Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, 28 May 2016

Pengalaman Travel Bersama Rakan

Baru lepas berblog walking kat www. thevocket.com (Dengan entry - 5 sebab travel dalam group dengan kawan juga sesuatu yang best)

1) Pemilihan Destinasi Secara Kolektif.

Okayy untuk trip ktorg kali ni kira macam last minute plan. Actually aku dengan Widat first plan nak ke Bangkok. Dah siap semua plan. Aku dah list down kan semua. Research melalui pembacaan daripada blog blog org lah as usual. Tapi last minute Pojie ajak pergi Krabi. So memang tukar plan.



2)Ada Yang Jadi Perancang.

Part ni memang serahkan pada Pojie lah sepanjang di Krabi. Sebab dah tukar plan, ikut plan dia. Tapi hanya di Krabi ikut plan Pojie. Sebenarnya kami bertiga datang dari 3 negeri berbeza masa tu. Disebabkan kami pergi masa dalam musim hari raya lagi, seminggu raya masa tu. So masing masing dari rumah. Pojie all the way naik flight dari Sabah. Aku naik bas dari JB ke KL untuk jumpa Widat di KL. Sebab widat stay KL.


Photo credit to www.pojiegraphy.com


Photo credit to www.pojiegraphy.com

So kami berdua plan naik train, sebab nak kan pengalaman berbeza sikit. Asik naik flight je, sekali sekala nak merasa jugak lain. Tapi masa tu ticket train sold out sbb last minute. So kami naik je lah bas dari Pudu Raya ke Hatyai. Kemudian di Hatyai transit naik van pulak ke Krabi. Fuhh perjalanan panjang untuk aku dari hujung ke hujung! Hampir 20 jam perjalanan aku masa tu dari JB ke Krabi. Barai!



Yang bestnya aku & Widat tak beli pon simcard Thailand masa tu. Dengan tak ada line apa phone, so macam mana ktorg nak cari Pojie? Pojie nak cari kami? Nasib slip check in hotel Pojie dah siap2 email aku. So aku yg pegang masa tu. Dengan dah barai ktorg terus pergi check in hotel. Dan tidurr 💤💤 Masa ni langsung tak ingat Pojie hahaha. Dia dah risau sebab dah ke petang tak dapat contact aku & Widat. Rupanya dua2 dah membuta kat hotel! Sebab aku & widat stay hotel yg berbeza dengan Pojie. Ktorg pon tak tahu hotel masing masing kat mana masa tu. Bila dah nak senja tu, perut dah lapar baru aku & Widat bangun pergi cari makan dekat sekitar Ao Nang Beach tu. Masa tengah syok dua org perempuan ni berjalan cuci mata kat pantai tu, tup tup adalah si Shahril Fawzy tu dekat pantai. Masa tulah baru jumpa. "woiiii!!" Epic gila! Guna firasat je.



3)Kewangan Terjaga.

Macam dalam entry ni cakap, mesti akan ada sorang jadi banker. So Pojie lah, which is Hotel kami semua Pojie yang uruskan. Dari survey hotel, booking ke bayar semua dia yg buatkan. Tapi aku tak bayar balik pon sebab Pojie belanje aku hotel 4 hari tu. Minta maaf lah Widat aku free hihi. And Pojie pon tak kedekut or berkira. If antara aku atau Widat tak cukup duit sepanjang trip tu, Pojie ada offer untuk kami pakai dulu duit dia. Tapi alhamdulillah dengan kebijaksaan Widat control budget belanja aku & dia, dapat kami survive dengan budget kami. Dan lagi best, aku dapat travel dengan partner yang masing masing langsung tak berkira! Tak kira pon kalau masing masing ada offer diri untuk belanja atau bayarkan dulu. Tak ungkit pon bab duit. Semua ikhlaskan. Lagi dengan Widat. Dia memang pandai control duit. Aku ni boros sikit. So cara terbaik, kami decide untuk campur je duit kami berdua semua, then kita belanje dengan duit tu. Tak ada kiranya siapa lebih siapa kurang belanje. Aku ada, kau ada.


4)Makan Minum Terjaga.

Makan minum tak ada masalah. Macam aku cakap, disebabkan tak berkira, kami tak kisah pon siapa belanje siapa. Macam last night kat Krabi, Pojie offer diri untuk belanje dinner masa tu. Makan minum, apa kau makan, aku makan. Tapi Pojie memang tak suka makanan makanan aku dengan Widat. Terutamanya air overtine yg manis nak mateyy tu! Sakit terus kepala dia minum hahaha sebab Pojie mmg tak suka manis yg Widat gigih tak habis habis dengan jagung bakar dia. Sampai dah balik ke Hatyai mencari jagung dia. Nasib jagung punya pasal tak tertinggal bas balik KL!


5)Saling Memerhati.

Yang penting bila nak travel dengan kawan, kena lah cari kawan yang boleh "sekepala" baru syiok! Bukan sikit nak ikut kepala dia je. Betul kata Pojie "Bila kita travel dengan kawan, balik tu kita boleh tengok, dia still jadi kawan kita atau tak. Kadang kadang tengah travel pon boleh bergaduh. Balik terus tak berkawan. So kalau balik tu okayy je, korang boleh travel sama sama lagi". Dari situ persahabatan kita akan lebih akrab 😊 sebab dah sama sama lalui pengalaman sama sama.


Kalau Widat selalu jadi banker, aku selalu jadi mak tiri! which is kerja aku akan kejut dia setiap pagi, set jam, jerit suruh dia mandi bersiap, ingatkan apa nak kena pack, barang barang nak letak mana, plastic baju basah jangan lupa bawa, jarum benang semua aku bawa, ubat ubat segala. Itu ini semua part membebel bagi aku lah.


Sebab Widat ni perangai suka santai je. Itu asal boleh! semua resit2 pembayaran, ticket ticket aku akan simpan. Sebab aku tahu perempuan ni tak akan simpan! Pojie dia akan kawal lah kami ni daripada terus membuas sampai nak buat cliff jumping tu, atas bot sejuk sangat, boleh pulak si Pojie ni semput! Then tak bawa ubat dia, tertinggal, itu dia tak buat cliff jumping tu masa tu. Dengan perangai buas aku dgn widat tak reti diam, Pojie pon pesan pesan lah stay safe. Masing masing menjaga. Sampai ke hari terakhir aku & Widat balik sehari awal daripada Pojie. Masa di Hatyai pulak aku & Widat sesat di tengah2 Hatyai tu. Sebab agensi van kami naik tu penipu tinggalkan ktorg tengah jalan je! tak guna! masa ni sempat lah bertekak dengan driver tu. Widat sampai naik hangin. Masa ni aku try cool down kan dia. Kalau tak mau bertumbuk. Perempuan ni bukan boleh percaya sangat, ganas! Fikir tempat org je masa tu. Lepas tu dengan tak tahu apa, aku & Widat sado kan hati cari sendiri jalan nak ke agensi bas nak balik KL tu. Tinggal tak sampai 2 jam je lagi sebelum bas sampai. Nasib aku simpan semua resit, so kami survive dgn tengok alamat kat situ & melalui gambar gambar & video video yg sempat aku record masa sampai first day tu. Itu gunanya!


Menanti next trip! Ohh yeahh...Next Zharif will join us!

1 comment: