu buat silap. Cuma macam mana cara kita nak menilai saja. So jangan suka suka nak menilai orang ya!




21:24:00

Pengalaman Sebagai Wartawan Jenayah (Part 1)

Pernah tak lalui berhadapan dengan 'banduan'??. Mungkin ada antara kita yang pernah dan ada yang tidak. Yess aku pernah lalui pengalaman berhadapan dengan banduan banduan. Tapi aku rasa adalah lebih elok kalau mereka dipanggil 'OKT' mereka ni masih dikategorikan sebagai 'tertuduh' atau yang 'disyaki' berbanding banduan, sebab mereka 'belum tentu bersalah' selagi tiada keputusan yang muktamat yang mensabitkan mereka atas kesalahan yang dituduh.


Pengalaman seperti ini bukan semua orang berpeluang dapat lalui. Itu antara kelebihan menjadi pelajar kewartawanan atau bekerja sebagai wartawan.



Satu hari tu, untuk class 'News Writing and Reporting', semasa semester satu dulu, lecturer ada mengarahkan kami untuk ke Mahkahmah Tinggi Shah Alam untuk mengikuti perbicaraan kes jenayah di sana. Memang excited sangat sejak semalamnya! jakun lah... Mana pernah pergi mahkahmah. Lagi lagi untuk masuk dalam bilik bicara untuk dengar sendiri keputusan. Lagi excited bila kami sendiri berpeluang mendengar keputusan akhir pengadilan, samada keputusan gantung atau tidak. Haiihh kami yang tidak senang duduk jadinya. Mana tidaknya, kau sendiri nak dengar 'gantung mandatori' atau 'bebas'. Berdebar dia lain macam! walaupon kadang kadang aku tak berapa nak faham apa yang hakim dan peguam tu cakap hahaha!


Macam macam jenis kes kami masuk. Kes culik, bunuh, dadah, saman. Tapi yang aku nak highlight kan dekat entry kali ni sebenarnya, aku tertarik dengan satu kes ni. Kes bunuh.


Bilik ni bilik perbicaraan pertama yang aku masuk, which is kes bunuh. Siapa yang sampai awal saja yang sempat masuk kes ni. Yang lambat sikit tak masuk, mereka masuk bilik kes lain. Meraka masuk kes culik. Ok... Disebabkan ni pengalaman pertama kami untuk tengok kes perbicaraan, dengan excitednya, kami sampai tak reti agaknya nak baca dekat board luar tu, kes apa yang kami nak tengok dalam bilik tu nanti. Main nak masuk saja.


Kami dan lecturer menunggu lah depan koridor tu sementara semua hadir. Bebual bebual sesama kami. Aku berdiri sebelah lecturer, bebual bebual, syok ni, aku tepi sekali depan pintu masuk tu, kejap lagi ada anggota polis yang lalu sebelah aku, aku senyum saja lah, sambung bebual semula dengan lecturer aku. Sekejap lagi belakang anggota polis tu ramai yang jalan sekali. Tapi pakai baju biasa saja. Aku tengok lah dia, dia tengok aku. Dah bebual semula tu, aku baru macam perasan something.


"Errr...."


Ok! itu OKT OKT tu rupanya! aku pusing semula nak tengok, memang tanggan mereka tengah bergari panjang. Ada 6 orang masa tu. Dalam dua jengkal saja dari aku. Muka dah scary mereka tu. Mula mula aku takut lah. Elak dia tendang aku je, cuit aku ke kan. Sebab mereka hanya gari tanggan, yang lain boleh saja gerak. Sekali dia shoot aku hahaha. Fikir jauh ni! Aku terus tolak lecturer aku. Aku tolak tolak dia, sebab aku nak sembunyi belakang dia!


Sir aku dah " Awak kenapa, kenapa ni?".
"Sir tu.. Tu... Seram lah sir!"


Sampai macam tu sekali aku punya perangai!


Bila masuk bilik perbicaraan pula, aku duduk tepi sekali dekat kerusi tu. Sangat dekat dengan OKT tu. Depan mata saja mereka. Sebab aku duduk kerusi depan sekali. Boleh pula sebelum start perbicaraan, beberapa OKT ni nak pergi tandas pula, dah lalu lagi sebelah aku. Memang sejengkal saja lah dari aku. Aku terus ke tepi rapat dengan kawan aku yang sebelah aku. Dia dah gelakkan. Weyh seram la. Tau tau kes bunuh pula tu. Kira mereka ni 'pembunuh' lah.


Ok itu bukan point penting aku pon sebenarnya.


Tapi cerita lepas ni yang menjadi point utama aku.


Bila OKT ni semua balik dari tandas, mereka semua dah duduk semula. Masa ni lah semuanya berubah. Di mana semua pandangan aku terhadap mereka tadi berubah.


Saat ni aku dapat tengok family mereka semua datang. Isteri, anak anak, adik beradik, kawan kawan. Tapi yang paling menarik perhatian aku, seorang ibu yang bertongkat datang, menangis saat tu, peluk anak dia. Iaitu salah seorang OKT. Tiba tiba rasa sebak bila tengok keadaan tu. Anak anak kecil datang mendapatkan ayah mereka.Sedih rasanya. Ada classmate aku siap nangis tengok keadaan tu. Kami semua sedih. Sampai lecturer kami tegur. "Wartawan mana boleh nangis. Tak akan masa interview kamu semua nak nangis. Tahan." baik sir...


Tapi kita kan manusia, ada hati, ada perasaan. Kami pon control lah emosi masing masing.


**Memang tak ada gambar untuk tunjuk keadaan dalam bilik bicara tu. Sebab tidak dibenarkan snap gambar dalam bilik tu. Phone kami juga diarahkan untuk disilentkan atau off terus. Sebab rahsiah lah peribadi OKT tu semua.