Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 9 December 2016

Dream Destination, Bali, Indonesia! #MyTravelokaEscapade

Bila bercakap soal destinasi idaman pasti semua orang terutamanya traveller mempunyai destinasi impian masing-masing! Bergitu juga dengan saya!

Wahhh mula dah berangan membayangkan percutian idaman ni. Okayy, sebaik sahaja saya mendapat email daripada salah sebuah agensi #MyTravelokaEscapade yang meminta saya untuk menulis sebuah artikel mengenai destinasi impian, memang sangat teruja lah untuk tulis, dan tak fikir panjang saya terus bersetuju menerima tawaran tersebut.

Beberapa destinasi telah disenaraikan, dan saya diminta untuk memilih salah satu destinasi sahaja. Hmmm pada mulanya memang sukar untuk membuat pilihan sebab destinasi yang disenaraikan memang menarik kesemuanya!

Tapi setelah dipertimbangkan, saya telah memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi pilihan saya. 


Kenapa pilih Bali je? Sedangkan London, Hong Kong, Tokyo dan banyak lagi destinasi yang gah turut tersenarai.


Jawapan saya mudah “the most important is not the destination but the journey”. Saya percaya, tidak kira di mana pun destinasi yang kita lawati, jauh atau dekat, gah atau tidak, itu bukanlah batu pengukur yang mampu membuat kita mengenang perjalanan tersebut.

Secara jujurnya, saya belum pernah lagi ke Bali, Indonesia. Lawatan saya sebelum sebelum ini ke Indonesia adalah ke destinasi lain dan belum lagi ke Bali. Namun, secara jujurnya, Bali merupakan salah satu destinasi impian untuk saya lawati.

Malah, merupakan antara destinasi terawal yang pernah saya senarikan semasa sebelum saya menjadi travel journalist lagi. Malangnya, saya masih belum berkesempatan untuk ke sana bagi memenuhi impian awal saya itu.

Saya merupakan salah seorang pengemar wisata. Indonesia pula sudah tidak asing lagi dengan Wisata yang memang sangat terkenal kerana itu ramai pelancong asing datang ke Indonesia semata-mata hanya untuk menikmati keunikkan wisata yang terdapat di Indonesia.

Untuk melawat ke sesuatu destinasi, pelbagai aspek harus dititik beratkan, ini termasuklah soal ekonomi. Bukan lah kedekut untuk berbelanja lebih untuk travel, tapi bagi saya, biarlah ukur baju di badan sendiri. Berbelanja mengikut kemampuan hendaknya.

Dengan kegawatan ekonomi dan kejatuhan matawang ringgit sekarang, adalah menjadi salah satu faktor yang membuatkan terutamanya traveller untuk memikirkan destinasi terbaik untuk dilawati berhubung dengan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.

Jadi bagi saya, memilih Bali, Indonesia sebagai pilihan adalah satu pilihan yang tepat buat ketika ini kerana dari segi pertukaran mata wang. Seperti semua ketahui, matawang ringgit adalah lebih tinggi berbanding rupiah. Jadi di sini, boleh lah merancang dengan lebih baik jumlah budget yang bakal digunakan.

Pertukaran mata wang merupakan faktor utama mengapa saya memilih Bali, Indonesia sebagai destinasi pilihan.

Seperti saya nyatakan di atas, Bali merupakan antara destinasi terawal yang pernah terlintas di kepala ini sejak saya meminati dunia travel ini. Jadi jika saya diberi peluang untuk ke Bali, sudah pasti dapat memenuhi wistlist saya dan mengimbau kembali impian dan angan-angan saya dahulu ewaahh!

Kalau dah bercakap soal Bali, sudah tentu lah pekara pertama yang terlintas adalah Kuta Beach yang sememangnya sinonim dengan nama Bali. Kalau dah Pantai Kuta ni, sudah tentulah berkaitan dengan aktiviti air seperti surfing yang sangat terkenal di sana!

Disebabkan itu lah, Bali, menjadi salah satu destinasi impian saya. Kira nak try surfing di Kuta Beach tu sebagai salah satu wishlist lah. Walaupun diri ini tak pandai surf, tetapi jika diberikan peluang untuk mencuba, pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan tersebut!

Lagi pula surfing di Kuta Beach, Bali fuhhh memang bergaya hahaha!

Nak takut apa kan, walaupun tak pandai surf, pasti ada trainer professional yang bakal mengajar. Alaaa…Setakat tertelan air Kuta Beach tu pekara biasalah kepada beginner kan.

Kepada kaum wanita pula yang kurang minat untuk surfing ni, boleh je tinggalkan pasangan anda di pantai tu dan bersiar-siar di sekitar kerana terdapat bergitu banyak pusat membeli belah di Kuta. Anda pasti teruja!

Selain itu, di Pantai Seminyak, Nusa Dua, Tanah Lot, Pantai Dreamland, Pantai Pendawa, Pantai Tanjung Benoa dan Pantai Lovina, juga sangat sinonim dan terkenal di Bali, Indonesia.

Selain itu, saya benar-benar mahu ke Bali, Indonesia kerana, saya mahu menangkap sendiri gambar keindahan sunset di pantai di Bali. Sejujurnya, saya merupakan seorang yang obsess kan keindahan sunset. Kalau ke pantai tak kira ke mana sahaja, pekara yang tidak akan dilepaskan adalah untuk menangkap gambar scenery sunset.


Jika ke account instagram saya, memang banyak gambar sunset yang saya upload. Setiap tempat mempunyai nilai sunset yang berbeza. Kata orang, hanya memori yang akan kekal dan tidak akan berubah selamanya.

Berjalan di gigi air pada waktu senja sambil menanti terbenamnya matahari, pastinya bakal menjadi antara moment terbaik kepada traveller. Dan Bali, Indonesia merupakan antara destinasi terbaik untuk menyemadikan impian tersebut.

Ehemmm apa lagi jika pergi bersama pasangan, pasti menjadi moment romantis yang akan dikenang selamanya. Oleh itu,  Bali menjadi sebagai salah satu destinasi berbulan madu yang terkenal.

Selain keindahan scenery Kuta Beach, Bali, pelancong yang mengemarkan kehijauan alam sekitar juga, tidak salah jika anda memilih Bali, sebagai destinasi pilihan. Tempat yang dimaksudkan yang seterusnya adalah Ubud, Bali.

Selain keindahan pantai yang sudah pasti dijanjikan di Bali ini, namun, sebenarnya masih banyak lagi aktiviti yang menarik yang mampu dilakukan di Bali. Ini termasuk lah water rafting di Ubud. Kepada pengemar aktiviti lasak seperti saya, adalah tidak silap jika ke Bali, anda mengunjungi Ubud untuk aktiviti water rafting ini.

Keindahan air Sungai Ayung yang hijau dan jernih itu pasti menenangkan si penglihat!

Di Ubud juga terdapat padang padi yang tercantik di Asia Tenggara. Senang cerita, memang hijau lah mata memandang dengan keindahan alam kalau berada di Ubud ni.

Kepada pengemar photography seperti saya, sudah pasti Bali merupakan destinasi pilihan yang tepat kerana, di Bali memang sangat terkenal dengan Pura nya.Di sekitar Bali sahaja terdapat hampir 15 pura yang terkenal dalam kalangan para pelancong.

Memang tepat sangat lah untuk anda mneghabiskan hari anda di pura pura yang terdapat di Bali. Pasti foto yang dihasilkan memuaskan! Uhhh tiba tiba rasa nak booking ticket ke Bali sekarang juga!

Hah jangan dilupakan juga Uluwatu Temple, tebing batu kapur yang memang terbaik untuk bergambar! Tak perlu jauh jauh ke Norway untuk dapatkan gambar di tebing tinggi macam tu. Kena pada teknik bergambar, confirm memang cantik hasilnya!


Saya juga teringin benar untuk menyaksikan sendiri Tarian Kecak Uluwatu di Pura Uluwatu yang sangat popular itu. Selain mencintai hasil photography, saya juga pencinta budaya dan tradisi. Oleh itu, saya mahu mendapatkan hasil photography terbaik mengenai subjek iaitu tarian tradisi tersebut.


Alangkah indahnya percutian ke Bali, Indonesia ini. Complete semua yang saya minati terdapat di sana. Senang cerita mampu memenuhi minat dan kehendak hati ni lah. Semoga tidak lama lagi, impian saya ini mampu dipenuhi.


#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade
#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade
#MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade #MyTravelokaEscapade

*Photocredit to www.pojiegraphy.com , #bpbali (twitter) & google photo

No comments:

Post a Comment