Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 2 October 2017

Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (Kem Renang Malaysia)

Baru baru ini telah berakhirnya Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Berikut beberapa "laporan peribadi" saya mengenai kem renang para negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017. (Kerana saya bertugas untuk cover acara renang sepanjang Sukan Para ASEAN 2017)




********************************************************************

Sukan Para Asean  Kuala Lumpur 2017 menyaksikan atlet anak beranak iaitu Zul Amirul Sidi (bapa) dan Anas Zul Amirul Sidi (anak) berkongsi pentas  yang sama dalam misi membawa nama negara dalam termasya dwitahunan itu.


(PHOTO CREDIT TO WEB RASMI KUALA LUMPUR 2017)

Pada saingan hari keempat (21 Sept), menyaksikan Zul Amirul Sidi meraih pingat perak dalam acara 100 meter kuak dada S5 dengan catatan masa (1.14.84) saat dibelakang pemenang pingat emas, Vo Thanh Tung (1.26.77) saat dari Vietnam dan seorang lagi perenang negara Jamery Siga untuk pingat gangsa (1.46.80) saat.

Zul Amirul meluahkan rasa berpuas hati dengan kemenangannya sebentar tadi  walaupun sekadar meraih pingat perak dalam acara terakhirnya itu, kerana menurut beliau, walaupun sudah 17 tahun dalam arena renang para negara, beliau tidak pernah lagi gagal menyumbang pingat buat skuad negara.

“Walaupun tidak meraih pingat emas dan sekadar pingat perak, saya tetap bersyukur dan rasa berpuas hati dengan pencapaian saya kali ini. Saya mula menjadi atlet renang para negara ketika berusia 23 tahun dan sejak itu, saya belum pernah lagi gagal menyumbang pingat buat negara dalam mana mana kejohanan ini termasuk Sukan Para ASEAN dan Sukan Para Asia.

“Ia sesuatu yang sukar dilakukan ketika usia mula meningkat dan prestasi tenaga semakin menurun namun, saya berasa bangga dengan diri sendiri apabila, masih mampu menyumbang pingat buat negara” katanya.

Sebentar tadi, Zul Amirul turut menyatakan hasratnya untuk bersara dari arena renang para negara setelah tamat saingan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 tersebut. Peningkatan usia menjadi salah satu faktor beliau mahu mengundurkan diri dari arena renang para negara selain mahu memberi laluan kepada pelapis muda seperti anaknya sendiri, Anas.

“Saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada arena renang  kerana tenaga saya sudah tidak di tahap terbaik lagi kerana faktor usia. Selain itu, saya turut mahu memberi laluan kepada atlet pelapis negara dalam misi membawa nama Malaysia.

“Saya membuat keputusan ini setelah yakin dengan kemampuan anak saya (Anas) untuk meneruskan legasi saya. Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ini merupakan pentas pertama buat Anas dan dia telah membuktikan bahawa dia mampu meneruskan legasi saya sebagai perenang para negara”  tambah Zul Amirul.

Menurut Zul Amirul lagi, ia bukan lah keputusan yang drastik dilakukan, kerana beliau sudah lama memikirkan untuk bersara sebelum ini, namun, Anas meminta nya untuk terus kekal  menjadi atlet renang para negara sehingga mereka berdua berpeluang bersaing pada satu pentas yang sama.

Dengan menyaksikan mereka beraksi bersama pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, menandakan impian dua beranak itu sudah tercapai dan tidak lagi menjadi masalah buat Zul Amirul meneruskan hasratnya untuk bersara.

Tambahan pula, menurut Zul Amirul, kontraknya akan tamat tidak lama lagi iaitu pada penghujung Disember tahun ini (2017), malah beliau tidak berhasrat untuk menyambung kontraknya itu sebaliknya mahu pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan untuk berehat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Jika sebelum ini, Anas telah menyumbang pingat emas dalam acara 100 meter gaya bebas S14, pingat perak dalam acara 4x100 meter berpasukan, hari ini sekali lagi Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil menyaksikan beliau menyumbang pingat perak buat negara dalam acara 50 meter gaya bebas S14 (21 Sept).

“Ia merupakan petada positif buat permulaan karier Anas. Saya berharap dia akan melakukan lebih baik lagi selepas tamatnya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 ini. Oleh itu, sekarang adalah masa terbaik buat saya untuk mengundurkan diri” tambah Zul Amirul.
(CREDIT PHOTO TO STADIUM ASTRO.COM)




1 comment: