Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, 10 November 2016

HOMESTAY SAGIL, Homestay terbaik di Malaysia

Ketenangan kehidupan desa menjadi impian warga kota yang mahu merasai suasana dan keindahan kehidupan kampung. Lawatan anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Johor kali ini telah membawa agensi pelancongan dan rakan media ke Homestay Sagil, di Muar, Johor.




Program “Yok Santai Homestay Sagil” ini bertujuan untuk memperkenalkan satu lagi lokasi yang yang menjadi tumpuan para pelancong tidak kira untuk pelancong dari dalam atau luar negara.

Homestay Kampung Sagil ini merupakan salah satu homestay yang mendapat pengikhtirafan daripada Kementerian Pelancongan Negeri Johor sebagai salah satu homestay yang berpotensi untuk dimajukan.

Kampung Sagil, Muar, Johor ini dilihat masih lagi mengekalkan suasana dan kehidupan desa yang pastinya menjadi tumpuan para pengunjung yang mahukan kehidupan kampung yang sebenar.

Lokasi yang tidak bergitu jauh daripada Bandaraya Johor Bahru ini memudahkan pengunjung terutamanya daripada Johor Bahru untuk datang singgah menginap di sini.

Ternyata, Kampung Sagil ini, mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan kampung lainnya sehingga layak terpilih menjadi salah satu homestay pilihan di Negeri Johor kerana kampung ini turut terkenal dengan produk-produk IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.

Antara produk IKS yang terkenal di Kampung Sagil ini termasuk lah perusahaan cendawan,



pembuatan ais krim, pembuatan tempe, kuih-kuih tradisional dan kerepek. Selain itu, turut menjadi sumber rezeki di kampung ini, iaitu penternakan kerbau dan angsa,






serta penanaman betik yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.




Pengunjung yang menginap di Homestay Kampung Sagil ini berpeluang berkungjung ke lokasi yang mengusahakan IKS ini dan merasai sendiri hasil seperti tempe,









kuih-kuih, kerepek dan ais krim terus daripada tempat pembuatan.







Ais krim homemade terbaik!



Klasik betul cara pembuatannya




Selain itu, pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba sendiri proses pembuatan yang akan dipantau oleh pengusaha IKS tersebut.

Selain daripada itu, keunikan yang terdapat di Kampung Sagil ini, pengunjung boleh melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti kampung seperti gogoh ikan dan angsa yang terkenal di kampung ini.







Aktiviti ini telah menjadi sebagai satu tradisi di kampung ini sebagai salah satu cara untuk mengeratkan perhubungan antara penduduk kampung.

Pasti ramai pengunjung yang tidak pernah merasai pengalaman mengogoh ikan dan angsa. Namun, jika anda menginap di Homestay Kampung Sagil ini, anda berpeluang mencuba sendiri dan merasai pengalaman yang sukar dilupakan tersebut.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, di mana setiap homestay hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 80 sahaja semalam. Keadaan rumah setiap homestay yang sangat bersih dan selesa, jadi tiada alasan untuk anda tidak menginap di Homestay Kampung Sagil, Muar, Johor ini.


Rumah memang besar dan selesa! Terutama toilet memang bersih. Itu paling penting ya.






Hahaha tak sempat nak snap gambar, dah bersepah!


Terim kasih mak untuk layanan terbaik yang diberikan sepanjang kami di sana. Jasa mu akan dikenang selalu.


Diharapkan dengan usaha Kementerian Pelancongan Negeri Johor bersama agensi pelancongan dan rakan media mampu membantu meningkatkan ekonomi negara melalui industri pelancongan.


No comments:

Post a Comment