Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 18 July 2018

Suunah Kekabu Resort Hotel

Tempahan bilik penginapan adalah salah satu elemen penting dalam konsep percutian. Ada yang sempoi, suka je dengan bilik yang berkonsep backpackers. Tapi mungkin ia sesuai dengan golongan yang masih bujang. Berlainan dengan golongan yang telah berkeluarga. Pastinya ia sudah tidak sesuai lagi terutamanya keluarga yang mempunyai ahli yang ramai. Jadi, pemilihan bilik penginapan adalah penting bagi keselesaan.

Pada graduasi saya yang lalu di UiTM Shah Alam, saya dan keluarga telah memilih Suunah Kekabu Resort Hotel sebagai pilihan untuk penginapan kami sekeluarga.


Biasalah bila musim graduasi je, mesti kebanyakkan hotel dan homestay dah full booking. Sebenarnya, nak pendekkan cerita, saya buat last minute preparation, kira lewat tempah hotel lah. Dah kebanyakkannya full. Sampai, salah seorang kenalan saya, dia suggestkan Suunah Kekabu Resort Hotel kepada saya. Secara jujur, saya tak pernah dengar lagi Sunnah Kekabu Resort Hotel ni walaupun dah 3 tahun duduk di Shah Alam...

Dah panik tak ada tempat tinggal (dah lah bawa family)...Saya pun secepatnya terus google Suunah Kekabu Resort Hotel. My first impression terus "YES!".


Saya agak tertarik bila tengok bilik yang disediakan. SANGAT BESAR! Memang sesuai untuk pilihan keluarga! Sumbat lah berapa ramai pun korang nak dalam bilik tu.

Saya dan keluarga memilih family room. Di mana, terdapat 2 katil king dan 1 katil queen. Boleh masuk untuk 5 orang sekali gus. Dan biliknya SANGAT SELESA! Walaupun sumbat ramai ramai tapi masih selesa untuk bergerak. Tak lah sempit sempit.







Selain itu, keadaan bilik yang bersih termasuk bilik air memang menjadi keutamaan. Kemudahan lain termasuk set televisyen, peti sejuk, almari dan seterika juga disediakan di ruangan khas.

Satu lagi keunikkan yang menarik perhatian saya di Suunah Kekabu Resort Hotel adalah konsep hiasan yang diketengahkan, iaitu menggunkan hiasan kayu. Rasa macam di rumah kampung pun ada juga! Rumah kampung di tengah bandar Shah Alam hahaha!

Harga bilik pula tertakluk kepada musim atau bergantung kepada portal percutian yang menguruskan booking.

Suunah Kekabu Resort Hotel turut menyediakan ruangan majlis untuk tempahan. Sebarang maklumat lanjut boleh terus ke page Facebook Suunah Kekabu Resort Hotel.


Alamat : 
Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Hubungi : 
016-229 4463

2 comments:

  1. will go there sumday,thanx for sharing the blog

    ReplyDelete
  2. Amazing hotel. i guess i shall advice my friends to visit this hotel, anyway it reminds me about my Malaysia tour when i have travel and was facing issue with English Song Lyrics Thank you for the very informative article.

    ReplyDelete