Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 28 May 2016

13:47:00

Pengalaman Travel Bersama Rakan

Baru lepas berblog walking kat www. thevocket.com (Dengan entry - 5 sebab travel dalam group dengan kawan juga sesuatu yang best)

1) Pemilihan Destinasi Secara Kolektif.

Okayy untuk trip ktorg kali ni kira macam last minute plan. Actually aku dengan Widat first plan nak ke Bangkok. Dah siap semua plan. Aku dah list down kan semua. Research melalui pembacaan daripada blog blog org lah as usual. Tapi last minute Pojie ajak pergi Krabi. So memang tukar plan.



2)Ada Yang Jadi Perancang.

Part ni memang serahkan pada Pojie lah sepanjang di Krabi. Sebab dah tukar plan, ikut plan dia. Tapi hanya di Krabi ikut plan Pojie. Sebenarnya kami bertiga datang dari 3 negeri berbeza masa tu. Disebabkan kami pergi masa dalam musim hari raya lagi, seminggu raya masa tu. So masing masing dari rumah. Pojie all the way naik flight dari Sabah. Aku naik bas dari JB ke KL untuk jumpa Widat di KL. Sebab widat stay KL.


Photo credit to www.pojiegraphy.com


Photo credit to www.pojiegraphy.com

So kami berdua plan naik train, sebab nak kan pengalaman berbeza sikit. Asik naik flight je, sekali sekala nak merasa jugak lain. Tapi masa tu ticket train sold out sbb last minute. So kami naik je lah bas dari Pudu Raya ke Hatyai. Kemudian di Hatyai transit naik van pulak ke Krabi. Fuhh perjalanan panjang untuk aku dari hujung ke hujung! Hampir 20 jam perjalanan aku masa tu dari JB ke Krabi. Barai!



Yang bestnya aku & Widat tak beli pon simcard Thailand masa tu. Dengan tak ada line apa phone, so macam mana ktorg nak cari Pojie? Pojie nak cari kami? Nasib slip check in hotel Pojie dah siap2 email aku. So aku yg pegang masa tu. Dengan dah barai ktorg terus pergi check in hotel. Dan tidurr 💤💤 Masa ni langsung tak ingat Pojie hahaha. Dia dah risau sebab dah ke petang tak dapat contact aku & Widat. Rupanya dua2 dah membuta kat hotel! Sebab aku & widat stay hotel yg berbeza dengan Pojie. Ktorg pon tak tahu hotel masing masing kat mana masa tu. Bila dah nak senja tu, perut dah lapar baru aku & Widat bangun pergi cari makan dekat sekitar Ao Nang Beach tu. Masa tengah syok dua org perempuan ni berjalan cuci mata kat pantai tu, tup tup adalah si Shahril Fawzy tu dekat pantai. Masa tulah baru jumpa. "woiiii!!" Epic gila! Guna firasat je.



3)Kewangan Terjaga.

Macam dalam entry ni cakap, mesti akan ada sorang jadi banker. So Pojie lah, which is Hotel kami semua Pojie yang uruskan. Dari survey hotel, booking ke bayar semua dia yg buatkan. Tapi aku tak bayar balik pon sebab Pojie belanje aku hotel 4 hari tu. Minta maaf lah Widat aku free hihi. And Pojie pon tak kedekut or berkira. If antara aku atau Widat tak cukup duit sepanjang trip tu, Pojie ada offer untuk kami pakai dulu duit dia. Tapi alhamdulillah dengan kebijaksaan Widat control budget belanja aku & dia, dapat kami survive dengan budget kami. Dan lagi best, aku dapat travel dengan partner yang masing masing langsung tak berkira! Tak kira pon kalau masing masing ada offer diri untuk belanja atau bayarkan dulu. Tak ungkit pon bab duit. Semua ikhlaskan. Lagi dengan Widat. Dia memang pandai control duit. Aku ni boros sikit. So cara terbaik, kami decide untuk campur je duit kami berdua semua, then kita belanje dengan duit tu. Tak ada kiranya siapa lebih siapa kurang belanje. Aku ada, kau ada.


4)Makan Minum Terjaga.

Makan minum tak ada masalah. Macam aku cakap, disebabkan tak berkira, kami tak kisah pon siapa belanje siapa. Macam last night kat Krabi, Pojie offer diri untuk belanje dinner masa tu. Makan minum, apa kau makan, aku makan. Tapi Pojie memang tak suka makanan makanan aku dengan Widat. Terutamanya air overtine yg manis nak mateyy tu! Sakit terus kepala dia minum hahaha sebab Pojie mmg tak suka manis yg Widat gigih tak habis habis dengan jagung bakar dia. Sampai dah balik ke Hatyai mencari jagung dia. Nasib jagung punya pasal tak tertinggal bas balik KL!


5)Saling Memerhati.

Yang penting bila nak travel dengan kawan, kena lah cari kawan yang boleh "sekepala" baru syiok! Bukan sikit nak ikut kepala dia je. Betul kata Pojie "Bila kita travel dengan kawan, balik tu kita boleh tengok, dia still jadi kawan kita atau tak. Kadang kadang tengah travel pon boleh bergaduh. Balik terus tak berkawan. So kalau balik tu okayy je, korang boleh travel sama sama lagi". Dari situ persahabatan kita akan lebih akrab 😊 sebab dah sama sama lalui pengalaman sama sama.


Kalau Widat selalu jadi banker, aku selalu jadi mak tiri! which is kerja aku akan kejut dia setiap pagi, set jam, jerit suruh dia mandi bersiap, ingatkan apa nak kena pack, barang barang nak letak mana, plastic baju basah jangan lupa bawa, jarum benang semua aku bawa, ubat ubat segala. Itu ini semua part membebel bagi aku lah.


Sebab Widat ni perangai suka santai je. Itu asal boleh! semua resit2 pembayaran, ticket ticket aku akan simpan. Sebab aku tahu perempuan ni tak akan simpan! Pojie dia akan kawal lah kami ni daripada terus membuas sampai nak buat cliff jumping tu, atas bot sejuk sangat, boleh pulak si Pojie ni semput! Then tak bawa ubat dia, tertinggal, itu dia tak buat cliff jumping tu masa tu. Dengan perangai buas aku dgn widat tak reti diam, Pojie pon pesan pesan lah stay safe. Masing masing menjaga. Sampai ke hari terakhir aku & Widat balik sehari awal daripada Pojie. Masa di Hatyai pulak aku & Widat sesat di tengah2 Hatyai tu. Sebab agensi van kami naik tu penipu tinggalkan ktorg tengah jalan je! tak guna! masa ni sempat lah bertekak dengan driver tu. Widat sampai naik hangin. Masa ni aku try cool down kan dia. Kalau tak mau bertumbuk. Perempuan ni bukan boleh percaya sangat, ganas! Fikir tempat org je masa tu. Lepas tu dengan tak tahu apa, aku & Widat sado kan hati cari sendiri jalan nak ke agensi bas nak balik KL tu. Tinggal tak sampai 2 jam je lagi sebelum bas sampai. Nasib aku simpan semua resit, so kami survive dgn tengok alamat kat situ & melalui gambar gambar & video video yg sempat aku record masa sampai first day tu. Itu gunanya!


Menanti next trip! Ohh yeahh...Next Zharif will join us!

12:38:00

Pusat Pemborong Pakaian di Jakarta, Indonesia

Sekarang dah banyak sangat baca isu keselamatan di Vietnam yang semakin diragui. Jadi, bila dah banyak kes tu, aku memang tak galakkan lah untuk ke sana. Berbalik kepada entry pemborong kain di Vietnam sebelum ini, aku rasa keselamatan lebih penting berbanding kain kain tu, yedak?.

Sebagai pilihan, kenapa tidak memilih negara lain seperti Indonesia, China?. Indonesia juga terkenal sebagai pusat pemborong pakaian selain Vietnam.

Antara tempat yang menjadi pilihan ketika di Indonesia adalah, Pusat Pemborong Tanah Abang, Pasar Cipulir dan Pusat Pemborong Pakaian Mangga Dua.

Tempat paling favourite aku semestinya Pusat Pemborong Tanah Abang di Indonesia lebih dikenali sebagai Pusat Glosir Tanah Abang.

Amaran awal! Kepada sesiapa yang berniat nak ke sini, wajib! Bawa duit yang betul betul mencukupi sebab apa, sebab memang akan mengila, rambang sangat mata dengan pakaian pakaian yang dijual dengan harga yang sangat murah! Just imagine kita boleh dapatkan blous yang dah cantik dengan harga serendah RM 7/8! Pandai cari.

Kalau ke Tanah Abang ni, memang seharian lah. Dari Pusat ni belum buka pagi tu sampai ke dah tutup baru aku mengelabah nak cari jalan keluar petang tu. Boleh 3 hari straight aku ke sana dari belum buka sampai ke tutup. Betapa hebatnya perangai seorang perempuan bershopping hahaha!

Tanah Abang ni terbahagi kepada beberapa buah block seperti Block A sehingga tak silap Block H. Semua block menawarkan fesyen pakaian yang berbeza.

Pelbagai jenis fesyen pakaian boleh didapati di Tanah Abang ini termasuk telekung, jubah, pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak kanak, batik macam macam lah!

Photo Credit to www.bmw2002tours.com

Photo credit to www.m.tempo.com

Pusat Glosir Tanah Abang ini mula beroperasi sekitar bermula jam 8 pagi sehingga petang jam 5 petang (waktu Indonesia).

Photo Credit to blog.grosirbersama.com

Keadaan di sekitar luar Pusat Pemborong. Kalau di luar ni, sekitar jam 7 pagi dah sibuk dah. So, sementara menunggu Pusat Pemborong tu buka, boleh lah survey dulu barangan yang dijual di luar ni. Mana tahu ada yang lebih murah. Kena rajin lah kalau nak kan harga yang lebih baik. 

