Post Top Ad

Post Top Ad

Monday 26 February 2018

Dromana Beach & Rosebud Beach, Australia

Hey guys, Brighton Beach (Bathing Box), memang popular dalam kalangan pelancong, tapi tahu tak, ada satu lagi pantai di sekitar Victoria juga yang seakan akan seperti Brighton Beach. Ya! sebab ada Bathing Box juga. Tak tahu lah mana satu yang klon hahaha! Tempat ini juga merupakan tempat wajib dilawati di Melbourne, Australia.

Tapi mungkin sebab tempat ni kurang popular dalam kalangan pelancong kerana kedudukannya yang agak jauh dari Melbourne City. Iaitu sekitar sejam lebih untuk sampai. Kena drive sendiri sebab tak ada public transport.

Pantai yang dimaksudkan adalah Dromana Beach, Victoria. Pantai ini terletak di kawasan Rosebud. Kawasan Rosebud ini agak terkenal dalam kalangan penduduk setempat sebab sepanjang perjalanan menuju ke Rosebud memang terdapat banyak pantai. 

Antara yang popular sudah semestinya Rosebud Beach itu sendiri, terdapat juga Dromana Beach, Mt Martha dan banyak lagi....Sepanjang perjalanan memang dikelilingi lautan. Tunggu next entry! Di kawasan Rosebud juga anda berpeluang melihat kecantikkan dan kemewahan kawasan perumahan pantai macam dalam filem filem omputih tu. Haii....Seronoknya hidup hari hari mengadap pantai!


Related image
Credit photo to : flickr.com

Image result for dromana beach rosebud australia HD
Credit photo to : Beach Stays

Related image
Credit photo to : domain.com.au

Credit photo to :  YPA Estate Agents

Mungkin ada yang kurang selesa berada di tempat yang ramai orang seperti di Brighton Beach, jadi boleh lah ke Dromana Beach untuk dapatkan feel yang sama. Di Dromana ni boleh je mandi. Menjadi antara spot paling best untuk terjun lah! 

Tapi masa ni saya tak mandi sebab baru je tukar pakaian, lepas mandi di Rosebud Beach. Ke Rosebud Beach kemudian baru ke Dromana Beach.

Ini pula di Rosebud Beach. Tak payah cakap lah...Air air pantai di Australia ni memang semuanya jernih jernih! Tapi sebelum mandi tu pastikan selamat dan dibenarkan untuk mandi ya. Elakkan kena kutu air. Jangan main bedal je!













No comments:

Post a Comment