Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, 23 June 2015

Newsroom

Newsroom atau bilik berita merupakan tempat di mana seorang wartawan akan bekerja. Untuk semester kali ini kami telah dibiasakan dengan keadaan newsroom yang sebenar. Di mana kami akan bekerja sebagai seorang wartawan dengan dipantau oleh seorang editor. Bagus juga kami didedahkan dengan keadaan sebenar dengan lebih awal. Kali ni dah tak ada dah hubungan pelajar dan pensyarah. Kali ini hubungan antara wartawan dan editor.


Semasa kelas Broadcast Journalism.


Membuat pemerhatian rakaman yang sedia ada untuk dijadikan rujukan sebelum kami melaksanakan tugasan terakhir kami iaitu untuk menghasilkan segmen berita sendiri.



Selain belajar penyiaran, kami juga di ajar tugasan di balik tadbir di mana kami diajar cara untuk menghasilkan script berita untuk TV dan juga Radio. Ehemm..Tak ada orang macam kami, berita tak akan bersiaran ya! hahaha!

macam mana bentuk script tu? 



Di atas ni contoh script untuk berita TV


Yang ini pula untuk berita radio.


Semasa Kelas Newspaper editorial

Untuk kelas newspaper editorial pula kami ditugasakan untuk menghasilkan surat khabar keluaran kami sendiri. Termasuk web portal akhbar kami secara online.


 Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Untuk project kali ini kami digabungkan dua kelas which is class kami A dan class C. 

Disebabkan kelas aku pelajarnya sikit, so kami dapat sikit je pecahan. 


Ni muka editor editor setiap desk (ketua bagi setiap meja) memang saja pilih semua lelaki. Baru gentlemen kan!


Meja sukan (Sport desk). 

"Kami lah pemburuh berita berita sukan di arena anda!"

Sport Editor :
Muhammad Khairul Hakimi Abdullah

Sport Journalist :
 Fakhruldin Abdul Hadee
Raja Sheril Ameera Raja Nahar Shihim
Anis Adrina Md Noor
Caroline Sari @ Salippino
Ainul Mardiah Mohd Zaini



Meja Hiburan (Entertaiment Desk)

"Jaga jaga...ada mata yang memerhati!"

Entertaiment Editor : 
Mohd Zharif Osaman

Entertaiment Journalist:
Nurul Syazwani Bustamam
Syaza Syafiqah Sapudin
Nur Syafikah Shahrom



Meja Perniagaan (Business Desk)

Business Editor :
Muhammad Aqashah Ghazali

Business Journalist : 
Mohd Amirol Amin Abu Bakar
Norasyidah Ibrahim
Nor Fatihah Ismail
Nur Wani Zaini
Nur Wahida Khairol Anuarshah
Nur Eliza Omar


Meja grafik (Graphic Desk)

Leader of Graphic Editor : 
Mohd Shahril Fawzy Suhaili

Graphic editor :
Amni Ahmad

(Desk graphic ni lain sikit. Sebab mengabungkan dua kelas untuk kerjasama. I'm not sure ada berapa orang untuk desk ni. For sure desk ni diketuai oleh Shahril from my class. And desk ni buat hal dorang sendiri. Tak bergabung sangat dengan kami. Sebab kami bahagian berita. Dorang pula terlibat di bahagian graphic).

Kami ditugaskan untuk mencari berita berita terkini selama 14 minggu di sekitar Shah Alam dan UiTM mengikut meja kami masing masing. So kepakaran memang berbeza setiap meja. Setiap meja melalui pengalaman yang berbeza. Malah setiap wartawan yang daripada meja yang sama pon melalui situasi yang berbeza.

Setiap minggu kami memang SANGAT busy. Memang weekend pon tak ada rest sebab weekend tu lah kami ambil peluang untuk keluar mencari berita. Masa tu lah kami nak kene pergi event, PC, interview segala macam lah untuk dapatkan berita. Ada masanya kami tak hadir ke class ni sebab berkejar ke lokasi untuk cari berita. Tapi kami tetap dikira hadir sebab keluar membuat tugasan class tu. Ke sana ke mari lah dengan camera, notebook & pen and phone untuk record interview.

Gigihlah duk update sana sini mencari berita termasuk dari internet, kawan kawan semua. Untuk pastikan ada sumber berita.

Memang agak payah juga untuk menghasilkan final project kali ni. Classmate tau tau lah ya! opps!







No comments:

Post a Comment