Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 30 January 2017

Grand Margherita Hotel, Kuching, Malaysia

Mahu ke Kuching, Sarawak tapi tak tahu nak stay di hotel mana???


Hah sini saya suggest kan Hotel Margherita, Kuching yang terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching. Memang betul2 berhadapan dengan tugu kucing yang terkenal tu. Bersebelahan pula dengan waterfront. Memang mudah!




Dengan 12 jenis bilik yang tersedia : 
1) Deluxe King
2) Deluxe Twin
3) Superior King
4) Superior Twin
5) Junior Suite (Renovated)
6) Executive Deluxe King
7) Executive Deluxe Twin
8)Executive Deluxe King (Renovated)
9) Executive Deluxe Twin (Renovated)
10) Junior Studio
11) Executive Studio
12) Junior Suite


Macam gambar di atas, saya menginap di bilik jenis "Superior Twin".


Ruangan bilik yang luas dan konduksif memberi keselesaan kepada pengunjung untuk menginap di hotel ini. Sesuai juga untuk yang berkeluarga.







Hiasan bilik yang sederhana dan simple menyamankan mata yang melihat. Tak adalah rasa semak sangat dengan decor yang sarat kan!

Selain itu, setiap bilik terdapat kemudahan WiFi percuma, kemudahan bilik mandi seperti bathtub, hairdryer, telefon IDD, safebox, TV, penghawa dingin, mini bar dan meja kerja bagi memudahkan pengunjung untuk membuat kerja. Ohhh......Khidmat layanan hotel pula adalah 24 jam seminggu. 

Pengunjung juga berpeluang bersarapan pagi di cafe hotel.


Hotel bertaraf 4 bintang ini turut menyediakan kemudahan lain, termasuk kolam renang di aras bawah hotel beserta dengan kemudahan gym, 4 buah restaurant, dan satu lobby bar yang juga terletak di aras bawah hotel berhadapan dengan kolam renang.



Kedudukan yang strategik ini menjadikan hotel ini menjadi pilihan para pengunjung yang mahu bermalam di Kuching, Sarawak. 

Selain bersebelahan dengan Waterfront, hotel ini juga terletak berhadapan dengan Riverside Hotel. 

Hanya mengambil masa dalam 5 minit sahaja untuk ke kedai kedai yang menjual cenderamata di hadapan Waterfront. Senang cerita, memang mudah lah kedudukan hotel di tengah bandar ni. Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan namun, berubah ubah mengikut musim seperti musim cuti mungkin harganya lebih tinggi berbanding hari biasa. 

Berikut :

AddressJalan Tunku Abdul Rahman, 93748 Kuching, Sarawak, Malaysia

5 comments:

  1. Nice review. Boleh la duduk sini kalau datang Kuching. Anyway, suka layout baru. Simple and nice.

    Next time besarkan gambar tu. Sayang gambar dah cantik but saiz kecil. Heh!

    Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe! hihi saja je tukar layout. itulah memang cari yang simple.

      Thanks, nanti besarkan =)

      Delete
  2. berapa harga satu malam ni? kalau hari weekends?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Mungkin awak boleh terus ke website hotel untuk tahu harga sebenar (di atas) thanks!

      Delete