Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday 30 August 2016

12:13:00

Sea & Saw Cafe, Johor Bahru


Sejujurnya saya bukan lah jenis yang suka kan tempat tempat makan yang berkonsepkan hipster ni. Saya ke sini pun kerana menuruti sahaja pilihan rakan semperna reunion kami setelah enam tahun berpisah. Walaupun hanya bertiga hahaha!


Okayy back to the main topic, cafe cafe hipster bukan lah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan anak muda hari ini . Malah selain di sekitar Ipoh, di Bandaraya Johor Bahru juga kelihatan semakin ditumbuhi dengan cafe cafe hipster seperti cendawan tumbuh ewahh!

Tapi saya tidak rasa ralat langsung dengan pilihan cafe kali ini. Memang sesuai sangat untuk sesiapa yang mahu chill kan diri. Cafe yang terletak di atas bukit di sekitar Straits View ini menjanjikan konsep kedai yang sangat class dan relax.

Sebaik melangkah turun daripada kereta sahaja, mata saya terus tertarik dengan keadaan sekeliling kedai yang disajikan. Terdapat outdoor dan indoor. Kalau kamu mahu menghirup udara, boleh lah chill di luar. Terutama pada sebelah malam. Ala ala konsep candle light dinner yang diiringi persembahan busking. Menarik kan?!.


Itu baru cerita di luar, sekarang masuk pula ke dalam cafe. Fuhh.... sekali lagi saya terus jatuh cinta dengan hiasan konsep cafe ini. Bila duduk tu memang rasa tenang je. Di dalam lebih privacy berbanding di luar. Tapi kalau nak borak tak ingat dunia tu, better chill di luar lah hahaha.

Konsepnya agak simple, tapi ia bermain dengan susunan yang kemas membuatkan pelanggan rasa selesa dan rasa tidak semak apabila berada di dalam cafe.
















Melihat kepada menu pula, menu yang ditawarkan berkonsepkan western food. Bercakap mengenai harga pula, biasalah, harga harga hipster hahaha tapi bagi saya berbaloi lah kerana makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan. Banyak lagi menu yang ditawarkan.

Squid ink seafood spaghetti 

hot chocolate

Fish and chip & ice blanded mocha 

Sesuai untuk sesiapa yang suka sangat OOTD tu, boleh lah penuhi instagram anda dengan berposing di setiap sudut di cafe ini!

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Aminah dan Che Puan Khaleeda pun pernah chill di sini tau! Jadi tak silap lah tempat ni sesuai untuk anda singgah :)