Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday 11 June 2016

Pakej Buffet Ramadhan Di The Regency Hotel, Kuala Lumpur (2016)

Semperna bulan Ramadhan ni, sudah pasti ramai yang mencari tempat berbuka yang ideal bukan?. Sudah pasti hidangan secara buffet menjadi pilihan ramai.

Tidak ketinggalan, The Regency Hotel, Kuala Lumpur turut menyediakan pakej buffet ramadhan sepanjang bulan ramadhan ini.

Bermula dengan harga RM60 untuk dewasa, RM35 untuk kanak kanak dan warga emas.
Bagaimanapun, para tetamu yang menginap di hotel diberi diskaun 15% untuk buffet ramadhan tersebut.

Pelbagai menu menarik disediakan bagi memenuhi selera para penggunjung. Terutamanya masakan melayu serta kuih muih tradisional pasti membuka selera dan tidak menghampakan!




























Selain ruang yang selesa, para penggunjung turut disajikan dengan persembahan live band. Pasti menarik! Sambil makan tu turut dihiburkan!


Jangan risau…Hotel ini turut menyediakan kemudahan surau kepada para penggunjung untuk melaksanakan ibadah solat. Jadi tak perlu terburu buru untuk mencari tempat solat. Ruangan solat berada di tingkat 5 hotel. Memang selesa. Lepas solat tu boleh lah sambung makan!

The Regency Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Chow Kit. Kalau datang menggunakan public transport, boleh lah naik monorel dan berhenti di station Chow Kit kemudian kena lah jalan sikit.

Untuk tempahan buffet ramadhan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur, boleh lah terus hubungi : 03-2262 2000




Hasif juga merupakan junior Journalism aku.

p/s Terima kasih Gaya Travel Magazine atas jemputan.

5 comments: