Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 4 December 2015

Penulisan pelancongan

By, Sheril Ameera.

Dunia hari ini dilihat semakin galak dengan perkembangan dunia media, antara medium yang popular adalah seperti, Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain. Fenomena ini menjadikan medium Blog sebagai salah satu ikutan atau tren yang semakin mendapat tempat di hati pengikut tegar dunia media.



Media merupakan satu kuasa yang mampu mengubah sesuatu keadaan, termasuk gaya hidup seseorang. Media juga merupakan platform terbaik untuk berkongsi apa sahaja minat dan pendapat sama ada untuk tujuan perkongsian kebaikkan atau sebaliknya.

Blog bukan lah satu medium yang baharu, malah sudah lama wujud dalam industri media, cuma kurang mendapat perhatian pengikut media sebelum ini.

Mungkin sebelum ini, ramai berpendapat bahawa Blog merupakan sebuah medium yang agak formal dan lebih terarah kepada penulisan berbentuk ilmiah yang hanya sesuai bagi mereka yang lebih matang kerana cara penulisan yang agak panjang dan tidak terlalu friendly. Terutamanya, blog yang membincangkan isu-isu politik.

Namun, atmosfera dunia penulisan Blog dilihat semakin banyak mengalami perubahan dan dapat diterima baik oleh masyarakt hari ini bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Walaupun wujudnya medium media yang baharu namun, Blog dilihat masih mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri.

Fenomena kini menyaksikan ramai blogger pada hari ini bukan sahaja mahu berkongsi maklumat malah menjadikan Blog sebagai medium untuk mencari pendapatan tambahan dengan turut serta berkongsi iklan-iklan atau review di Blog mereka.

Review blog dilihat semakin menjadi tren dalam kalangan blogger, antara review yang paling kerap dikongsi pada hari ini adalah seperti review product, tempat makan, hotel dan destinasi perlancongan.

The world is a book, and those who do not travel read only one page”. Berbalik kepada perpatah tersebut, telah menjadi seperti satu tren di mana para blogger hari ini lebih kerap berkongsi destinasi percutian di Blog mereka.


Menggembaraan mungkin merupakan satu cara untuk kita keluar melihat dunia baru dan mencari sesuatu yang tidak pernah kita temui dalam kehidupan sebelum ini.

Oleh itu, sumbangan media atau blogger terhadap perkembangan industri pelancongan amat penting terutama sekali terhadap laporan yang bertanggungjawab mengenai isu pelancongan dan pembangunan industri pelancongan.

Objektif utama media pelancongan adalah untuk mempromosikan destinasi pelancongan di dalam dan luar negara.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementeri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, menunjukkan seramai 25.7 juta pelancong datang ke Malaysia pada tahun 2015. 

Objektif lain media pelancongan dan blogger adalah untuk menyalurkan informasi-informasi pelancongan kepada umum sekali gus mempengaruhi masyarakat merancang percutian.

Bukan sekadar blogger tegar yang boleh melakukannya, malah, sesiapa sahaja hari ini dilihat mampu menjadi blogger untuk berkongsi maklumat kepada pembaca.

Pekara pertama yang harus dilakukan oleh blogger adalah ke detinasi pilihan lalu membuat review terhadap destinasi tersebut berpandukan pengalaman peribadi mereka.

Berkongsi maklumat, tips, bajet, aktiviti dan banyak lagi melalui pengalaman dengan gaya yang lebih santai dan disertakan dengan gambar-gambar menarik sudah pasti mampu membantu menarik minat pembaca atau pengikut setia untuk mula merancang percutian ke destinasi tersebut.

Menarik minat masyarakat memahami situasi destinasi percutian yang ingin dituju sebelum pergi bercuti adalah penting.

Kelebihan kepada blogger yang memiliki skill menangkap gambar yang baik, mampu membangkitkan minat pembaca setelah melihat keindahan yang ditonjolkan di sesebuah destinasi terutamanya di destinasi yang jarang mendapat perhatian pelancong.

Seperti destinasi pelancongan di Eropah, Prague, mungkin namanya tidak segah Paris, London, Rome, Amsterdam dan banyak lagi negara Eropah yang sering menarik skop lensa kamera, namun, pelancong lupa akan keindahan yang dimiliki oleh negara Prague yang terletak di Republik Czech ini.

Namun, dengan bantuan, para blogger  mengetengahkan keindahan sesebuah destinasi tersebut, mampu menaikkan nama destinasi yang kurang mendapat perhatian sebaris dengan destinasi yang sudah terkenal.


Secara tidak langsung, pembaca akan melawat destinasi tersebut dan menyumbang kepada industri pelancongan dalam negara atau luar negara sekali gus membantu meningkatkan sektor ekonomi sesebuah negara.

Tidak  kurang juga destinasi destinasi menarik di dalam Malaysia. Banyak destinasi menarik yang harus dilawati di Malaysia, bukan hanya menumpukan destinasi di luar negara sehaja.

Penulisan Blog juga mampu merangsang minat di kalangan masyarakat untuk menjadikan budaya bercuti sebagai gaya hidup yang sihat buat semua golongan.

Oleh itu, media baru seperti Blog merupakan cara mudah untuk mendapatkan maklumat pelancongan yang terkini dan padat.

Selain blog, terdapat beberapa malajah pelancongan di Malaysia yang mempromosi industri pelancongan seperti Majalah Santai, Libur, Gaya Travel dan banyak lagi.




Kesimpulannya, secara dasarnya, peranan media terhadap pembangunan industri pelancongan sesebuah negara adalah besar dan banyak memberi kesan sama ada positif atau sebaliknya.

Media mampu menarik sejumlah  peminat dalam industri pelancongan, ini berikutan dengan cara penyampaian dan persembahan menarik yang tonjolkan.  

No comments:

Post a Comment