Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 26 February 2018

Brighton Beach (Bathing Box), Australia

Entry kali ini, cuma nak kongsi cara untuk ke Brighton Beach (Bathing Box), Australia, memang senang sangat! Disebabkan saya stay di area Noble Park, Victoria, saya memulakan perjalanan dari Station Noble Park :

1) Station Noble Park ➡️ 2) Station Flinders Street (satu train je (via City Loop) laluan ke Pakenham). 



Kalau rasa confius, nak mula kan journey dari main station, Station Southern Cross, boleh je tapi tetap kena ke Station Flinders Street juga. Teruskan perjalanan ke  3)Station Brighton Beach (laluan ke Sandrigham). 


Turun di Station Flinders Street kemudian, tukar ke platform 13. Memang straight akan ke Station Bringhton Beach tu. 



Akan ada 3 Station Bringhton : North Bringhton, Middle Brighton & Brighton Beach, berhenti je terus di Station Brighton Beach!! Kalau anda turun di station Brighton lain, memang akan lagi pening sebab kena berjalan kaki di kawasan perumahan. 



Turun je, keluar dari gate station tu, belok ke kanan nanti nampak kedai massage belok ke kanan lagi, lintas laluan train tu atau pun lalu lah laluan perjalan kaki bawah tu untuk lintas je. Kemudian jalan je terus. 

Straight je. Sepanjang jalan tu memang dah nampak laut. Jangan takut sesat. Ikut je laut tu. Kena jalan kaki lah dalam 15 minit juga!




Okayy ini kira mak kepada segala bathing box ni lah. Kira wajib lah amek gambar di depan rumah design Aussie ni. Kena beratur kejap lah sebab masing masing taknak lepaskan peluang bergambar di bathing box ni sebagai tanda kenangan pernah ke Brighton Beach. 














Brighton Beach merupakan tarikan tempat yang wajib dikunjungi jika ke Melbourne, Australia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini!

Sebaiknya pergi pada sebelah petang sebab suasana yang sungguh nyaman dan tenang. Memang khayal kalau dah duduk sini melihat keindahannya.



No comments:

Post a Comment