Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday 14 December 2016

Pascucci Café

Pascucci Café merupakan tempat minum yang ideal kepada pengemar kopi tegar. Pelbagai menu utama yang berasakan biji kopi disediakan di sini. Daripada kopi, jus dan juga makanan western dihidangkan di sini.

9 November yang lalu, kafe Itali terbesar ini telah merasmikan pembukaan cawangan baru nya yang terletak di Menara Hap Seng 2, Kuala Lumpur.  Pascucci Café telah memiliki 200 cawangan kafe di 20 buah negara termasuk empat di Malaysia iaitu di Menara Hap Seng 2, Menara LGB, Sunway Pyramid dan di Tropicana City Mall.






Rakan media telah dipanggil untuk tujuan memperkenalkan dan mempromosi kafe tersebut. Semasa perasmian tersebut, kami berpeluang mencuba pelbagai menu yang terdapat di Pascucci Café ini terutamanya hidangan kopi yang disediakan sebagai menu utama.


Antara menu yang saya berpeluang mencuba adalah Americano coffee. 
Memang tidak dinafikan, ia merupakan antara Americano yang terbaik pernah saya cuba setakat ini. Jadi, saya mencadangkan agar pengemar kopi tegar di luar sana untuk datang ke Pascucci Café ini bagi merasai sendiri kenikmatan biji kopi yang dihidangkan di setiap cawangan Pascucci Café ini. 






No comments:

Post a Comment