Post Top Ad

Post Top Ad

Friday 31 March 2017

Mudah bersama JONLIVIA HOTPANTS


Sebaik sahaja pulang dari Jepun, memang pekara pertama yang terlintas untuk dilakukan adalah untuk bersenam! Hahaha mana tidaknya, sudah puas di negara orang berbulan madu dengan segala makanan yang tersedia. Semua dimakannya tanpa bersenam di sana. Jadi, apabila pulang ke Malaysia, haruslah kembali ke rutin harian yang lebih sihat.


Bagi seorang yang practical, saya amat meminati sesuatu yang serbaguna. Kerana itulah JONLIVIA HOTPANTS telah menjadi pilihan saya. Saya telah menjadikan JONLIVIA HOTPANTS sebagai salah satu koleksi pakaian saya, kerana ia mudah untuk disuai padankan atau mix and match


JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tidak menjadi masalah jika dipakai berulang kali. 

Selain daripada digunakan untuk bersenam seperti berjogging atau ke gym,



JONLIVIA HOTPANTS juga sangat sesuai digunakan untuk bersiar-siar dengan gaya fesyen yang disukai. Lihat sahaja gambar di bawah ni. Sesuai digunakan untuk gaya casual juga. Memang sporting betul rekaan yang dihasilkan!


Siapa kata hotpants hanya sesuai digunakan untuk bersenam kan...!

Dah alang alang tu, sambil bergaya, sambil membakar lemak! Kalau dah di tahap paling malas lah, untuk bersenam, gunakan sahaja JONLIVIA HOTPANTS ini untuk bersiar siar dalam kehidupan seharian. Terus bakar lemak sekali tanpa bersenam hahaha!


Satu lagi yang saya paling suka mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini adalah...Fuhhh memang lain daripada hotpants yang lain, sebab bonusnya, JONLIVIA HOTPANTS ini direka khas, dengan terdapatnya pocket di bahagian belakang pinggang seluar! Iya ada pocket!


So, mudah lah nak simpan handphone ke, kunci kereta ke dalam pocket tu. Selalunya nak berjogging tu, memang tidak lah nak dibawanya beg kan. Dah tu kunci kereta nak letak mana?. Ini lah yang menariknya mengenai JONLIVIA HOTPANTS ini yang tak ada pada hotpants lain. 


Selain daripada itu, pada bahagian pinggang pula, pengguna boleh menariknya sehingga paras atas pusat. Ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Secara jujur, setelah saya sendiri cuba pakai JONLIVIA HOTPANTS, saya memang amat berpuas hati dengan rekaan, kemasan, dan fungsi pelbagai guna hotpants ini. 





Memang saya suggestkan kepada anda untuk mendapatkan JONLIVIA HOTPANTS yang tengah letops di pasaran ni!


Macam mana nak dapatkan? Senang je...Sila layari 

untuk melihat produk produk keluaran mereka yang terkini!






No comments:

Post a Comment