Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday 1 February 2015

Pengalaman Menjadi Wartawan Jenayah (Part 2)

Aku taktau kenapa aku macam tertarik dengan kes ni. Sedangkan masih banyak kes lain yang aku masuk hari tu.




Bila aku tengok mereka, aku sempat berfikir "Bersyukur lah dengan apa yang kau ada saat ni Sheril. Bersyukur dengan kedudukan kau saat ini. Kau tengok mereka. Dia mungkin seusia kau, tapi lihat saja pada perbezaan korang. Kau dan dia berada di bilik yang sama. Tempat yang sama, tapi... Kau dan dia berbeza nasib. Seusia kau, kau kini berada di menara gading. Datang untuk menjadi pemerhati. Memakai pakaian yang kemas, dengan pen dan buku nota. Sedang kan dia?. Tertunduk malu tak kala melihat kau. Malu dilihat dalam keadaan bergari. Duduk sebagai tertuduh. Hidup di dalam lokap yang tak ada segala hiburan yang kau dapat lalui saat itu".


Aku merasa, aku ingin tau lebih tentang kes ni. Hari pertama perbicaraan pon habis dengan kes ditangguhkan lagi. Tapi aku tetap nak tau apa kesudahan kes tu. Jadi aku membuat keputusan untuk terus follow kes ni. Aku berdua dengan classmate aku, Echa, pakat nak follow kes ni. So esok esok nya kami pergi sendiri. Pergi berdua saja.


Hari perbicaraan ke dua ke yang ketiga, aku tergerak hati nak bagi salah seorang OKT ni surat. Masa mereka dah nak balik, keluar dari bilik tu, aku cepat cepat sapa anggota polis yang jaga mereka


"Tuan.. Boleh saya pas kan surat ni pada dia?"
"Yang mana satu?".
"Yang depan sekali".

So dia pass kan lah surat tu.


Habis saja perbicaraan tu, aku terus lari balik campus semula sebab ade class petang tu. Tapi Echa tinggal makahmah sebab Echa tak amek class tu. Tengah tengah class tu Echa whatsapp


"Raja... Banduan tu balas surat Raja. Ada pada Echa ni".
"What?!. Apa dia cakap?!" Sebab aku tak sangka dia akan balas. Mula lah tak senang duduk dalam class sebab nak tau apa dia balas. Hee tak focus lah terus.


Ini isi surat yang aku bagi pada OKT tu..

"Tak semua yang berada di dalam adalah bersalah "jika berada di luar mendatangkan fitnah dan dosa,biarlah aku terus berada di dalam.." Seseorang mungkin berada di dalam kerana difitnah, dianayai, membela nasib keluarga, desakkan hidup. Jika mereka tidak bersalah,berikanlah keadilan kepada mereka. Jika benar mereka bersalah,berikanlah hukuman yang seadilnya. Akan tetapi, mereka juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Berikan peluang dan ruang untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Semoga Allah memberi hidayah. InsyaAllah". (S)


Ini pula surat yang dibalas oleh OKT tu..

"Kepada saudari bergelar si (S).  Pen merah pen biru..pen biru takde, pen merah pon boleh. Hidup takde pilihan mana yang sempat je. Cita cita nak jadi doktor, tu sebab tulisan macam ni. Tapi cita cita jadi cerita. Mana ada keadilan lagi dalam dunia ni. Yang baik jadikan teladan,yang tak baik gi hantar rawatan la. Terima kasih bagi kata kata semangat. Tak sangka terima kejutan dalam keadaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Semasa tangan digari masih lagi ada yang menaruh simpati. Terima kasih banyak (S) 3 dalam 10 (limited edition) kerana dunia akhir zaman sudah ditentukan bagaimana perjalanannya. Kita manusia dalam satu permainan sampai masa game over. Hala tujunya sama..Hidup seperti saya atau seperti (S) banyak dugaan dan ini ujian bagi saya haruslah saya kayuh dengan hati yang terbuka. Akhir kata ASSALAMUALAIKUM.. -belakang ada lagi -
017******* ini no kakak saya..kalau ada sebarang pertanyaan col je..Terima Kasih (S) BYE......"


(Tulisan banduan itu sendiri. Surat ni masih aku simpan)

**Bro.. Banduan ke, dia tetap manusia. Kita ni sama saja. Aku ajar diri untuk tidak menilai orang. Kalau kau rasa diri kau bebas hari ini di luar, belum tentu di masa depan kau masih bebas seperti sekarang. Nasib manusia tu kita taktau. Tak semestinya dia banduan, dia tu paling jahat. Tak ada pekara betul yang dia lakukan. Jangan kerana satu kesilapan, hilang segala kebaikkan seseorang itu. Manusia itu buat silap. Cuma macam mana cara kita nak menilai saja. So jangan suka suka nak menilai orang ya!




No comments:

Post a Comment