Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, 1 February 2015

Pengalaman Sebagai Wartawan Jenayah (Part 1)

Pernah tak lalui berhadapan dengan 'banduan'??. Mungkin ada antara kita yang pernah dan ada yang tidak. Yess aku pernah lalui pengalaman berhadapan dengan banduan banduan. Tapi aku rasa adalah lebih elok kalau mereka dipanggil 'OKT' mereka ni masih dikategorikan sebagai 'tertuduh' atau yang 'disyaki' berbanding banduan, sebab mereka 'belum tentu bersalah' selagi tiada keputusan yang muktamat yang mensabitkan mereka atas kesalahan yang dituduh.


Pengalaman seperti ini bukan semua orang berpeluang dapat lalui. Itu antara kelebihan menjadi pelajar kewartawanan atau bekerja sebagai wartawan.



Satu hari tu, untuk class 'News Writing and Reporting', semasa semester satu dulu, lecturer ada mengarahkan kami untuk ke Mahkahmah Tinggi Shah Alam untuk mengikuti perbicaraan kes jenayah di sana. Memang excited sangat sejak semalamnya! jakun lah... Mana pernah pergi mahkahmah. Lagi lagi untuk masuk dalam bilik bicara untuk dengar sendiri keputusan. Lagi excited bila kami sendiri berpeluang mendengar keputusan akhir pengadilan, samada keputusan gantung atau tidak. Haiihh kami yang tidak senang duduk jadinya. Mana tidaknya, kau sendiri nak dengar 'gantung mandatori' atau 'bebas'. Berdebar dia lain macam! walaupon kadang kadang aku tak berapa nak faham apa yang hakim dan peguam tu cakap hahaha!


Macam macam jenis kes kami masuk. Kes culik, bunuh, dadah, saman. Tapi yang aku nak highlight kan dekat entry kali ni sebenarnya, aku tertarik dengan satu kes ni. Kes bunuh.


Bilik ni bilik perbicaraan pertama yang aku masuk, which is kes bunuh. Siapa yang sampai awal saja yang sempat masuk kes ni. Yang lambat sikit tak masuk, mereka masuk bilik kes lain. Meraka masuk kes culik. Ok... Disebabkan ni pengalaman pertama kami untuk tengok kes perbicaraan, dengan excitednya, kami sampai tak reti agaknya nak baca dekat board luar tu, kes apa yang kami nak tengok dalam bilik tu nanti. Main nak masuk saja.


Kami dan lecturer menunggu lah depan koridor tu sementara semua hadir. Bebual bebual sesama kami. Aku berdiri sebelah lecturer, bebual bebual, syok ni, aku tepi sekali depan pintu masuk tu, kejap lagi ada anggota polis yang lalu sebelah aku, aku senyum saja lah, sambung bebual semula dengan lecturer aku. Sekejap lagi belakang anggota polis tu ramai yang jalan sekali. Tapi pakai baju biasa saja. Aku tengok lah dia, dia tengok aku. Dah bebual semula tu, aku baru macam perasan something.


"Errr...."


Ok! itu OKT OKT tu rupanya! aku pusing semula nak tengok, memang tanggan mereka tengah bergari panjang. Ada 6 orang masa tu. Dalam dua jengkal saja dari aku. Muka dah scary mereka tu. Mula mula aku takut lah. Elak dia tendang aku je, cuit aku ke kan. Sebab mereka hanya gari tanggan, yang lain boleh saja gerak. Sekali dia shoot aku hahaha. Fikir jauh ni! Aku terus tolak lecturer aku. Aku tolak tolak dia, sebab aku nak sembunyi belakang dia!


Sir aku dah " Awak kenapa, kenapa ni?".
"Sir tu.. Tu... Seram lah sir!"


Sampai macam tu sekali aku punya perangai!


Bila masuk bilik perbicaraan pula, aku duduk tepi sekali dekat kerusi tu. Sangat dekat dengan OKT tu. Depan mata saja mereka. Sebab aku duduk kerusi depan sekali. Boleh pula sebelum start perbicaraan, beberapa OKT ni nak pergi tandas pula, dah lalu lagi sebelah aku. Memang sejengkal saja lah dari aku. Aku terus ke tepi rapat dengan kawan aku yang sebelah aku. Dia dah gelakkan. Weyh seram la. Tau tau kes bunuh pula tu. Kira mereka ni 'pembunuh' lah.


Ok itu bukan point penting aku pon sebenarnya.


Tapi cerita lepas ni yang menjadi point utama aku.


Bila OKT ni semua balik dari tandas, mereka semua dah duduk semula. Masa ni lah semuanya berubah. Di mana semua pandangan aku terhadap mereka tadi berubah.


Saat ni aku dapat tengok family mereka semua datang. Isteri, anak anak, adik beradik, kawan kawan. Tapi yang paling menarik perhatian aku, seorang ibu yang bertongkat datang, menangis saat tu, peluk anak dia. Iaitu salah seorang OKT. Tiba tiba rasa sebak bila tengok keadaan tu. Anak anak kecil datang mendapatkan ayah mereka.Sedih rasanya. Ada classmate aku siap nangis tengok keadaan tu. Kami semua sedih. Sampai lecturer kami tegur. "Wartawan mana boleh nangis. Tak akan masa interview kamu semua nak nangis. Tahan." baik sir...


Tapi kita kan manusia, ada hati, ada perasaan. Kami pon control lah emosi masing masing.


**Memang tak ada gambar untuk tunjuk keadaan dalam bilik bicara tu. Sebab tidak dibenarkan snap gambar dalam bilik tu. Phone kami juga diarahkan untuk disilentkan atau off terus. Sebab rahsiah lah peribadi OKT tu semua.



2 comments: