Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday 12 July 2015

Labore et Honore (Part 1)

Malaysia negaraku,
Johor negeriku,
MSAB maktabku,
Maktabku maruahku.




Entry ni nak throwback sikit ke zaman persekolahan dulu. Rasanya satu satu lah aku throwback. Sebab aku ni memang banyak sekolah. Total sekolah aku ada 6 sekolah hah! Best juga sebenarnya ada banyak sekolah ni sebab macam macam pengalaman berbeza yang kau dapat lalui. Dan paling penting kau akan ada ramai kawan! Kadang kadang tu terserempak tengah jalan dorang tegur aku sampai lupa ni kawan masa sekolah mana ea? hahaha!.


Kali ni aku nak shared mengenai sekolah terakhir aku. Di mana di sekolah ni lah aku menamatkan zaman persekolahan aku secara rasmi nya sebelum aku melangkah ke alam universiti. 

Bagi aku sekolah ni sangat unik. Melalui nama sahaja jelas menunjukkan sekolah ni ada keunikkannya yang tersendiri. Sekolah tapi namanya tidak menggunakan perkataan 'sekolah' macam sekolah menengah kebangsaan bla bla bla... Sekolah yang aku maksudkan adalah "Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru, Johor".



Sekolah ini merupakan sekolah sepenuhnya lelaki. Dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima merupakan pelajar lelaki kecuali tingkatan enam. Tingkatan enam ada menyediakan tempat untuk pelajar campuran. Lelaki dan perempuan. Tapi quota yang sangat terhad lah.




EC dilihat sebagai sebuah sekolah yang berjaya melahirkan pelajar pelajar yang cemerlang untuk beberapa tahun. Kebanyakkan pelajarnya selepas itu memberi sumbangan kepada pembangunan Negeri Johor dan usaha membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British ketika itu. Antara pelajar termasyur yang dilahirkan ialah Tun Hussein Onn bekas Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Musa Hitam. Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.






Pada 5 Mei 2009 Maktab Sultan Abu Bakar secara rasminya telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah 'Sekolah Kluster Kecemerlangan'. Kejayaan maktab ini yang diiktiraf sebagai `Sekolah Kluster Kecemerlangan’ sejak tahun 2009 berdasarkan pencapaian cemerlang dalam lapangan akademik, sukan dan kokurikulum. 

 MSAB telah dipilih berdasarkan kecemerlangan maktab dalam pelbagai aspek seperti kecemerlangan dalam pencapaian Sukan Paralimpik, Gendang Cina dan kecemerlangan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR dan SPM serta bagi memberi pengiktirafan kepada program-program yang telah dianjurkan oleh MSAB umpamanya mewujudkan Muzium Tun Hussein Onn dan Galeri Seni Visual MSAB.



Ok nak tau lebih pasal Muzium ni boleh check di link ni  :




Agak special kan sebab sekolah ni mempunyai muziumnya sendiri. Hey! bukan mudah nak wujudkan muzium ni. Banyak benda nak kena fikir. Terutama khazanah khazanah dalam muzium tu. Kebanyakkan memang barangan lama. Ada antaranya sumbangan peribadi daripada guru guru dan bekas bekas pelajar dari tahun tahun yang terdahulu. Sampaikan ke surat MC tahun yang dari permulaan sekolah ni wujud pon masih elok tersimpan di muzium tersebut. Lawatan daripada sekolah negara lain seperti Jepun selalunya akan 'wajib' melawat muzium tersebut. 

Pada tahun 2014, genap lah 100 tahun usia MSAB EC. EC tersenarai antara sekolah tertua di Malaysia. 

Berikut antara sambutan gilang gemilang ulang tahun ke 100 MSAB EC.



Antara bangunan terawal yang wujud di awal penubuhan MSAB EC, Johor Bahru.


Wajah MSAB EC pada hari ini. Tidak banyak yang berubah. Masih mengekalkan struktur binaan bangunan yang lama. Cuma sekarang ditambah dengan bangunan empat tingkat untuk block tingkatan enam. 


Malah warna asal bangunan ini juga tidak pernah berubah sejak zaman penubuhannya lagi iaitu warna rasmi bangunan maktab, hitam dan putih. 

Memang ramai yang daripada sekolah lain bertanya kenapa warna sekolah kau hitam putih?. 'ska' betul warna. 

Jawapannya...EC dulu pernah menjadi kilang. Sebab tu dicat dengan warna hitam putih. Selain itu, semasa penjajahan Jepun dari tahun 1941 hingga ke 1945 melihatkan EC bertukar wajah dari sebuah sekolah menjadi markas tentera, kilang senjata, hospital tentera (terdapat juga rumah mayat) dan tempat penyeksaan dan pembunuhan tahanan-tahanan Jepun. (So tak heran lah kalau setakat nampak tentera Jepun berkawad tak ada kepala hahaha)




Setiap bangunan maktab memang hanya 2 tingkat sahaja. Dan bangunan masih struktur yang lama. Struktur asal. So memang kebal la.













Tingkapnya pon masih kayu. Kelas di block ni , kelas atas lantainya adalah kayu. So selalu lah dengar kaki kaki berlari di atas bila kami belajar di kelas bawah. TETAPI jangan tertipu...Sebab yang lari tu mungkin memang orang...MUNGKIN juga tentera tentera tu kodd!  Sebab..bila bangunan kosong pon akan selalu dengar depa duk lari lari hentak hentak kaki. Padahal memang tak ada orang. As conclusion, kita jangan kacau dia. Itu je. Biar lah dia nak bising ke apa. Itu pekara biasa sangat.




Hah ada yang cakap dengan aku, macam penjara dah aku tengok sekolah kau. Well penjara ni lah yang menjadi keunikkannya.


Surau MSAB EC. Di level bawah untuk lelaki dan atas untuk perempuan.





See..Masih sama kan?.



Ni pula dewan MSAB EC. Tapi ni dewan lama. EC kini memiliki dewan baru yang juga merupakan dewan sekolah yang tercanggih dan besar.









Sambungan tunggu PART 2.












































1 comment:

  1. try la tgk tuanku muhammad school (tms)kuala pilah. sama macam ec, established 1914, umur dah 106 tahun (2020), ada bangunan lama dan asrama lama. bangunan ec ni dibina tahun 1930 selepas berpindah, mcm tu jugak tms. banyak persamaan. see ya

    ReplyDelete