Buah buahan juga banyak terdapat di sekitar jalan ni, memang harga yang murah dan fresh!

Photo Credit to jakartabytrain.com

Photocredit to wiwingcollection.blog.com

Photo Credit to www.jalansolo.com

Photo credit to kebayacantik.com

Pusat Pemborong ini juga menjadi antara pilihan bakal pengantin di mana untuk mencari baju pengantin. Memang harga yang ditawarkan sangat jauh lebih murah.

Selain itu, terdapat juga kain ela, kain langsir dan juga pakaian batik. Kain langsir memang cantik cantik. Boleh didapati dengan harga serendah RM25 sahaja!


Photo credit to www.tokopedia.com


Photo credit to fitinline.com

Photo credit to rendaperancis.wordpress.com

Hah dah penat berbelanja tu, jangan lupa makan pula! Karang tak memasal pengsan. Jangan risau, foodcourt yang terdapat dalam Pusat Pemborong ni sangat selesa dan InsyaAllah bersih, Tapi aku tak ingat foodcourt ni berada di block mana yang penting atas sekali. Walaupun aku dah pergi 5 kali ke sini, tapi percaya lah, aku tak pernah ingat kedai kedai dekat sini. Sebab sangat besar dan berbelit nak mencari kedai. Sebab tu dinasihatkan, kalau dah nampak berkenan tu, terus beli jangan nak pusing pusing dulu, kadang kadang langsung tak jumpa semula kedainya. Ada hari, pintu nak keluar pon tak jumpa!

Bukan setakat pakaian je rambang mata, tapi makanan pon rambang mata! Macam macam menu disediakan. Tapi diingatkan ni...Tengok harga betul betul. Kadang kadang suka hati dorang je nak letak harga tukar tukar setiap kali tu sebab dia tahu kita bukan local. Tapi makanan memang terbaik lah terutamanya "gurami terbang". Sekarang kalau rindu ayam penyet dia, tak kisah dah, sebab ada satu kedai ayam penyet di Tanah Abang ni dah buka cawangan di PAS Shah Alam. 

Next pusat pemborong is, Pasar Cipulir, Jakarta Selatan. 

Photo credit to www.tribunnews.com

Cipulir ni agak kurang selesa lah kalau nak dibandingkan dengan Tanah Abang. Sebab di Pusat Pemborong Tanah Abang tu secara total memang aircond bangunannya dan agak bersih berbanding dengan di Pasar Cipulir ni. Nama pun pasar kan... Faham faham lah. Jangan expect macam di Nu Sentral pula hahaha. 

Jarak antara Cipulir dan Tanah Abang pun tak jauh sangat. Tapi aku baru sekali sahaja ke Pasar Cipulir ni. Mungkin tak sesuai dengan selera. Kena pandai mencari juga lah untuk dapatkan yg cantik dan murah. Tapi rasanya di Cipulir ni lebih murah berbanding di Tanah Abang. 

Kalau di Tanah Abang boleh dapatkan sepasang dalam RM 7-14 tapi di Cipulir ada yang boleh dapatkan dengan harga serendah RM 3 sahaja sehelai tshirt! (Memang korang akan rasa jadi orang kaya kejap berberlanja di sana hahaha. Sekejap je. Habis shopping sakan, miskin balik. Jangan habiskan duit terus, karang kena tag airport baru padan!).

Photo credit to www.tribunnews.com


Selain Pusat Glosir Tanah Abang dan Pasar Cipulir, kamu juga boleh ke Mangga Dua. Sorry kalau Mangga Dua ni aku tak dapat nak buat review sebab aku belum pernah singgah ke sana. Mungkin boleh review di blog lain :)

Bahasa yang akan selalu didengar sepanjang di pusat pusat pemborong ni :

Glosir - Borong
Ecer - Asing (jual satu satu)
Gamis - Jubah
Blues - Blous 
Poter - Tukang angkat barang jualan
Ojek - Motor sapu
Angkot - Van biru

Haishh rindu pula suasana di Tanah Abang, masuk je confirm penjual akan pelawa "Belanja bu...." hahaha!

ohh tips...sila datang awal seawalnya, kalau boleh jadi pelanggan pertama, sebab dorang akan tawarkan harga yang murah. Jauh juga lah beza dengan harga biasa. Sebab pelanggan pertama kan.

Satu lagi...sepanjang bulan syawal, hari raya, pusat peborong ni akan ditutup selama sebulan sepajang hari raya. So, tak payah lah plan nak ke sini masa hari raya.

Kalau rasa macam sakit je asik nak ke sini, lepas pergi sekali tu, kamu terus minta kad setiap kedai tu. Dorang memang aktif. Selalu akan whatsapp kan design design baru. Taylor dorang ni memang pantas! so boleh je suruh pos kan ke Malaysia melalui kapal.