REVIEW
07:25:00
Pakej Buffet Ramadhan Di The Regency Hotel, Kuala Lumpur (2016)
Semperna bulan Ramadhan ni, sudah pasti ramai yang mencari
tempat berbuka yang ideal bukan?. Sudah pasti hidangan secara buffet menjadi
pilihan ramai.
Tidak ketinggalan, The Regency Hotel, Kuala Lumpur turut
menyediakan pakej buffet ramadhan sepanjang bulan ramadhan ini.
Bermula dengan harga RM60 untuk dewasa, RM35 untuk kanak
kanak dan warga emas.
Bagaimanapun, para tetamu yang menginap di hotel diberi
diskaun 15% untuk buffet ramadhan tersebut.
Pelbagai menu menarik disediakan bagi memenuhi selera para
penggunjung. Terutamanya masakan melayu serta kuih muih tradisional pasti
membuka selera dan tidak menghampakan!
Selain ruang yang selesa, para penggunjung turut disajikan
dengan persembahan live band. Pasti menarik! Sambil makan tu turut dihiburkan!
Jangan risau…Hotel ini turut menyediakan kemudahan surau
kepada para penggunjung untuk melaksanakan ibadah solat. Jadi tak perlu terburu
buru untuk mencari tempat solat. Ruangan solat berada di tingkat 5 hotel.
Memang selesa. Lepas solat tu boleh lah sambung makan!
The Regency Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Chow Kit. Kalau datang menggunakan public transport, boleh lah naik monorel dan berhenti di station Chow Kit kemudian kena lah jalan sikit.
The Regency Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Chow Kit. Kalau datang menggunakan public transport, boleh lah naik monorel dan berhenti di station Chow Kit kemudian kena lah jalan sikit.
Untuk tempahan buffet ramadhan di The Regency Hotel, Kuala
Lumpur, boleh lah terus hubungi : 03-2262 2000
Bersama blogger, www.pojiegraphy.com & www.planethasifhamsyari.blogspot.com
Hasif juga merupakan junior Journalism aku.
p/s Terima kasih Gaya Travel Magazine atas jemputan.